Ahad, 4 Oktober 2009

Pre Match : Arsenal vs Blackburn


Black Cat..Ops silap..Blackburn adalah pasukan yang telah kite tewaskan dengan jaringan 4-0 dalam kedua2 pertemuan musim lepas.Blackburn juga adalah match pertama bagi Arsene Wenger seteleah tiba di Arsenal pada 1996 yang berkesudahan Ian Wright memahat 2 gol.Biarpun match ketika itu Arsenal dipenuhi pemain2 England dan berbeza sekarang ini diwakili pemain antarabangsa berlaianan, tapi style dan corak masih sama.Itulah Wenger..Tapi Blackburn bukanlah Blackburn yang dulu, bukanlah pasukan yang memenangi kejuraan liga 1995, bukanlah pasukan yang sentiasa dibelasah 4-0, dan bukan lagi pasukan berteraskan corak fizikal.Ini semua akibat pertukaran jurulatih yang silih berganti, tiada imej, tiada corak yang kekal, biarpun di bawah Big Sam, orang kata Arsenal akan sentiasa berhadapan dengan pertembungan fizikal(sesuatu yang arsenal tertekan ketika bertemu Bolton era big Sam) tapi kini dilihat tidak lagi.Jadi apekah mereka?Mereka kini tengah struggle mencari rentak dengan hanya baru 2 kemenangan.Kononnya kemasukan Pak Haji yang tak perangai Hj, budak Nakal BPL El-Hadji Diouf mengikut ke mana saja Bos nya pergi Big Sam,tapi ia tak bakal begitu mendatangkan masalah pada Arsenal kerana kita ada Song dan Mael.BUat perangai siket, kasi sepak terajang!



Blackburn jugak adalah pasukan pertama yang merasa bisa Arshavin, pemain yang boleh disamakan satu level dengan Messi oleh Arsene Wenger.Ini kerana Arshavin adalah pemain yang boleh mencipta ruang , gol dan magis tersendiri.Dia diibaratkan talisman baru Arsenal.Setiap kelab mempunyai orang yang hendak dipandang, dan Arshavin adalah pemain yang sering menjadi tumpuan.Cabarannya adalah menukarkan corak permaianan stylo Arsenal kepada Piala.JIka dia mampu, dia bakal dikenang wira sepanjang zaman, itulah kata Wenger lagi.

Seperti disahkan Arsenal bakal turun tanpa Eduardo(kecederaan otot)Sampai bila? tak pasti.Almunia telah kembali ke latihan tapi Manone tetap akan menjadi keeper malam ini disebabkan pemain Spain yang tak diakui England oleh Capello masih belum fit sepenuhnya.Manone dah 3 cleansheet tapi memang sempoi dan berbakat tinggi.Ketenangannya berbanding umur adalah suatu yang luar biasa.Tapi masalah2 pemain muda adalah konsistensi, Manone masih lagi berada dalam zon 'buah cempedak di luar pagar'.Samalah2 kita bersabar dan memberi peluang kepadanya.

Bendi jugak bakal kembali dari eksiden kereta.Seorang lagi pemain yang mendapat tempat di hati Wenger.4-3-3 membolehkan Bendi belajar bermain di bahagian wide dan meningkatkan corak pergerakannya.Ape yang penting untuk dipertingkatkan adalah finishingnya kerana aku sentiasa tak yakin seperti mana seorang striker bila bendi one on one dengan keeper lawan.Perasaan itu adalah disebabkan kurang yakin, berbeza dengan finisher yang dah established, anda mesti dalam hati kate ini kompom gol, tapi kalau tak masuk mau sumpa seranah berbakul dikeluarkan.Jadi Bendi perlu memenangi hati rakyat, start score gol macam pesta.



Eduardo takdak, jadi mungkin Bendi start.Secara peribadi aku suka gandingan cinta tiga segi kat atas tu ketika bertemu Olympiacos. Rosicky-RVP-ARshavin.Memanglah sangat2 enjoy untuk ditonton.Ketiga2nya punya watak tesendiri dan kebolehan masing2.Kehadiran Rosicky semula menambah seri dalam kreativiti Arsenal.Semalam baru aku bermimpi entah macam mana Rosicky boleh buat sepakan gunting masuk, melalui corner, lawan ape aku tak ingat la.Tapi one touch football..Rosicky adalah masternya.Di kawasan2 sempit dan ruang kecil, Rosicky mampu meloloskan diri 'bolos saja dinding itu' dengan slumber sama jugak seperti Arshavin.RVP masih belum menmui form tahun lepas di mana bulan Oktober sampai January musim lepas, Form RVP adalah RVP yang terbaik sepanjang bersama Arsenal.Tapi musim ini yang merisaukan aku adalah direct freekicknya yang tidak lagi tajam dan kadang2 merapu di bawah standardnya.Mungkin jika sekali masuk, ia bakal menaikkan semula skillnya.Biarlah satu masuk dulu seawal mungkin dan harap malam ini.



Seperti kita ketahui Walcott bakal kembali.Perli atau tidak, itu hanya dia yang tahu tapi Wenger masih lagi cakap, kehadiran Walcott adalah baik untuk ARsenal dan ENGLAND.Kenapa ayat itu perlu ditegaskan? Hohoho atau mungkin aku yang terlalu memikirkannya.Ermmm mungkin jugak.Tw14 bakal menjadi orang penting dalam skuad 3 Singa di Afrika nanti dan dia pastinya tak mahu terlepas setelah makan angin di Germany 3 tahun lalu.Musim ini adalah musim yang penting bagi Walcott.Wenger kata Theo bukan lagi pemain muda tapi kini layak digelar senior.Pada aku Theo memang berbakat besar tapi perlu banyak belajar.Malam ini dia start? Aku rasa tak, aku rasa dia hanya dimasuk sebagai pemain gantian untuk memberi peluang menguji fitness nya.

Jadi persembahan siapa di midfield malam ni selain Kapten Fabregas dan Song.Bak kata Zainal Alam Kadir Wayang siapa kalau bukan wayang... Diaby.Tapi kalau Bendi start aku nak Rosicky.

Defend.Gallas adalah yang terbaik.Tanpa Gallas, Mael takkan mampu menanggungnya seorang diri.Pasangan CB perlukan komunikasi dan persefahaman yang jitu, dan mereka berdua dari game ke game semakin ke arah itu.Meletak Eboue di RB adalah suatu corak attacking bagi Wenger kerana Eboue ada kelajuan dan lebih efektif bergerak ke atas,Die melakukan tugas dengan baik tapi Sagna tetap lebih hebat bertahan darinya dan Sagna adalah RB pertama.Eboue pulak berkesan sebagai RB daripada posisi lain sebab itulah aku kureng bila Wenger mengupgradenya ke RM.Tapi perlunya pemain seperti Eboue dalam sesuatu skuad adalah kerana versatile.

-------------Manone--------------
Sagna-----Gallas--Mael-----Clichy
-------------Song---------------
-------Fabregas---Rosicky-------
--Bendi------RVP-------Arshavin--

Sub masuk Walcott, Vela, Ramsey/Diaby


Astro ESPN 8:30 pm.Arsenal 4 Blackburn 1.


2 ulasan:

Sofea berkata...

marvelous ar formation nie.. aku suka.. tak sabar tunggu game nie

Gunners & Roses berkata...

tak lame dah..kejap lagi meriam meletup..