Ahad, 5 April 2009

Jangan bergerak!


Ya itulah, jeritan Inspektor Aleza dalam sebuah rancangan TV kepolisan paling popular di Malaysia selepasa Roda2 kota raya.Mungkin jeritan itu juga sesuai ditujukan pada kapten pasukan Arsenal Cesc Fabregas.Secara peribadi, aku percaya yang Cesc Fabregas tak akan meninggalkan Arsenal summer nie.Tapi semenjak 2 menjak ni dengan laporan BArcelonda dan Real madrid yang begitu beriya2 memancing dengan harga 45M , aku ingin menegaskan di sini bebreapa faktor mengapa Cesc tak sepatutnya berpindah , atau dalam kate lain diharamkan berpindah oleh fan2 Arsenal.Semalam merupakan kemunculan sulung talisman kite setelah 3 bulan injured, dengan 2 assist, Fabregas menunjukkan kelas tersendiri dan mengapa Arsenal perlu mengekalkannya walau ape cara sekalipun.

Semenjak pemergian Viera, kite tak pernah mengecap piala.Malah menjadi begitu dekat, potensinya ade cuma luck jek takde.Kalau dianalisis, kite mampu bersaing dengan skuad2 elit Eropah dan tiada beza antaranya.Cume pengalaman dan konsistensi yang perlu diberi lebih perhatian.Dan sepeninggalan Henry , tiada lagi Hero , atau nama2 gah yang boleh dan mampu menjadi duta atau penarik(x factor) bagi Arsenal. Dan muncul lah Fabregas pemain yang dibeli dari Barcelona pada usia 16 tahun dan sekaligus merupakan anatara player yang senior di Emirates walaupun usia baru mencecah 21 tahun!Arsenal memerlukan seorang bintang, daya tarikan, dan pemain yang mempunyai karisma, calon2 yang boleh diletakkan setanding dengan Kaka, Mesi, Henry, Zidane di atas sana,boleh mencipta magis, watak yang mempunyai karisma dan Fabregas adalah jawapannya.Dengan usia yang begitu muda gila, Tak mustahil bakat dan potensinya belum mencapai klimaks dan mampu menjadi lebih menakjubkan, itulah sebab mengapa Arsenal perlu memastikan Fabregas tidak terlepas dan perlu diikat walau dengan sehelai benang pun, jgn dilepaskan ikatan tersebut.


-Skuad yang ada sekarang adalah projek Wenger yang hampir lengkap dan Cesc merupakan tunjangnya.Jadi tidak guna untuk membina dan membina kemudian dilepaskan akarnya lalu terpaksa membina semula dari zero.

-Cesc diberi peluang beraksi dengan batch2 pemain yang segenerasi dengannya.Mereka bermain bersama, bersosial bersama, dengan peringkat umur yang tidak jauh berbeza, maka persefahaman akan menjadi lebih jitu.Nasri, Walcott, Denilson, Bendi , Song, Vela,Diaby, semuanya merupakan projek mase depan.

-Cesc merupakan kapten Arsenal, antara yang paling muda selepas Tony Adams.Biarpun berliau diberi peranan ni dalam keadaan yang tak dijangka(perihal gallas) namun Cesc adalah calon yang paling layak dari segi karisma dan x factor yang ade selain antara nama2 yang kompom tersenarai dalam 1st eleven setiap match.

-Cesc begitu passionate pada kelab.Tapi masih ade lagi media2 yang begitu taksub dengan gosip2 dan saje cube menimbulkan spekulasi.tanda cintanya pada kelab tak perlu dipersoalkan, ingat lepas match Hull City? Sampai manager lawan pun meluat tgk die punya sambutan lalu mereka2 cerita bodoh.Ludah betul2 karang baru tau.

-Cesc dah pernah ade rancangan TV tersendiri, The Cesc Fabregas Nike Show.Jadi die patut berasa terhutang budi dan sayang kepada peminat2 nya.

-Mase depan di Arsenal begitu cerah, semuanya lengkap, sejarah, Pengurus terhebat, potensi, stadium terhebat, ape lagi yang die nak? PIala? piala tersebut akan datang kalau semua plaer berusaha bersungguh2 dengan potensi yang ade pada generasi player ni dan ditambah dengan sedikit lagi pengalaman pemain2 senior, atau diberi suntikan player2 baru nanti, Arsenal akan menjadi team yang lenkap dan ianya akan berlaku di bawah era kepimpinan Cesc.

-Cesc perlu lihat sejarah, sejarah dah tertulis bahawa barang siapa pemain yang meninggalkan Arsenal, kebanyakannya ramai yang tenggelam dan dah tak dapat lagi layanan yang selamanya indah di Arsenal.Tak perlu disenarai panjang, lihat sahaja Hleb,Flamini, Viera..ramai lagi sebenarnya.

-Kelab2 yang ramai star tak menjamin kejayaan.Tak perlu dihurai panjang, benchmarknya ialah Real Madrid, yang sampai sekarang merapu Champions League dah 4 tahun tak pernah lepas 2nd round.

-Jika die hendak terus beraksi dengan Spain dan antara tonggak Piala Dunia 2010, Arsenal adalah jawapannya.Jika die ke Barcelona dia mungkin terpaksa menjadi player simpanan dan kurang beraksi dengan adenya Xavi dan Iniesta, pemain yang lebih mendapat keutamaan dalam Spain walhal Fabregas lagi power laa woii.

-Kehadiran Arshavin membuktikan Wenger serius dalam buat bisnes nih.Summer ni muncul lagi 2 3 orang star, boleh kasi bye2 same team lain.RVP pun difahamkan akan sign kontrak aru.fabregas tak perlu risau dengan hala tuju kelab kerana landasannya memang dah betul.

-Banyak lagi sebenaranya dan aku rumuskan kat sini, Fabregas memang dilahirkan untuk Arsenal sebenarnya.

Iya, memang Fabregas selalu menyatakan bahawa satu hari nanti agar die dapat kembali ke kampungnya Barca untuk beraksi di Spain.Satu hari nanti..tapi tak tau bile.Baru2 ni Fabregas dah menjawab spekulasi dengan mengatakan die tak akan berpindah dari Arsenal tapi tak dapat nak tutup mulut2 orang.Kalau die bercakap die akan bersara di Arsenal pun media2 ni terus akan memainkan cerita yang sama.Hanya, keluarga, teman2, rakan sepasukan dan Wenger saje yang tau betapa dalamnya cintanya terhadap Arsenal.Elok laa kalau kate gitu.

Dan dengarnya cerita paling best adalah Arsenal sedia nak menawarkan kontrak edisi super bumper kepada kapten Cesc.Stan Kroenke dan Dany Fiszman dah plan nak membeli saham2 Lady Bracewell-Smith untuk menguatkan pengaruh.Jadi mereka akan menggunakan kesempatan ini untuk menstabilkan pasukan dengan cara yang paling utama mengekalkan star,mereka dan akan offer kontrak bernilai 4M kepada Cesc, setanding dengan offer kepad Henry sebelum die berpindah ke Barcelona.Dengan offer tersebut, difahamkan Fabregas akan menjadi player paling kaya dengan $100,000 seminggu sekaligus menyahkan interest dari Barca dan Real.Ini menunjukkan betapa BOD Arsenal begitu serius dengan projek Arsenal ni dan memastikan supaya Arsenal tidak hanya menjadi feeder club terutama pada 'Arselona'.

Andai dipisah, Fabregas dan Arsenal, lemah tiada berjiwa..hampa~



0 ulasan: