Rabu, 4 Mac 2009

Post Match: WBA 1-Arsenal 3 akhirnya..

Amat2 melegakan.Bukanlah persembahan terbaik Arsenal tapi telah mencukupi dengan tertunainya perkara2 wajib.3 mata 3 gol terima kasih kepada pertahanan West Brom yang macam hampeh untuk 1st half.Jika tidak kerana keeper bergigi terabur Scott Carson pastinya 2nd half up lagi 2 3 bijik, membuatkan peminat masih lagi menunggu gol sulung Arshavin.

Bermula dengan 4 pertukaran ketika bertemu Fulham, RVP,Diaby, Gallas,Vela direhatkan menyaksikan Jozan ganding dgn kapten toure, song berdansa dengan Denilson manakala Arshavin support Bendi yang merupakan man of the match untuk malam nih.Seawal minit ke empat lagi Bendi dah melencongkan bola soa ku ingat result lepastu akan melencong jauh dari sasaran awal tapi alih2 kene pulak sebijik tak sampai 3 minit.Free kick James Brunt lalu celah2 benteng Eboue-Song tanpa langsung membayar tol ,Almunia ditinggalkan kecewa menyesal tak sudah rekod 6 straight clean sheet bocor macam tu jek.Arshavin yang senyap 1st half akhirnya dipanggil Nasri supaya amek free kick sebab tengok mamat nie kesian tak dapat2 bola.Hantaran cantik ke dalam kotak penalti memberi ruang Toure yang tak diapit mane2 bodyguard mudah menanduk masuk kembali menaikkan moral Arsenal.Tak cukup dengan tu, 2 minit sebelum tamat, Toure membuat hantaran yang sering dilakukannya , lob baik punye kepada Bendi yang tak tertambat dek Meite yang mengalami mimpi ngeri malam ni,half volley yang kencang daripada pemain Denmark mengukuhkan kedudukan.Dalam hati Carson, "Nasib baik tak kene gigi aku".

Separuh mase kedua kalo diikutkan kebrangkalian dalam subjek statistik dan matematik, pastinya ramai menyangka Arsenal akan kenduri gol.Diaby masuk menggantikan Toure Hip hop yang difahamkan mendapat calf injury.gandingan Song Jozan, dimempelaikan buat kali pertama season ni.Gamble tak gamble Wenger, nasib Luke Moore dan Fortune tak mendatangkan ancaman.Bendi yang dah dapat 5 bijik gol liga hampir2 meng'hat-trick'kan diri apabila larian solo disudahi rembatan,sayangnya hanya mencium tiang gol.Arshavin yang bermain sekadar ok malam ni turut menguji carson sekurang2nya 3 try.Tapi takpe, selagi die mengamalkan No shy u try, Die makin banyak belajar corak EPL.Kemasukan Diaby menyuntik siket barisan tengah.Lagi pemain gantian ialah Ramsey yang menggantikan Eboue, dimaki Wenger kerana hampirmenghadiahkan gol buat West Brom melalui back pass yang tak perlu.Fran Merida juga akhirnya diberi peluang di minit2 akhir menggantikan Nasri.

seri, seri, seri, seri ,seri akhirnya menang...Fuh..brape banyak point dah drop tu.Semoga ni landasan terbaik untuk arsenal mulakan rentak kemenangan.Mengikut poll di Arsenalaysia dulu, rata2 tak kisah kalau arsenal main buruk sekalipun janji menang, memang ade benarnya kerana di saat genting2 macam ni, 3 mata lebih berharga, beautiful football tu tetap akan datang dengan konfiden yang dah dibina dan menjadi satu bonus.Kalau ikut landasan ni, stesen berikutnya, Burnley, FA cup.Eduardo Walcott Adebayor, masing2 dah beli tiket untuk naik sekali.Segalanya sempoi...


0 ulasan: