Selasa, 2 Disember 2008

Robin Hood : Aku bukan orangnye!

Di sebalik persembahan mantap dan 2 jaringan kelas A++ darinya, RVP tidak berminat untuk membongkarkan atau memersihkan namenye secara umum melalui media massa.Sebaliknya apabila di tanya mengenai ura2 orang yang dimaksudkan oleh Gallas ialah dirinya, RVP dengan cool dan matang mematikan sebarang spekulasi.

"Ape ko orang ingat Gallas tu bercakap pasal aku ke?Aku tak tahu menahu sebab die tak pernah pun bagitau kat aku ape2 malah aku tak nampak pun name aku kat suratkabo.Jadi aku tak pernah rasa yang die cakap pasal aku.Bagi aku, tak ade masalah" satu jawapan yang smart dari RVP tapi boleh ditafsirkan sebagai jawapan yang paling selamat.

Kedua2 Gallas dan RVP bukanlah rakan yang rapat dan dari gerak geri tubuh badan masing2 menjadi perhatian terutama selepas Gallas mendedahkan secara umum masalah dalaman arsenal tempoh hari.Mereka join pre match hudle, dan walaupun Gallas tidak menyambut kedua2 gol RVP tatakala rakan2 lain sibuk memberi ucapan tahniah, Gallas bukan keseorangan di belakang.Sagna dan Clichy yang merupakan rakan baik RVP juga memilih untuk kekal di belakang untuk menyimpankan tenaga mungkin, takut2 jadi macam lawan spurs kut.

Gallas pun semacam high selepas perlawanan dengan berjaya memalukan kelab lamanya yang dianggap sebagai penipu dalam buku autobigrafi terbarunya.Setelah melemarkan jersey masamnya ke arah penyokong2 away,die menepuk2 dadanya mendabik dada sambil mengenggam tangan menunjukkan isyarat semangat dan puas.Pemain2 lain turut serta mengikut tindakan gallas dengan melontarkan baju dalam perlawanan yang penuh emosi.Sarcastic smile adalah hidangan buat penyokng tuan rumah yang mencerca dan memaki hamunnya tatakala gallas lalu di hadapan mereka meninggalkan padang.Setelah meninggalkan dressing room, die bertemu pula dengan rakan2 old scool nya , mungkin takleh nak masuk dengan kepala budak2, die join dengan bekas Chelsea Marcel Desailly dan Jimmy Floyd Hasselbaink, mereka berborak2 panjang.

Gallas kelihatan relax dan selesa dan secara pandangan umumnya, Arsenal sebagai sebuah pasukan dan kelab telah berjaya membuang yang keruh dan ambil yang jernih dari apa masalah yang direka oleh mereka sendiri.Tatkala Wenger memberitahu, kemenangan besar mampu menjernihkan keadaan, Player pula membuktikan mereka tak perlu menjadi rakan di atas padang suka antara satu sama lain tapi cukuplah sekadar mereka dapat bekerjasama antara satu sama lain.

"Perjalanan masih jauh tapi aku rase kite telah tunjuk satu contoh yang besar malam ni.Aku betul2 teruja dengan semangat sepasukan aka team spirit sebab kalau korang tengok beberapa minggu sudah, segalanya serba tak kena.Kite dah kehilangan banyak mata yang tak sepatutnya, cukup mengecewakan.Tapi kite tetap terus bersama dan meneruskan kepercayaan sesama sendiri" tambah RVP si optimis yang telah menjaringkan 9 gol dari 11 game untuk arsenal musim ni dalam semua kejohanan.

Malam nanti ade ujian besar sekali lagi menanti.Sama seperti yang berlaku 3 minggu sudah, setelah kite mendapat result cemerlang ke atas man u, anak2 muda belia dengan slumber membelasah wigan tibe2 semangat terkulai layu tunduk di aston villa.Awal pagi esok jam 340 di astro spersport bakal menyakskan sekali lagi player2 seperti Vela, Ramsey, WIlshere, HOte dan Fabianski meneruskan mimpi impian indah.Seharap2nya tahun ini Carling Cup milik Arsenal dan Arsene pasti tergile2 kan carling cup kalau tak mase kan die buat projek muda mudi nih kalau tak berhasil.Ini bukan hanya untuk mase depan, jika tidak bermula dari hari ini , tiada mase depan buat arsenal.Kemenangan Carling Cup sekurang2nya memberikan kepercayaan kepada diri player itu sendiri untuk perlgi lagi jauh.Kalau betul2 wenger serius dengan projeknya, die perlu ambil serius, bukan apabila dah kalah memberi alasan, Piala itu bukan keutamaan, piala ini bukan keutamaan, yang keutamaan ialah skuadnya, tapi mampukah belau mengekalkan batch ini duduk bersama2 pastiny tidak kerana sejarah telah membuktikan wenger begitu pemurah melepaskan pemain2 bintangnya.Jadi boleh lah aku pinjam ayat kesuma dewa , Better now than never.

Sedikit gosip mengenai tingkap pasaran, Arsenal kini dikatakan sedang berusaha memancing CB FUlham bagi menangani masalah back4.Brede Hengeland, 27 pemain antarabangsa Norway yang mempunyai 45 cap antarabangsa dari tahun 2002 kini menjadi buruan kelab2 dengan persembahan memberangsangkan di Fulham.JIka Arsenal mengetuk pintu, pasti sukar bagi player berketinggian 6 kaki 5 inci ini untuk menolak offer untuk bermain di kelab besar.ADakah ini mampu memantu menyelamatkan gawang arsenal yang kini jarang sekali clean sheet dalam setiap match.Dalam pada itu, laporan mengatakan Spartac Moscow telah hampir mendapatkan Bendi sebagai pengganti kepada Roman orang picisan pavalicangkul yang dijual ke spurs summer lalu.Bendi cube dibeli dengan harga 5M? 5 jek???kamon laa mude lagi tu Wenger at least up la sket 8 ke 9M..Secara peribadai setelah dianalisis dan melihat peluang2 yang diberikan, Bendi adalah seorang pemain striker yang biasa tapi punya kelebihan dari segi ketinggian.average player yang hanya mampu bermain untuk mid2 table dan kelab di liga lain.Untuk Arsenal, Bendi nyata tak cukup bagus dan aku tak nampak die akan sampai ke tahap yang diharapkan.Jadi tak salah jika wrnger hendak melepaskannya jika ade pengganti lain dalam kepalanya yang jauh lebih baik tapi biarlah harganya berpatutan.


0 ulasan: