Sabtu, 16 Mei 2009

Pre Match : Bla3 Wenger

Sebentar sahaja lagi Arsenal akan bertandang sekali lagi ke Old Kerepot.Entah bagaimana perasaan terhadap match ini, bercampur baur, endah tak endah , kisah tak kisah, penting tak penting, tapi demi maruah segalanya penting kononnya.Mikel Silvestre mengajak rakan2 baru menganggu party rakan2 lama.Arsene Wenger tak habis2 dengan bla2 nya tentang perbezaan yang tak begitu ketara antara United dan Arsenal. Sibuk dengan bla2nya musim depan, bla2 tentang nak sign pemain baru (1 2 muka berpengalaman kerana dah cukup player kurang berpengalaman katanya, boleh caya ke tak, jangan..Bukti dah ade, seorang keeper argentina numor 16 tahun?? trial dengan Arsenal).

Arsene Wenger menyeru penyokong2 supaya terus percaya, keep the faith, kami percaya Arsene tapi kami juga percaya ramai yang dah meluat tapi hey, malam ni Wenger tak perlu bimbang kerana sokongan malam ini akan bertambah berkali ganda.Penyokong2 Liverpool turut bersama2 dalam kempen 'keep the faith' dan 'in Arsene not Rafa we trust' malam ini demi melenyapkan badi 21 tahun tanpa kejuaraan liga.



Karma memang karma.Arsenal pernah menjulang kejuaraan liga di Old Kerepot 2002 dengan Sylvian Wiltord mengesahkan kemenangan Arsenal sekaligus kita berparty di hadapan penyokong2 United dan segalanya akan terbalas malam ini jika United berjaya mencuri satu mata.Arsenal beruntung kerana match ini tidak diadakan di Emirates kalau tidak lagi la berbulu.. tapikan Wenger berkata Party united itu akan menguatkan semangat dan menjadi contoh kepada player2 mudanya..Tun Arsene, kita datang bukan untuk berparty laa wei!! Nasib baik die mengaku die takkan buat guard of honor di mana player2 tunggu pemain2 juara liga kluar dari tunnel. Tapi kenapa Wenger cakap "itu nanti kerje Hull City di match terakhir liga" apekah die awal2 dah tau yang skuadnya tak mampu mengalahkan United malam ini.Kalau manager pun dah macam ni main tarik tali kejap yakin kejap tak yakin macam mana fan nak percaya.Aduhai Wenger aduhai...

Bla2 Wenger tak habis di situ sahaja tapi memandangkan pasal ADebayor, walaupun dikatanya ADebayor masih ade dalam pelan, aku pikir plan tu hanya sekadar plan keuntungan nak jual kat siapa dapat berapa dan nak buat ape dengan duit tu.Cara die menjawab soalan pasal Adebayor pun macam ragu2.Psal ADebayor bakal ke Chelsea jika Ancelotti amek alih,
"If I feel that a player should go, or could go, why not sell him to one of the other top four?"

Dan teka siapa player paling kaya goyang kaki season ni.Rosicky! Rosicky kembali ke full training.Hahahahahahahahaha ajaib tapi tak pelik kalau kejap lagi die masuk balik.Tapi aku harap kali ni die betul2 fit dan akan jadi signing baru season depan.Jangan ini yang dikatakan Wenger sigiing baru sudahlah.. Rosicky diharap akar kuat fizikal dan mental kerana EPL baru sahaja kehilangan bintang Laursen kapten Aston Villa dah pun bersara seawal umur 31 akibat kecederaan lutut.Spekulasi pulak membayangi Owen yang dikatakan bakal bersara tapi dinafikan sekerasnya oleh bintang malap itu.Owen masih belum menandatangani kontrak dengan siapa2 dan akan menjadi free transfer hujung musim ini.Siapa tahu mungkin kalau boleh digilap bali dengan bakat dan pengalaman yang ada, owen boleh kembali ke prestasi yang terbaik tapi siapa berani mengambil risiko.

Arshavin adalah satu2nya peluang untuk kita buktikan pada United bahawa kita bukanlah seteruk yang mereka sangkakan.Aku harap dengan adanya Arshavin, Evra akan menangis macam bayi, tengok siapa kanak2 sebenarnya.Almunia tak akan berakasi malam ni akibat ankle injury dan Fabianski yang dah mula hilang keyakinan akan mengambil alih.Pelik betul match2 besar jek Fabianski yang dapat.Itulah pembelajaran yang hebat kepada budak2 ni, pengalaman yang tak akan dapat di mana2 kelab lain.

------------Fabianski------------
Sagna-----Toure----Jozan----Gibbs
Walcott----Song----Fabregas---Nasri
------------Arshavin-------------
-------------Bendi----------------

RVP
Ade
Eboue
Manone
Silvestre
Diaby
Denilson

Tangguhkan party mereka, habiskan season dengan bermaruah suapaya season depan kita akan dipandang sebagai pencabar.Tapi kalah bukan keputusan yang teruk pun, lebih elok sebagai pengajaran kepada Wenger yang degil.,itu shajalah positif dari kekalahan malam ini. Aku mau Arsenal menang, dan itulah perasaan yang sepatutnya ada jika anda menyokong sesebuah pasukan. Tapi mungkin malam ini belum masanya.. Seri sudah cukup untuk Wenger kembali berpikir sejenak bagaimana cara sebenar untuk menguruskan sesebuah kelab yang inginkan kejuaraan.Adios!~


0 ulasan: