Isnin, 5 Januari 2009

Ape sebenarnya Special Class?


Ok, sorry atas keterlewatan posting memandangkan mase agak menjelousi aku.Kemenangan Arsenal ke atas Plymouth sabtu lalu 3-1 dengan 2 jaringan oleh kapten yg sepatutnya menggantikan Cesc, RVP bolehlah dianggap sesuatu yang menceriakan. RVP memang superb dan kalau die boleh menjamin kecergasan nya hingga ke akhir musim injury free, pastinya die merupakan pemain yg sangat penting dalam hidup mati arsenal season nih.Harap2 takde nasib malang yang boleh menybabkan impiannya beraksi di Wembley tergendala.Dek kerana kebodohan astro, kite terpaksa mencuri line tv mexico sampai satu tahap ade satu link tu memang betul2 cilok dari tv.adui..takleh belah betul, lucu gile, fanatik punye pasal layan jek, tapi nasib baik jumpe link yg sepatutnye.heheh.

Tanpa Adebayor yang direhtakan dan Denilson dan Song injured, tengah Arsenal menggunakan Diaby dan Ramsey diapit nesri dan Eboue. Ramsey nyata menonjol.Dan ketonjolonnya menyebabkan arsenal dihadiahkan bertemu dengan kelab lamanya Cardiff City dalam pusingna berikutnya.Arsene Wenger bekata beliau bukan dalam situasi di mana terpaksa memilih lagi, sama ade FA Cup atau Champions League atau liga.KAtanya ketiga2 menjadi priority itulah sebabnya beliau menurunkan player2 1st team berbeza dengan polisinya 2 3 musim sebelum ni.Selepas kali terakhir menjulang piala fa 2005(piala terakhir arsenal) mungkin die dah sedar yang FA cup juga adalah peluang untuk mendapatkan silverware musim ni.Dengar ura2 Toure tetap akan dijual ke Man City untuk dapatkan stephen Ireland?Aku cakap silverware, bukan silvestre, ops, die pun dah injured 3 minggu.Nak taknak kite akan dapat lihat lebih banyak gandingan 2 regu yang dikatakan sedang retak menanti belah gallas + toure. aku suke Ireland, tapi aku sayangkan Toure! Tapi dalam bola sepak juga perlukan pengorbanan..

Special Class?Siapa yang boleh mendefinasikan maksud special class yang sebenar dari benak otak wenger? Kerana aku dah berapa kali dengar perkataaan ini dari mulut Wenger, class, class player, super class player, world class player.. itulah jaminan yang dijanjikan Wenger setiapkali musim perpindahan bermula, dan akhirnya habuk pun tarak dan alasannya oo skuad ini perlukan keharmonian, skuad ini dah cukup bagus untuk bersaing , skuad ini ade special talent.. hahahaha.. Ye la tu, tapi memang dah jadi pattern Wenger beli player tak ternam dan berbaloi sgt2 pembeliannya, Contoh terbaik musim lepas Sagna dan Eduardo, seorang pun tak dapat clue ali2 kluar berita Arsenal sign Eduardo tapi kali ini ada lagi ke bakat2 world class yang tersorok2 yg mampu dikorek olwh Wenger.Dunia semakin rakus, dengan pencabulan kelab oleh 'wang besar2 saya putar halim'yang menaburkan duit sesuka hati, mampukah Wenger melawan ancaman keji ini dengan sourece yang terbantut.kejap ade duit, kejab takde duit, kejap krisis ekonomi dunia.Fan pun tak tau brape yang available sebenarnye.

"I feel that if we do add somebody, we add somebody who has a special class.And I would like to think longer term than just whether that player is eligible for the Champions League this season."

Ini adalah jawapan yang dijawab setelah berkaitan januari transfer nanti.Sebelum tu Wenger menafikan die masih berminat dengan DM udinese Gokhan Inler Januari ini.
"Yes, in the summer. But not any more."

Siapakah player yang dah ready made world class, super class, special class itu.Kite boleh masih mengharapkan player2 yg cup tied dengan UCL kerana wenger berkata itu tak jadi hal.Alonso , Arshavin? ntah le..Aku harap palyer tu tak payah pergi kelas2 pemulihan atau kelas bola sepak lagi.Tapi sebagai cover line jawapan seperti ini mesti ade dalam setiap press conference mengenai transfer market.

“[For example] take a player like Ramsey. They show that they grow. Of course they still show lapses, a lack of experience, but they have quality and they can grow quickly.”

p/s:Bagi yang beragama Islam, Aku terpanggil dengan topik yang dibincangkan di shout box dan aku bersyukur dan berbangga anda sekalian masih sedar dan prihatin terhadap isu Israel Laknatullah dalam usahanya merampas tanah suci baitulmaqdis dan mencabul Masjid Al-Aqsa. Sebenarnya pada aku, kite , aku sendiri, umat Islam khususnya di Malaysia ni kadangkala alpa, lalai dan leka, kite menggap perjuangan ini hanyalah semata2 perjuangan rakyat Palestin bg membebaskan bumi mereka dari dijajah rejim zionis, kite beranggapan perjuangan tersebut adalah atas dasar kenegeraan, semangat nasionalis semata2.Jadi kite terlepas pandang walhal sebnarnya yg sedang dicemari dan diporak perandakan kini adalah Islam itu sendiri.Begitu jugalah dengan para2 pemimpin Islam , dan dunia2 arab lain. Jika setiap seorang dari umat Islam di serata dunia ini sedar dan kembali kepada asasnya, iaitu menyedari pencerobohan Israel di Gaza adalah satu penghinaan terhadap Islam ini, dan kite bersatu dengan suara yang kuat, dan semangat jihad yang tinggi, aku yakin gelombang kekuatan ketika zaman Salahudin Al-Ayubi dan pertolongan dari Allah SWT akan pasti kbangkit kembali. Aku bukan lah sesiapa, bukanlah ilmuan muslim jauh sekali alim ulama untuk membicarakan tentang ini, dan aku pohon ampun dan maaf sekiranya ade yg tersalah dan tersilap dari kate2 ku ini tapi kite sekadar beringat sesama manusia dan bertegur sesama insan.Aku bangga dan terharu dengan pemikiran kalian yang ingin memboikot Israel dan barangan2nye , yelah, memang ape2 produk pun kalau dipusing2 last2 samapi ke mereka jugak tapi kite selain dari memboikot secara yang termampu, kite boleh juga pohon doa agar dikuatkan para mujahidin2 di Palestin dan dipermudahkan lagi kemenangan dan kekuatan semangat jihad mereka.Jika ada sebarang bantuan dan derma, lebih elok dan pastikan disalurkan di saluran yang betul.Kite Arsenal arsenal jugak tapi anggaplah ini sebagai hanya sekadar hiburan dan jangan lah sampai melalaikan dan membelakangkanNya.Wassalam..


Suara duka angin Gazza
Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia
Masirah anak al-durrah
Netzarim bermandi darah
Begitu megah mata memandang dusta
Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan
Berbaris-barislah ke satu arah
Jangan sampai berpisah menyusun langkah
Mencari-cari erti kedamaian
Di dalam jiwa tersirat jawapan
Masirah anak al-durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan
Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan
Masirah anak al-durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti (kita menanti) tangan pembelaan
Masih menanti tangan pembelaan

lagu dan lirik : Saudara M.Nasir


0 ulasan: