Hari ini dalam sejarah.. bukan wakenebeb, bak kata Pendekar Mustar 'Ini bukan cobaan, ini betul2....' Kali ini betul2 peminat Arsenal di Malaysia dapat menatap wajah dan aksi latihan pengurus Arsenal yang paling berjaya, Arsene Wenger.Dan walaupun ini kali kedua beliau hadir ke Malaysia, tapi pertemuan singkat di Dataran Merdeka tadi secara peribadi merupakan kali pertama di depan mata aku sendiri dapat menyaksikan Professor tinggi lampai itu dari jarak yang dekat, malah boleh dicapai.Aku hanya sempat menepuk memegang bahunya..kah kah kah.Ye la bak kate orang, hidup ni tak lame, entah siapa pergi dulu kita tak tau, entah die(pun dah tua) mungkin kita.. jadi pengalaman sekali seumor hidup macam ni pun dah kire ok.Ade rezeki, kita pulak sampai ke sana tak gitu?
Tak banyak hebohan, Press conference di media2, publisiti.. hanya dapat tau melalui blog2 dan website2 sahaja kehadirannya ke sini.MalaysianInsider pun ade.Tapi suratkhabar hari ni baru nak kasi tau, huhhu memang saja nak buat gempaq kut tak nak kasi sesak sangat mungkin, ataupun tak nak klinik jam kerana orang ramai beratur mengambil MC? kah kah kah..Program klinik bola sepak bagi skuad kebangsaan bawah 19 tahun ini ditaja oleh Castrol dan seperti Euro2008 dulu , memang Wenger ni duta Castrol.TheStar sebagai akhbar rasmi sempat mewawancara Professor sebelum bermulanya Klinik tersebut.
Ape yang best ialah suasana happening.Biarpun aku sampai seawal jam 10Am, tapi dah ternampak kelibat2 penyokong2 Arsenal dengan Jersey mereka dari pelbagai season.Dan paling best ialah Arsenalaysiasm iaitu semangat Arsenal Malaysia yang begitu muhibah terdiri daripada pelbagai kaum sanggup menunggu dengan penuh setia, menyorakk riang gembira, happening, memang happening..Difahamakan saudara Da Gun menjadi Cheerleader tadi, "save the cheerleader, save Da Gunn" heheh..Yang penting walaupun sepanjng musim, aksi kita penuh dengan naik turun dan kadang2 tu adat laa memaki hamun Wenger, tapi tadi memang die jadi superstar betul la, semua pakat ramai2 menyorak namanya.Sampaikan kehadiran B.Sathianathan bekas coach Malaysia bagai tidak dipedulikan.huhuhu..
Ok la tak mau sembang banyak, aku nak sharekan beberapa keping gambar yang sempat di snap..x bnyk tp video kire puas hati la.Awal2 bagitau, aku bukanlah Pro dalam amek2 gambar ni, ade yang herot2 kalau video gegar2 tu sama ade aku di tolak anggota Rela atau pun memang aku tak hebat dalam area shotting nih.heheh.. terimalah seadanya..Dek kerana video yang agak besar, memori kamera pun dah full menyebabkan amoi castrol kempunan nak bergambar dengan aku.hahaha..Pengajaran, clearkan memory sebelum ke even2 menarik(tapi kalau kamera pinjam macam aku, pandai2 la)..
Bas pasukan Malaysia hantar player.
Pemain2 diberi breafing..
Jurulatih Zaki Sheikh Ahmad bekas penolong jurulatih Malaysia..
Sebab2 Wenger suka datang Malaysia..
Dan tibelah masa yang ditunggu2, sesi fotografi peminat2 fanatik bersama Arsene Wenger..Mule2 aku tak dapat join sebab lambat masuk, Anggota Rela tak bagi lepas..Hanya press2 yang bertag sahaja dibenarkan masuk.Kebanyakan press luar negara.Agak tekanan jugak sebab bukan ramai pun yang tgh tunggu, ade laa 2 3 orang, tak luak pun space kat dalam tuh.Jadi aku tetap tunggu di situ sehinggalah muncul seseorang,e'eh macam kenal, B.Sathianathan. Gua salam dengan die sembang meriam siket buat2 ramah mesra sambil buat2 ikut die masuk ke padang...Tq la Rela yang dengan sukarela membuka laluan..huhu
Dan akhirnya, sesi tunjuk ajar klinik bermula, aku tak dapat tunggu lama sebab terpaksa masuk pejabat dah.Jadi terima kasih pada yang sudi berkongsi gambar dan photo2 menarik.Sumber dari & Kredit kepada Zizei Photography.
Ape pun kesimpulannya lawatan Wenger kali ni biarpun singkat tapi meriah dan tetap meninggalkan kesan di hati peminat2 Arsenal di Malaysia.Harap pemain2 Harimau Muda dapat menimba ilmu pengalaman sebaiknya manakala di pihak Wenger, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi menabur bakti pada barisan pelapis skuad negara dan sukan bola sepak Malaysia amnya.Kami mengalu2 kan kedatangan anda di masa hadapan.There's only one Arsene Wenger!
Selasa, 9 Jun 2009
Mengular sebentar bersama Wenger!
6:50 PTG
Gunners & Roses
3 ulasan:
wah..rugi betul tak dapat jumpa AW face to face..bukan selalu dia datang kat sini. Apapun tengok kat blog ni pun jadilah..meriah jugak sambutan peminat arsenal kat sini.Yang lawaknya kat video bawah nih masa wenger salam dengan peminat ada pulak mamat ni {ikut gerak mulut} suruh wenger 'please sold adebayor' yang si wenger pun senyum kambing jer ada dia nak dengar ke tak entahla..tunggu je la kesudahan cerita adebayor ni musim depan.
kamal..
ko dah gemuk...
Yeah..pengalaman yang cukup menarik, tahniah pada yang hadir, tang tak dapat hadir tu, takpe,sokongan anda tetap berharga. Harap2 ade lagi lepas ni..
tetap maintain, rashid
Good job Gallivanter..
Catat Ulasan