Isnin, 3 Ogos 2009

Tahniah Arsenal.



Arsenal malam semalam berjaya menjulang trofi pala Emirates di gelanggang sendiri selepas match terakhir menewaskan Power Rangers 3-0.Dek kerana hujung minggu yang agak sibuk, aku tidak berkesempatan hendak menganalisis, menghurai tentang kejohanan pra musim ini tapi secara am nya persembahan Arsenal dalam kedua2 match (Atletico dan Rangers) adalah satu persembahan yang boleh dipuji dan dibanggakan.Cuma bahagian pertahanaan perlunya lebih perhatian dan kerja keras, kerana kita masih lagi lemah dalam set piece dan jugak kadang2 ditangkap tido serta lalai, contohnya ketika bertemu Madrid, Tak sampai 2 minit mereka merayakan gol Arshavin, Atletico pantas menghukum tapi nasib baik Arshavin sekali lagi membuktikan anda tidak perlu mahal dengan harga gila2 untuk jadi star.

Kemunculan watak2 hero muda yang diketengahkan Wenger dalam kejohanan ini wajar dipuji terutama dengan penonjolan tak lain tak bukan Kapten Jack kite, Jack Wilshere.Masuk sebagai pemain gantian ketika bertemu Madrid, dan start ketika bertemu Rangers Wilshere yang walaupun kaki kidal menunjukan aksi bersahaja dan sempoi di sebelah kanan.Menjaringkan 2 gol semalam malah menjadi pemain terbaik perlawanan dalam kedua2 match Arsenal.Sesuatu yang pastinya menyebabkan Walcott tak senang duduk dan pastinya terfikir kurang bijak dalam melawan arahan wenger supaya tidak menyertai Englad dalam kejohanan Euro U21 bulan lepas.Mase depan nampak cerah dengan persaingan sihat.emain2 muda lain jugak tak kurang hebat, MErida sebagai contoh dah semakin serasi dengan 1st team gandingan Spanish nya dengan Fabregas semalam cukup best ,assist Merida kepada Eduardo hanyalah satu daripada banyak yang bakal menjelma.Rambo, Watt dan Manone jugak kini sedang berbaris dalam calon menunggu.

Entah kenapa setiap kali Rosicky berlari membawa bola hatiku resah.Bukan ape takut kalau2 die tersilap langkah, tersadung ke terkehel ke ape ke mau nahas tapi Rosicky kalau diberi masa lagi tak lama dah, akan kembali ke form terbaiknya.Aku berpuas hati dengan kedua2 aksi Rosicky yang nampak semakin stabil dan tak takut dengan cabaran tackle.Harap die dapat melupakan segala peristiwa pahit kerana dirinya salah seorang leader dalam pasukan ini.BEgitu juga Dudu, jika bebas kecederaan sehingga bulan Januari kita dah boleh menarik nafas lega.Eduardo punya finishing memang tak berubah.Itu dinamakan bakat semulajadi,tak hilang.Penjualan Adebayor memang satu bonus durian runtuh!!Dapa duit+dapat tengok banyak gol Dudu. Fabregas yang berjaya lari dari segala spekulasi balik kmpung pula cukup kemas.Yang menariknya pasti persaingan antara Denilson dan Song.Diaby Ramsey dan Merida mencucuk rapat.Secara logikanya aku rasa Wenger akan berdegil dan tidak akan menambah sesiapa di bahian tengah walaupun kita mintak meronta2.Viera? satu kemungkinan, untuk jadi penceramah bebas di dressing rboom.Jika Viera masuk, hanya die sorang sahaja yang masuk untuk midfield, tiada lagi signing lain.

Bahagian defend pulak, sayangnya kita tak dapat tengok aksi Mael yang cdera tapi dijangka kembali bertemu Valncia hujung minggu ni.dalam 2 match kita dapat saksikan gandingan Gallas-Jozan Gallas Silvestre yang masing2 nampak kadangkala gelabah walaupun Rangers dan Madrid kurang menyengat.Masalah akan timbul apabila bertemu dengan lawan yang mempunyai attacking jauh lebih bagus maka kepincangan Arsenal akan sekali lagi terserlah.Dengan Sanderos dikhabarkan dah pun bakal dijaul ke Everton dengan harga 6M, Arsenal boleh berharap sekurang2nya seorang lagi CB baru akan tiba di Emirates.Brade kat Fulham tu mesti tengah intai2 peluang.

Hujung minggu ni terbang ke Spain tapi sebelum tu aku jangka Wenger akan lakukan signing dalam inggu ini.Lagi 2 minggu.Tak sabar nak menanti permulaan musim depan.Musim yang penuh dengan harapan dan kejutan mungkin.Harap Arsenal dapat tutup segala cemuhan mulut media dan pengkritik yang bersungguh2 mahukan Mancis tempat ke 4.Mancis boleh amek tempat ke 4 kerana Arsenal bukan bersaing kat situ,Arsenal adalah pasukan berstatus juara dan selayaknya berada di kelompok top 1.Tiada lagi big four pun takpe kerana Arsenal sendiri bakal jadi the big 1.Gua positif!


0 ulasan: