Ahad, 4 Oktober 2009

Post Match Cesc Fabregas si Cerdas lagi Cergas!!


Cesc Fabregas lantas menutup persembahan kurang bermaya sejak kebelakangan ini dengan persembahan yang jauh lebih cerdas dan cergas apabila membantu Arsenal 2 kali mengejar dari belakang membelasah Blackburn 6-2 di gelanggang sendiri.-score yang sama musim 06/07.Fabregas mencipta 4 bijik untuk 4 rakan yang berlainan kemudian menambah 1 gol peribadi yang menyimpulkan persembahan cukup istimewa Arsenal malam ini.Hanya gol Bendi yang ala2 Pires saja yang tak mendapat sentuhan midas Fabregas.



Perlawanan yang juga menyakiskan lagenda Arsenal Thierry Henry tidak penat menepuk tangan setiap kali bekas pasukannya dan rakan sepasukannya menjaringkan gol.Kehadirannya amat dinanti2kan peminat Arsenal dan diberi penghormatan yang terbaik setelah dia tidak putus2 melahirkan rasa cintanya pada kelab dalam interview baru2 ini walaupun tidak lagi bermain bersama Arsenal.

Arsenal ketinggalan seawal minit ke 4 tapi aku sedikit pun tak risau kerana aku yakin arsenal akan score tapi berapa? Jawapannya bagi diri Big Sam adalah 6 jahanam.Blackburn yang hopless hanya mampu menjaringkan gol dari set piece,satu lagi kelemahan ketara Arsenal yang semacam tak ade penawar dan jugak gol deflection dari William Gallas.Apepun adrenalin aku tiba2 memuncak sebaik sahaja Mael membuat bola thunder king zass ke ruang kiri Robinson yang sentiasa takde harapan ketika bertemu Arsenal.



Mael yang merembat kencang hasil umpanan cute dari Fabregas begitu bersemangat menunjukkan bagaimana nak jaringkan gol kepada rakan2 yang lain, mungkin kerana terasa perlu bertanggungjawab akibat gol permnbukaan Nzonzi, menyaksikan dirinya 2nd best dalam perebutan bola di udara pada situasi itu.Aku suka semangat si Mael dan reaksinya.

Arsenal terperangkap lagi bola hantaran long ball El-Hadji Diouf sampai kepada Emerton yang passing kepada Dunn-pemain paling ok Blackburn malam ni bagi aku- yang cut in sebelum merembat dengan sedikit nasib mendapat biasan dari William Gallas, meninggalkan Manone terkapai2.Tapi tak lama, dalam masa 2 minit Arsenal ade jawapannya sekali lagi menerusi lorongan terbaik Fabregas mencari RVP yang memang kompom gol la bila ruang semacam itu dengan kaki kiri.selang 3 minit barulah Arsenal mendahului buat kali pertama , berapa kali lagi nak disebut, Fabregas mengumpan bola kepada Arshavin, satu lagi gol kaki kiri dan tiada tolehan belakang selepas itu.Arsenal mendahului di separuh masa pertama dengan persembahan menarik 5 gol dari kedua2 belah.

Separuh masa kedua Arsenal bernasib baik apabila pengadil tidak menghadiahkan sepakan penalti yang kelihatan seakan pasti apabila Mael dilihat tersadung kaki Dunn.tapi Fabregas sempoi apbila persembahan mantapnya malam ini dianugerahkan dengan jaringan sendiri melalui volley kaki kiri hasil Rosicky yang menjadi feeder kali ini.Robinson kaku.Sayang Rosicky tidak menemui sentuhan jaringan kalau tak, pasti lagi menarik.



Walcott dimasukkan, Rosicky dikorbankan.Lama tak menyepak bola, Walcott membuktikan depan Capello dia tetap ade sesuatu yang boleh disumbangkan.Gol kelima adalah typical Arsenal gol dari counter attack dengan Arshavin dari belah kiri melorongkan bola kepada Fabregas , menyedari kehadiran entiti sosok di tepinya, Fabregas mencuit sedikit bola untuk Walcott menyudahkannya.Henry bertepuk lagi, menyaksikan nombor 14 yang ditinggalkan tidaklah sia2 dan tersalah orang.

Gol tersebut adalah sumbangan terakhir Fabregas malam ini tapi cukup untuk mengesahkan Arsenal dengan 3 mata.Tiada ruang untuk Blackburn bangkit lagi.kehadiran Tugay tidak memberi impak kepada mereka sepertimana kehadiran Henry kepada Arsenal.Agaknya memang Tugay adalah calon pembancuh air blackcurrant untuk blackburn.Arshavin jugak dikeluarkan memberi ruang kepada Ramsey dan Bendi merasai suasana pesta.Tapi pelik kenapa Diaby tetap menjadi favourite, kadang2 tak logik tapi bila pk lame2 di luar batasan manusia, mungkin Wenger sengaja biar Diaby dengan harapan adalah makhluk2 opponent yang akan mencederakan pemainnya itu supaya pemilihan selepas ini tak memeningkan.Hahahah.. no offense, hanya gurauan.Tapi betul la, kalau Nasri kembali nanti, lagi menarik dan banyak pilihan Wenger yang kelihatan cukup seronok petang ini didendangkan lagu2 laungan namanya berulang kali.

Sebenarnya Arsenal boleh menang lagi besar, 7 atau 8 jika Walcott dan Bendi tidak gugup di depan pintu gol.Tapi jaringan terakhir Bendi yang cukup class melengkapkan malam sempoi Arsenal cukup untuk kita tidur lena.


0 ulasan: