May 2006 di Stade de France, ketika perlawanan baru masuk ke minit ke 19, Semua pemain2 Arsenal memandang ke arah pegawai perlawanan memandang nombor berapakah yang terpaksa dikorbankan untuk memasukkan Almunia menggantikan Lehman yang baru dilayangkan kad merah, semua pemain berdebar2 menunggu isyarat dari Wenger dan taktikal ape, dan apabila board diangkat tertera no 7 berwarna merah dan 24 hijau.Awan mendung mula menyelubungi kota Paris khasya buat Arsenal tapi lebih khusus ditujukan kepada hati Robert Pires "mengapa aku??".Pastinya die berbulu (memang badan die diketahui penuh bulu) melihat pemain2 lebih junior seperti Fabregas dan Hleb masih lagi di atas padang.Sejak itu die tidak menoleh ke belakang lagi, permaianan tarik tali kontrak dengan Arsenal yang hanya menawarkan lanjutan setahun pada pemain berusia 32(ketika itu) langsung tidak dipikirkannya.Keputusan Wenger telah memudahkah Bobby membuat keputusan.Itulah pengorbanan yang terpaksa dibayar oleh Bobby..
Dan setelah memilih karier baru, ramai yang beranggapan Bobby melakukan keputusan yang drastik dan silap, ditambah pula dengan nasib malangnya yang memang tak berbau badan, Pires injured satu season dalam pre-season ersama Villareal.Ketika itu ramai peminat dan pemerhati beranggapan karier Bobby akan berakhir tapi hari tidak selamanya gelap, Pada usia 35 tahun Pires kini antara nadi dan watak penting dalam merencana kejayaan Villareal hingga ke tahap ini, membawa Kapal selam kuning ke Suku akhir Champions League, dan tidak ada apa yang hendak diharapkan selain dapat bertemu kembali rakan2 lama( err..yg tinggal Toure, Pat Rice, Wenger, Almunia, Clichy, RVP, Ade, Fabregas.. eh ramai jugak ek).Namun suatu yang pasti, Pires pasti ingin berjabat tangan dengan Wenger dan merenung matanya dalam2 bagi membuktikan Bobby masih ade sekelumit keajaiaban dalam dirinya.Walaupun Bobby terasa sangat kecewa, namun beliau paham akan erti profesionalisme dan menerima taktikal Wenger demi kebaikan kelab.
Di sebelah pihak Wenger pula, di sebalik rasa bersalahnya, Wenger berasa sangat simpati terhadap nasib Pires di PAris malam itu.Namun apekan daya, Wenger tiada pilihan lain.Bercakap di Arsenal.com, Wenger mendedahkan sebab mengapa die terpaksa mengorbankan Bobby dan bukan orang lain, adalah kerana terlalu ramai sangat offensive player.Mungkin Wenger malu hendak mengakui faktor umur adalah antara sebab mengapa Bobby yang menjadi pilihan kerana kalau nak bandingkan Hleb, Ljungberg, fabregas dah offensive,dan antara mereka berempat Pires merupakan yang paling tua. Gilberto pulak memang wajib ade ketika itu, dan Henry untouchable.Seperti yang kite ketahui Wneger ni memang ade sedikit obses tentang umur, mungkin die rase umut kuda tua ni akan pancit, dana kalau menang dgn team muda lagi boleh bangga.Tak tau lah, Hanya Wenger yang lebih kenal rapat playernya malam tersebut.Tapi kemunculan Ashley Cole di malam final tersebut jugak secara tak langsung merupakan tamparan buat Flamini sebenarnya yang beraksi cemerlang di left bek dari mula kempen lagi(maaf, out off topic tapi aku nak luahkan kat sini)
Buat Bobby,jasamu akan dikenang sampai mati, antara lagenda Arsenal yang sempat aku ikuti .Gol2, skill2, assist2 dan perangai gila2(penalti mancis) akan tetap dirindui.Peminat Arsenal sentiasa mengharapkan kejayaan Bobby walau di mana die berada kecuali awal pagi Rabu ini.heheh.Bobby pernah menyuarakan hasrat untuk 'kembali' ke Arsenal dan impiannya kini boleh dikatakan tercapai walaupun dengan cara tersendiri.We love u Bobby...
Isnin, 6 April 2009
Tiada PERAS ugut PIRES di PARIS.
8:39 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan