Isnin, 1 Disember 2008

Ke mana kita dari sini?



"Hidup dan nasib roller coaster""What goes around comes around" Setelah penat lelah kite menjadi mangsa tipu helah dan kesilapan manusia bergelar referee kini giliran kita pula mendapat loteri, umpama satu pulangan yang sekian lama dinantikan setelah terpaksa membuat pelaburan yang kadang kala merugikan, apabila ditanya apa reaksi RVP tentang gol penyamaan tersebut, RVP dengan slumber menjawab itulah karma, 2 tahun lepas die pernah menjaringan gol yang nampak sgt sah2 tapi tak dikira tapi balasannya timbul malam ini.



Scolari dengan lantas mengambinghitamkan pengadil, menuntut permohonan maaf, mengapa tidak pula memohon keadilan di mana sepatutnya John Terry dan Ivanovic patut awal2 dah dibuang padang.Itu jugak boleh dipersoal.Chelsea bermain dengan lebih mendominasi perlawanan namun sebenarnya sepatah haram pun tak menguji Almunia.Hanya satu tandukan Lampard sahaja yang on targe.Hendak menjaringkan gol jugak memerlukan simpati belas kasihan penjaga gol mid-table yang tergesa2 melepaskan bola, bukannya under pressure pun, ape ko nak terkencing ke wahai almunia, belajarlah dari kesilapan jika tidak hitung la hari2 terakhir.Sayang sekali Johan yang mempunyai match yang bagus malam tadi terpaksa bermimpi ngeri seketika.Tapi kembali fokus dan berdisiplin setelah menjarignkan gol sendiri dalam perlawanan derby big match seperti ini membuktikan Johan punyai semangat dan jiwa yang besar seperti badannya.Gandingannya dengan Gallas yang nampak solid semacam agak serasi.Wenger terpaksa mempertaruhkan nasib dengan menggugurkan player yg lebih senior seperti silvestre dan memmberi laluan kepada Johan yang jarang2 beraksi.Yaa taktiknya hampir terbalas tapi dengan balasan malang setelah gol sendiri tersebut namun jika dianalisis dari segi overall persembahan Johan dan Gallas menambat anelka dan kalou duduk diam2 umpama singa tak makan 8 bulan.

Song, anehnya setiap kali aku melihat barisan starting line up arsenal yang mempunyai Song dan Denilson aku secara awal2 lagi dalam benak fikiran aku terfikir2 macam mane lah kite nak score gol , malah mencipta peluang pun jarang sama sekali dengan player2 average seperti itu.Tapi kali ini Wenger meletakkan Song di tempat yang sepatutnya dan hanya membuat kerje2 amal beliau iaitu merampas, dan men'clear 'bola dari kaki lawan dan kawasan bahaya, jarang sekali dilihat song storming ke atas itupun jika die sendiri mampu.Terpacaknya song di tengah2 tu dapat la serba sedikit memperlahan kan si ketot Deco,frank Lambat dan kayu Balak sambil Fabregas tidak putus2 memerah otak merencanakan serangan dari tengah.Song kelihatan boleh tahan semalam tapi 1 match bagus daripada 10 , minta maaf, belum cukup layak untuk Arsenal, sekurang2nya lebihkan konsistensi persembahan esperti ini.Sayap kanan dan kiri semalam nyata agak mengecewakan terutama di bahagian kanan yang lebih kerap mendapat bola,mungkin nak hentam cashley hole jek.nasri di kiri kelihatan senyap dan tak sama seperti mana sperti perlwanan dengan united dan seringkali tak lepas kepada Bosingwa. Denilson betul2 menghampakan.1st touch yang buruk, tempo yang lambat, decision making yang selalu salah mungkin Denilson dah terasa menjadi anak emas baru Wenger sampai die tak pedulik atau muhasabah diri main seburuk mana sekalipun die tetap tak akan digugurkan, dikeluarkan mahupun direhatkan.Yang hanya pade keluar dari mulut wenger adalah "percaya, percaya dan terus percaya.." tak adil bagi sesorang player malah mampu membunuh dan membantutkan potensi seseorang player kerana tanpa motivasi , segalanya di ambil mudah. Kalau bukan Denilson yang mendapat hantaran Bendi mungkin kite sudah 3-1.Tibe masenya wenger mengambil keputsan sama seprti mana silvestre digugurkan, beri peluang Denilson berehat dan ape salahnya memasukkan Ramsey yang tampak lebih mobile.Namun secara adilnya, Nasri dan Denilson terlibat dalam merencakan gol penyamaan untuk RVP dan kredit kepada mereka setelah gol tersebut barulah nampak seperti ade sesuatu yang sedang dikejarkan, mereka lebih terlibat dalam tracking back player membantu kedua2 fullback Clichy dan Sagna yang solid satu malam.

Adebayor, walaupun tak match fit mempunyai sumbangan yang besar ke dalam pembentukan kedua2 gol Arsenal.Kekuatan body strength dan ketinggian nya yang menyebabkan arsenal kelihatan kehilangan sesuatu apabila die tidak beraksi.Walaupun kadangkala agak frust jugak menyaksikan positioning dan lariannya yang ntah hape2 namun semalam bukanlah Adebayor yang sama dengan season lepas tapi sekurang2nya die telah mencuba yang termampu.RVP, ape lagi yang harus diperkatakan tentang the flying dutchman ini.Kecederaan yang dialami musim lepas telah mula dilupakan dan kini tibe masanye RVP membalas kepercayaan dan kesabaran Wenger yang menunggunya keluar dari wad.Robin 'Bang' Persie gelarannya.Bang!! dari sudut entah mane2 beliau boleh menjelmakan jaringan, itulah yang perlu ade pade karekter seorang penyerang bagi sesebuah kelab besar di eropah.Arsenal sudah memilikinya tapi biarlah persembahan ini berterusan.Seronok melihat gaya sambutannya setelah menjaringkan kedua2 gol, passion yang ditunjukkan benar2 membakar semangat dan menaikkan adrenalin yang menontonnya. Die terus menerpa ke arah kapten baru Fabregas semasa gol kedua.Tapi yang msuykil,di saat2 rakan2 sepasukan menyambut gol2 itu, di manakah Gallas?? mengapa tiada sambutan dari Gallas?? ahh pedulik kan, Gallas cukup profesional untuk semua nih , yang penting persembahan untuk Arsenal menjadi priority tapi jika kesatuan dalam pasukan dapat diutuhkan adalah lebih padu dan jitu.Gallas sudah cukup tua dan matang untuk selesaikan masalahnya sendri.

Gallas di belakang memerhatikan dengan tajam RVP memeluk Johan.

3 mata penting. 3 mata penyelamat season ini mungkin? siapa tahu? atau kesudahannya sama seperti mana sesudah kemenangan ke atas man united.Harap2 tidak dengan harapan baru Arsenal Cesc Fabregas yang telah mengetuai 2 kemenangan di bawah era kepimpinannya setakat ini masih 100%.Esok belia 4B arsenal akan membakar Burnley dalam pertemuan suku akhir, kemudian hujung minggu arsenal bakal berdepan Wigan barisan yang sama dijinakan ketika carling cup.Pertemuan ini pasti menarik untuk menguji sejauh mana winning mentaliti skuad wenger sesudah kemenangan bermakna ini.Atau adakah Wenger dengan slumber menurunkan barisan Carling Cup yang melaukkan Wigan, sudah pastinya "No!" Wenger awal2 telah menjawab soalan itu ketika post match wigan dahulu.Tetapi sdikit sentuhan campuran antara kedua2 skuad ini mungkin dapat disaksikan. Dengan Dudu dikhabarkan bakal join full training minggu ini, segalanya kelihatan kembali cerah buat Arsenal.Dari mana Arsenal dari sini? ke mana hala tuju? adakah ini satu anjakan paradigma bagi sesaon 08/09? Bak kate Alan Shearer mengulas tragedi jambatan roboh,

"If this result doesn't gave them(Arsenal) confidence, than nothing would"

P/S : Arsenal diundi bertemu Plymouth untuk saingan FA cup yang akan berlangsung 3 Januari dan Wenger telah menjanjikan bahawa beliau akan memberi perhatian serius pada kempen FA cup kali ini, mungkin tangan dah lame menggeletar tak julang piala, makin hari beliau makin tua.Player mude pun tak akan kekal muda~


2 ulasan:

Abang Ade berkata...

yeah....
Arsenal dah start ganazzz....
aku 100% yakin Arsenal akan dpt cup musim nie....di bawah kepimpinan kapten Fab kapal Arsenal dah kembali berlayar dengan betul....sebelum nie ade ribut payah nak control.....keep going Arsenal......



Always and Forever with Arsenal
*********Abang Ade************

Gunners & Roses berkata...

Abang ade minat adebayor ke? huhu.Fabregas bakal jadi legend di arsenal, takdek yang lebih meyakinkan dan fabtastic selain memulakan tugasan kapten EPL dengan kemenangan ke atas rival di tempat lawan!!