Live Online Streaming <-klik sini!
"Adakah mereka akan menjadi pencabar kejuaraan liga dan mempunyai kemampuan untuk menjuarainya, saya rasa tidak kerana ade pasukan yang lebih lengkap bersiap sedia mempunyai ramuan kejuaraan .Tapi untuk merebut tempat ke 4, mereka adalah ancaman!"
Itulah reaksi wenger apabila ditanya tentang peluang Aston Villa mencabar kejuaraan liga dan sejuah mana skuad anak buat martin O Neil mampu menggapai tempat season nih.Begitu optimistik Wenger, bagus..tapi jangan terlalu over konfiden.
Awal pagi nanti arsenal tempat ke 5 akan menentang tempat ke 3 Aston Villa dalam match pertama boxing day sebelum melayan kunjungan pompey pula ahad ini.Bagi Aston Villa, rata2 mereka menganggap pertemuan ini sebagai pertembungan merampas tempat ke UCL tahun depan tapi bagi sesetengah penyokong Arsenal ade yang masih beranggapan Ini adalah perlawanan bagi merapatkan Arsenal ke kemuncak liga.Tak salah optimistik, tapi aku lagi rela agar kite settle kan ikut peringkat2, secure 4th place ke atas dengan musim yang carca marba dan Januari nanti baru kite lihat ke mana Arsenal dari situ.Menang bererti kite selevel dengan aston villa mengumpul 34 mata tapi jika kalah, jarak semakin jauh dengan 6 mata.A must win match!
Bagaimanakah Arsenal hendak merencanakan kememenangan dengan option midfield yang sedikit? dengan Adebayor digantung 1 perlawanan, Wenger pastinya menggunakan 4-5-1 dengan RVP di atas disupport Diaby.typical2 Wenger.Entah bile kite dapat lihat Vela Ramsey Merida, setenat mana pun pastinya WEnger lebih percayakan Song Denilson Eboue.Hanya Nasri sahaja yang dilihat kreatif dan mobile itupun jika kena pada harinya.Nasri masih belum menjaringkan gol jauh dari luar kawasan Emirates.Back 4 pastinya seperti biasa.Emmm besar kemungkinan beginilah line up Arsenal malam ini jika ikut kepala otak Wenger.AKu pun tak tau celah mane nak dapat gol tapi aku harap RVP mampu mengulangi magic2 nye.Fuiyyo magic!
-----------RVP------------
----------Diaby-----------
Nasri--Song---denilson--Eboue
Clichy--Johan--Gallas---Sagna
---------Almunia-----------
Arsenal diberi sedikit kelegaan apabila mendapat tahu kapten Villa si Laursen yang kebal tuh tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.Carew juga dinasihatkan supaya menyambung rehatnya, masih belum pulih.Namu yang perlu dijaga rapi adalah lipas kudung pelesit ashley young dan agbonglahor.Song perlu mengekang rentak Barry dan Petrov.Walaupun susah, Arsenal terpaksa menelan hakikat bahawa hanya kemenangan saje dapat kembalikan moral dan semangat player2 yang tengah down sekarang.Fabregas bakal menemani Eduardo Rosicky Toure memberi sokongan. Jika tahun lepas tandukan Adebayor dan screamer Flamini memastikan arsenal membawa pulang 3 mata, harap Diaby dapat mengulangi pencapaian 2 musim sebelum itu dengan jaringan tunggal menyaksikan arsenal menang juga d tmpat lawan.
ASTRO 812 ESPN 110 AM.Arsenal 1- Villa 0
Jumaat, 26 Disember 2008
Preview : Aston Villa vs Arsenal
2:31 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan