Selasa, 17 Mac 2009

Pre Match:Ape Hal Kau Siti???

Ape 'hull' kau 'city'?? Jangan cuba2 nak merosakkan majlis.Datang rumah orang tak berjemput, buat kurang ajar, pandai2 nak malukan tuan rumah ek.Jangan biarkan HUll City buat hal lagi di saat Arsenal tengah on form.Itulah yang paling aku takutkan awal pagi nanti, tengah2 player dibuai keyakinan, ade jek laa nanti mistake2 dan hilang konsentrasi oleh player2 belia nih.Bukan sekali 2 , dah banyak kali dah, Arsenal dilihat emk mudah buat tak peduli pandang rendah dekat team2 ayam ni.Bukan sebarang ayam deiorang ni.Atas kertas semuanya senang macam main bola kertas zaman kecik2 dulu, tapi bile atas padang ayam tu boleh tukar jadi ayam kampung, suke berkampung, ayam laga,suka berkasar.Arsenal kene bersedia dengan segala kemungkinan ayam2 nih.

Arsenal sendiri pernah dipatuk, terduduk aku mase tu tengok stunner Giovanni.Hampeh.Antara persembahan paling hambar dan upset sesaon nih. Malu gile beb, mane nak tarok muke kalah home dengan Hull City.So hutang kali ni aku harap Arsenal buat aku terloncat plak.Skrip dah tertulis dah Arsenal yang akan ke Wembley bertemu Chelsea di semi, cume hero ni kene layan watak2 tambahan nie dulu sebelum scene2 yang lebih dramatik menuju klimaks.Ape pun mereka semua nie bukan pelakon tapi lebih kepada stunt man dengan aksi2 benar yang merisikokan diri sendiri, sentiasa berani.Kalau nak tengok prince charming ke pelakon2 ke pergilah tengok Drogba ataupun tah sape name mamat selenga yang eksiden tak reti bawak krete,lagi..Babel pun boleh tahan gak watak komedi die.Eboue? eboue bukan pelakon...bukan..bukan, die lebih kepada seorang penari.hahah

Phil Brown awal2 lagi dah main psikologi kononnya perlawanan ni tak de la penting sangat berbanding lawan Wigan hujung minggu demi survival mereka di BPL.Konon2 mau letak 2nd team malam nih.Kite tengok ape die nak buat.Bullard pun dah takde.Takkan nak harapkan 'Sepupu' jek kut.

Arsenal pula Eduardo masih lagi out.Gibbs kembali ganti Clichy(rehat).Fabianski akan ganti Almunia yang injured sebab kene penangan Deouf si kurang ajar, tapi memang Fabianski main pun FA cup cuma untuk hujung minggu ni, Almunia pun masih dalam pemerhatian.Aaron Ramsey tak terlibat manakala gallas yang direhatkan mungkin kembali, bergiliran dengan Toure direhatkan.RVP dapat full rehat hari tu so dijangka start,Arshavin wira baru katenye begitu desperate agar diturunkan, satu2nya peluang untuk die membantu Arsenal menang piala season nih.Walaupun kene 8 jahitan, ape ade 'hull'.JAdi mari kite membayangkan...

----------Fabianski----------
Sagna-----Gallas--Jozan----Gibbs
Eboue----Song----Diaby-----Walcott
--------RVP------Vela---------

Denilson
Nasri
Toure
Bendi
Clichy
Merida
Manone

Tak sabar nak jumpe Chelsea.Habiskan babak nie dulu, takde kesian punya.Arsenal 3 Hull 0. Astro Star Sports 813, 3:40 AM.


0 ulasan: