Rabu, 22 April 2009

Post Match: Arshavin Acah Anfield

Liverpool 4 - Arsenal 4
Fernando Torres (49) Andrei Arshavin (36)
Yossi Benayoun (56) Andrei Arshavin (67)
Fernando Torres (72) Andrei Arshavin (70)
Yossi Benayoun (90) Andrei Arshavin (90)

"I liked the game but of course it's not good for the team...almost basketball.''





Permainan apa?! Permainan Apa? (what a game ..what a game..!) Hahahaha.. Adalah satu kerugian jika anda baik sebagai penyokong Arsenal, Liverpool mahupun neutral tidak bersengkang mata menyaksikan match sebentar sahaja tadi.2nd half yang macam pinball.Berbaloi memang berbaloi.Tapi lagi berbaloi kalau defend kite tak beraksi ala2 Din beramboi kerana Arshavin secara single handedly meratah pertahanan Liverpool dengan 4 bijik gol yang superB.Tenang , laju, mantap memang terbaik dari kebun! Arsahvin menjadi player kedua setelah Baptista menjaringkan 4 bijik gol di Anfield.Arshavin membuktikan bahawa betapa dialah 'the missing pieces' sewaktu Arsenal bertemu Chelsea dulu.Wenger pasti terbit kekesalan dan hanya menyimpan dalam hati.Bayangkanlah lagi betapa 4 shot on goal, semuanya masuk..Ape yang Reina buat?? tak save langsung, termasuklah offside dari Bendi dan Fabregas pun tak dapat di savenya..
Liverpool v Arsenal


Tapi di sebalik game yang high tempo dan box to box action, satu siuasi yang tak terdapat dalam mana2 liga lain di dunia ini kecuali BPL, kita juga dihidangkan dengan clumsy error oleh kedua2 team.Kombinasi Sagna Silvestre Toure Gibbs Fabianski masing2 berperanan dalam error mistake dan sebenarnya boleh dielakkan terutamanya
Silvestre yang beberapa kali aku menyirap bandung, asyik nak back pass waktu positioning tengah bahaya, keeper muda kite ape lagi gelabah labah la clear bola bagi kat Gibbs yang clear pnn tak lepas.Sagna pun bukan pada prestasi terbaik, clearing yang tak kemas mendatangkan gol penyamaan Torres.Fabianski, 1st half yang agak ok dengan bebrapa save menarik tapi ape yang die fikirkan mase gol kedua tu, kenapa die lari masuk dalam gol? kah kah..adui lawak..Toure yang diperlukan saat genting minit2 akhir jugak tak mampu diharapkan.Si Benayun belatuk entah datang dari mana sempat cilok 1 point.

Bile Arshavin score gol ke 4 tu gua ingat Anfield 89 akan berulang.4 gol bebe! Tengah2 team mates semua main macam haram, Arshavin bangkit dengan cara dan gear tersendiri.1st half yang senyap darinya, sorang lagi yang senyap tak nampak langsung ialah Denilson tapi no wonder la..baik korbankan die masuk striker sorang lagi, Dudu/Vela ke.Nak buat macam mane, Wenger lebih sayangkan Denilson. Berbalik pula pada si katik Russia ni, sungguh diam2 berubi.Bukan seperti Silvestre yang diam2 berpotato head.Entah dari mane die menyelinap masuk, Arshavin tibe2 ade di tempat dan waktu yang sepatutnya apabila Cesc dan Nasri bergandingan mengayamkan Mascherano.Gol kedua adalah paling smart, mencilok bola dari kaki Arbeloa, Arshavin merembat kencang cantik ke sudut yang tercapai akalmu oleh Reina.Gol ketiga adalh kesilapan dari pade Carigali yang mengasssist untuk Arhsavin, terima kasih, sorry Reina! Walcott mengulangi larian Anfield seperti tahun sudah cuma tahun ni tak ade objek2 atau susuk ghabi ynag menghalang, melorongkan bola kepada Arshavin yang burst dari bawah, 1st touch kaki kiri yang perfect dan rembatan tenang dan tepat sekali lagi meninggalkan Reina hopeless...

4-4.Memang gile.Biarpun kecewa tak dapat mata penuh kerana hanya beberapa saat?minit la,tapi aku lebih simpati pada Arshavin, 4 golnya hanya disia2kan oleh persembahan rakan sepasukan yang lain terutama defend.Agak pelik mengapa sampai 6 minit masa tambahan? Bias betul ref.Tapi yang lebih kecewa dengan keputusan ini pastilah Liverpool dan peminat2nya.Arsenal has nothing to lose.Saje main2 panaskan badan hantar Arshavin sorang jek.Sebenarnya tadi adalah lebih sebagai saje2 kacau,gertak Liverpool main acah2 dan Arshavin berjaya mengacah sorang2..menjadikan malam ini sebagai platform untuk menapak nama di BPL.Baru tak sampai setengah season lagi, die dah memberi impak yang cukup besar dalam liga.Tabik Wenger atas pembelian paling berbaloi ini.Sayang tak dapat beraksi UCL.Banyak lagi bakal menyusul dari player Russia ini, nantikanlah Yang Terbaik Dari Arshavin...


4 ulasan:

THEo WALLcott berkata...

buat pertama kali sepanjang aku ikut team arsenal aku tak tengok game kat tv secara live..aku tido dibuai mimpi entah2 ape tah pagi td tak seperti selalu game pukul brapa pun aku sanggup sengkang mata ni.sebabnya aku tak mau saksi team arsenal kena buli teruk mcam liv vs ast villa aritu.puncanya arsenal akan guna fabianski sbg gk dan bagi aku dialah akan mencacatkan kebagusan team arsenal..sorry fabianski i'm not your big fan.mungkin peminat lain berlainan pendapat dari aku.Tapi rasa penyesalan yang amat sangat aku tanggung sbb tak dapat saksi secara live arshavin skor 4 gol sekali gus dan mencipta rekod baru dalam sejarah team arsenal.Penyesalan yang amat sangat mungkin bagi wenger sebab tak guna dia sepenuhnya masa lwn chlsea aritu..mungkin game td satu amaran dari arshavin utk wenger supaya jgn pandang rendah kebolehan dia.kalu almunia main balik mungkin aku tengok game live arsenal.sorry fabianski.

Gunners & Roses berkata...

Itu la FBH, memang agak rugi tapi takpe, aku dah letak highlight, boleh mengubat kerinduan..Arshavin ade class tersendiri, Sigining yang dah lame tak dilakukan Wenger, boleh dikatakan pemain terbaik yang arsenal dalam skuad ni.. Cuma defend amat2 menghampakan, macam mana diorang nak survive sampai abis season merupakan satu kegusaran.Harap Wenger dapat cari jalan summer nanti.

hairol berkata...

memang puas hati aku bersengkak mata..melihat aksi2 menarik pagi tadi... 1st half memang Liverpool serang banyak.. tapi oleh kebijakan arshavin hanya dengan 1-2 pluang terus dapat score...... suka gila aku kat mamat ni... tak padan ngan katek... shooting power.. tak kira kaki mana pun...sama2 kuat dan padu.. aku harap Bayor & RVP dapat melihat contoh terbaik cara2 merembat bola... bukan macam main ragbi yg selalu di buat oleh RVP. syabas Arshvin.....

siber berkata...

betul tu..aku makin syg kt arsenal sbb arshavin nie. lari laju, dua-dua kaki power, tackle pun bagus, hantaran pun cantik.

tp fbh xbleh salahkn fabianski jgk. bg aku, compare die dgn reina smlm, dia dh save 10 drp 14 shot on goal dr lvrpool smlm. reina plak, lepas smua shot on goal arsnal. haha..mna lg bagus? tahniah fabianski. cuma defend jer berterabur aku tgk. longgar, mgkin kmbinasi yg x bagus.