Online Streaming <<---Klik sini
Kekal Positif.Biar ape pun terjadi, mampukah aku, anda, atau kita semua sebagai peminat Arsenal?Arsenal diberi hint bahawa, Aston Villa belum cukup bersedia untuk menyerap segala tekanan untuk berada di kelompok teratas,ketika kemenangan hampir pasti, 2 bolos di 3 minit akhir(karma untuk arsenal mungkin) membuktikan betapa Arsenal sebenarnya diberi peluang terhidang untuk terus mencucuk rapat dan, merampas kedudukan.Tapi sedang asyik mengejar di depan jangan lupa toleh yang di belakang ,Everton juga memasang mimpi.
Rabu pagi Arsenal akan meneruskan rekod clean sheet ketika bertemu dengan WBA.Kalau dulu di Emirates, WBA merupakan mangsa pembuka season melalui jaringan Nasri meraikan debutnya.Tertekan2 Arsenal sebenrnya West Bromwich Albion lebih tertekan terperosok di tangga tercorot tapi mereka tau mereka sebenarnya mampu beraksi dengan baik bagi mengekalkan tempat dalam BPL.Persaingan di kelompok bawah jugak bersaing hebat berbea dengan musim lepas di mana Dderby Country mencipta rekod EPL dengan persembahan terbuuk dan langsung tak menyamai standard.
Tertekankah Arsenal? Boleh diukur melalui butang panik Wenger, mungkin ade, tapi die tak tunjuk.Lebih memeritkan melihat team yang penuh dipercayai memakan sang profesor sendiri dengan ketumpulan sering dijadikan alasan.Tumpul, asah la!Ini tak, parangnya tumpul batu asahnya pula memang batu bebal tak lut pulak tu, mane nak jadi.
ok2..positif2..tarik nafas..tahan..tahan. tahan.. lepas...5 match terakhir,seri 5 kali, bayangkan kalau menang semua yang atas kertas dah terang2 senang,3 home pulak tu.Kalau arsenal mampu merampas balik 10 mate yang dah didropkan, Arsenal kini di tangga kedua.Adoi..sayang2.Positif2..perlahan2 kayuh, target biar mangsa yang terdekat dahulu.
Berita dari kem mengatakan Gallas tak akan diturunkan kerana kecederaan buku lali.Wenger telah menyerahkan tugasan pada Jozan untuk menggantikan Gallas.Apekah , clean sheet yang dibina selama ini bakal pecah dengan ketiadaan gallas.Mampukah toure mengadun pace dan pengalamannya untuk dikongsi secebis rasa bersama Jozan.Walcott Eduardo Adebayor punyai peluang tipis untuk bertemu Burnley ahad nanti tapi besar kemungkinan tidak akan dirisikokan.Simpat dan di unleashed ketika di Colosseum Rome nanti.
---------Almunia-----------
Sagna---Toure---Jozan---Clichy
Arshavin--Diaby-Denilson--Nasri
--------RVP----Bendi-------
Tapi mungkin ade twist2 sket, may be carlos vela diberi kepercayaan kedua walaupun kurang menyerlah ketika starting bertemu Fulham.Mungkin Nasri akan di selitkan di tengah alam memaksa Bendi main di flank kiri.MUngkin Arshavin yang pancit juga direhatkan dan digati EBpur yang semenjak 2 menjak ni main macam lembu gila, agresif tapi takde hala tuju.end product ilekk..
Lawan team corot ni..Selain dari menang memang positif pun boleh dinyahcas jadi negatif.hahah...Esok ade live di Star Sport jam 330 am.Jangan lupe bersengkang mata mencari kemenangan yang dirindui.Nak jek aku taruk prediction 5-0 tapi sebab situasi semasa, kalau 1-0 pun dah cukup melegakan.Tak nak tenogk Tiang SERI tegak berlima clean 'shit' lagi.Kah kah kah...
Isnin, 2 Mac 2009
Pre Match : Kekal Positif
11:41 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan