Selasa, 20 Oktober 2009

Pre Match : Euro Trip

Arsenal menjalani latihan sebelum bertolak ke Belanda, tapi lagunya? huih..


Skuad yang akan berlepas ke Belanda:

Vito Mannone
Manuel Almunia
Carlos Vela
Robin van Persie
William Gallas
Bacary Sagna
Kieran Gibbs
Thomas Vermaelen
Mikael Silvestre
Gael Clichy
Andrey Arshavin
Fran Merida
Jack Wilshere
Aaron Ramsey
Cesc Fabregas
Emmanuel Eboue
Abou Diaby
Alex Song

Berita baiknya adalah Samir Nasri dan Fabianski akan bermain bersama skuad simpanan bertemu Serigala simpanan pada ketika pasukan utama berjuang menghadapi juara Belanda musim lepas di bawah Ronald Koeman.

Seperti kita ketahui dan bimbangi Walcott kini sah cedera 3 hingga 4 minggu akibat kecederaan ligamen lutut.Dengan sejarah kecederaan yang kian meruncing dan semakin banyak dengan kedua2 bahu, tulang belakang dan kini lutut, adakah kita sanggup menelan perit mengakui Walcott termasuk dalam senarai injury prone?Oh tidak.. Rosicky jugak tak akan beraksi tapi mengikut ahli nujum Wenger hanya 'beberapa hari'.harap tilikannya persis.Bendi Denilson Eduardo Jozan masih belum mampu untuk terlibat.

Mengikut skuad yang diturunkan Sabtu lepas di mana ada sesetengah yang direhatkan, aku terpikir gak sampai bila Manone nak diberi peluang tapi adalah tak adil untuk menarik posisi itu daripadanya tatkala tengah onform dan tak mendatangkan masalah.Jadi malam ini mungkin giliran Almunia untuk mendapatkan seberapa banyak game agar kembali fit. Kecederaaan Walcott dan Rosicky bermakna trio di atas mungkin gandingan Persie Arshavin dan Vela dengan Diaby dilihat mengekalkan tempat di tengah bersama Song dan Fabregas.Sagna mungkin kembali mengambil tempat dari Eboue yang beraksi bagus dengarnya Sabtu lalu.

-------------Almunia---------------
Sagna-----Gallas--Mael------Clichy
---------------Song----------------
-------Fabregas-----Diaby---------
-Arshavin-------RVP-----------Vela--

Kelihatan seperti aku mengambil mudah, tidak, ini barisan yang terbaik kita mampu milik setakat ini.Biarpun grouping ini di atas kertas nampak senang, tapi AZ Akmaar adalah JUARA belanda, lebih hebat dari Ajax , lebih hebat dari PSV mahupun FC Twente Mclaren musim lepas.Dan kadang2 newcomer mampu mencipta kejutan.

Sekali lagi Astro bikin panas apabila tiada siaran langsung, cuma ada delayed match.Ermmm setelah 'kena main' itu hari, aku berfikir 2 kali untuk mempercayai kejujuran astro menanyangkan delayed match jam 6.30 pagi esok.Walaupun perjalanan yang sukar aku jangkakan Arsenal akan kepenatan ,menyimpan tenaga, pulang dengan 1 mata jika tidak menang 1-0.


0 ulasan: