Selasa, 27 Oktober 2009

Apabila mereka diadun sebati.

Apabila ditanya team apa yang bakal diturunkan olehnya ketika bertemu Liverpool esok. Wenger menjawab, "mixed team" yakni campuran adunan player muda dan berpengalaman.Esok kita boleh menjangkakan player2 yang berpengalaman dan kurang mendapat tempat seperti Sanderos dan Silvestre bakal mengetuai pasukan Piala Carling..pasukan yang sering diharapkan untuk memadam badi Arsenal tapi kelak kecewa.Kali terakhir arsenal mara ke final ialah pada 2007 tapi tersungkur di tangan barisan duit chelsea.Tapi dalam perjalanan itu Arsenal mencipta sejarah dengan malam gemilang di Anfield menundukkan Liverpool 6-3 di mana rata2 pemain adalah pemain muda kecuali Toure dan si flop poppy Julio Baptista, penjaring 4 gol di Anfield.Rekodnya disamakan oleh Arshavin dalam perlawanan paling menarik season lepas-satu lagi contoh kelekaan Arsenal di saat2 akhir perlawanan.Di Arsenal, selagi wisel penamat belum dibunyikan, anda janganlah begitu gembira-Itu suatu nikmat jugak, nikmat debaran suspen yang hanya dapat dirasa jika anda penyokong setia Arsenal.Seronok bukan?heheh



Berita gembira dan melegekan pastinya kepulangan player yang dinanti2 Samir Nasri.Dalam segmen terjah bersama Nas Ahmad, Nasri mengakui dirinya tidak sabar beraksi walaupun hanya duduk di bench ketika menyaksikan rakan2 lain bermain dengan sambil lewa.Ketika seri 4-4 dengan Spurs, Nasri jugak telah dikeluarkan sebelum menyaksikan kerja kerasnya dihampakan rakan2 yang tinggal di atas padang.Jadi esok diharap dengan kekreatifan Nasri dan 'pengalaman' Silvestre dan Sanderos, adunan mereka bersama palyer2 seperti Merida, Ramsey, Wilshere, Coquelin, Traore, Sanchez Watt, Gibbs dapat mengangkat maruah Arsenal. Kurang diketahui ape stategi Benitez tapi dengan liga dan UCL mereka yang terKumbang Kambing, tak terkejut kalau manager Spain yang mengalami tekanan itu menurunkan barisan kuat seperti ketika di Anfield 2 tahun sudah.

Posisi penjaga gol turut menjadi perhatian esok.Fabianski dah pun available.Macam mana pulak nasib Syazwani? Ape pulak kate Almunia yang tak dapat game2 lagi sejak jangkitan kuman di bulu dada? Godfather Vito Manone aku rase takkan diusik..Tapi pada firasat aku, 'Faby yang skill' akan digunapakai.

Yang pasti player to watch pastinya Carlos Vela.Tapi sampai bila agaknya dia boleh bersabar dengan statusnya sebagai pemain Carling Cup sahaja..Kalau Diaby boleh naik cepat, mengapa tidak a world clas finisher seperti Vela?Sama2 kita tunggu keputusan esok dan marilah kita mengimbau memori daun pisang..


0 ulasan: