Selasa, 21 Julai 2009

Petanda buat Wenger?!



IT'S A CRUCIAL BLOW TO ARSENAL!! Mimpi ngeri jadi kenyataan.Baru jek elok2 Wenger bangga diri cakap sana sini tak perlu beli tak payah tambah player, last2 satu dugaan besar menimpa dek kerana berita malang bagi pemain muda harapan, Samir Nasri! Samir Nasri dikhabarkan telah patah tulang fibula di kakinya ketika latihan persiapan pra musim di Austria , suatu insiden yang boleh menyebabkan Nasri terperosok di bilik sakit selama 2 hingga 3 bulan mungkin lebih! Nampaknya ini satu 'wake up call' untuk Wenger!

Dalam Arsenal : Injury never die!! Update, difahamkan Abou Diaby yang disyaki tackle Nasri.

Yang paling menakutkan impak pada Samir Nasri sendiri dan secara tak langung kepada Arsenal jugak.Adakah nanti dia mampu pulih seperti sediakala.Diaby masih menangunggung sengsara tragedi Sunderland 3 tahun lepas, Eduardo dan Rosicky masih samar2 dan dipersoalkan fitness masing2, RVP penuh dengan sejarah buku rekod kesihatan yang merah.Clichy dan Sagna nampak seperti burn out.Ini bakal menambahkan senarai injury prone Arsenal.Tapi sama2 berdoa harap takde ape2 yang lebih buruk daripada itu berlaku.Bagaimana Nasri mendapat kecederaan itu tidak diberitahu siapa tackle siapa, tersadung ke tergolek ke.Tinggal Arshavin Fabregas Rosicky Denilson Diaby Song Walcott.. memang tak meyakinkan dan tak mencukupi, masak kita nanti tengah2 musim.Wenger kami menyeru, lakukan sesuatu sebelum terlambat.DM adalah wajib kini sementara Rosicky boleh cover tempat Nasri buat masa ni.Nak tau jawapan Wenger " Bertenang kita ade Kapten Jacksparrow dan Rambo"



Tengah malam nanti Arsenal akan bertemu SC Columbia Floridsdorf kelab yang mendapat no 8 daripada 16 di Divisyen 4 liga Austria.Hanya dibarisi pemain amatur, aku menjangkakan kemenangan besar sepertimana Arsenal membelasah Burgerland ke ape name ntah season lepas 10-0.Player lawan yang perlu diberi tumpuan ialah Julius Simon pemain berusia 44 tahun diulangi 44!! haha.. bagai bapak bermain dengan anak laa jika Wenger menurunkan barisan belia remajanya lagi.Senarai pemain2 untuk malam ni masih belum dikeluarkan tapi aku menjangkakan lebih kurang sama dengan match bertemu Barnet namun yang pasti kita bakal merindui Nasri....

"Come and get me Arsene, Aku boleh jaga Nasri dengan baik..", Cana The Guardian


0 ulasan: