Ahad, 28 Disember 2008

Pre Match: Selamat kembali 'Mr Arsenal'


Malam ini bakal menjadi sejarah antara pertemuan 2 skuad bimbingan legend arsenal, sifu bertemu bekas anak murid terbilang. Arsene Wenger vs Tony Adams.Adams yang bakal pulang ke Emirates buat kali pertama setelah bergelar pengurus Pompey menggantikan si kodok, bakal mendapat sambutan hangat oleh fan2 arsenal sendiri.Satu2nya kapten yang membawa 3 kejuaraan liga ke arsenal dalam tempoh 3 dekad yang berlainan.Itulah sebabnya die digelar Mr Arsenal.

Namun Adams tidak boleh mengharapkan ape2 sentiment kerana arsenal seperti juga pompey dahagakan kemenangan.Arsenal sudah 3 kali seri berturut2(Boro,Pool, Villa) dalam perlawanan2 yang cukup mengecewakan, kesemua perlawanan tersebut arsenal telah leading sebaliknya dikecewakan dengan kesilapan budak sekolah dan kurangnya kreativiti di tengah.Portsmouth juga mengalami antara period terburuk musim ini dengan kekalahan tiga dari 4 match terakhir kalau tak silap(Newcastle, Bolton, West Ham).Player2 seperti Kanu, Sol Campbell, Lauren, Richard Hughes dan Jerome Thomas,pernah bermain untuk the Gunners,termasuk juga Armand Traore yang kini dipinjamkan dari Arsenal.Dengan Lassana Diarra pemain yg juga baru dibeli dari Arsenal musim lepas kini telah dijual ke Real Madrid, pastinya Adams ingin membawa muke2 baru masuk dengan memastikan muke2 lame seperti crouch dan Defoue kekal di Fratton Park.Begitu juga dengan nasib Wenger yang lebih kurang same, kehilangan beberapa tonggak penting akibat kecederaan, Wenger kini terdesak hendak mengembalikan moral para pemain dan penyokong sendiri.Duit hasil penjualan Diarra yang dikongsi sedikit mesti digunakan sebaik mungkin.

Kali terakhir match di Emirates, penyokong telah menukar Emirates bagai lubuk hantu bagi pasukan para pelawat, LIverpool menjadi mangsa terbaru setiap kali mereka mendapat bola mereka akan diboo habis habisan dan sekaligus gagal mengawal rentak.Manakala Arsenal yang bermain dgn 10 org sahaja bagai mati hidup semula dengan semangat lawan yang tinggi hingga ke final wisel.Jarang sekali dapat lihat Arsenal bersemangagt macam tu musim ini, dengan skuad yang tempang tapi sorakan penonton sebagai pemain ke 12 pastinya adalah yang membezakan garisan antara UCL dan Uefa cup bagi arsenal musim depan.

Arsenal turun dengan kembalinya Adebayor dari penggantungan bodoh.Pastinya memeningkan kepala otak Wenger.Siapa anara 5 midfield jumaat lalu yang ingin direhatkan.Tapi dengan Song ang dikhabarkan tak mampu pulih dari kecederaan calf tgempoh hari, option nye menjadi lebih mudah. Kite akan dapat lihat Nasri- Diaby- Denilson -Eboue. Clichy mungkin akan kembali mendapatkan tempatnye di LB menggantikan Silvestre.Cume gandingan Gallas da Toure ampak seperti tidak selamat dengan Gallas yang merupakan pemain paling berpengalaman dalam arsenal kini sudah mule menunjukkan minat untuk buat tak kisah, jasadnye di arsenal tapi jiwanya di mana entah hanaye die yang tahu.Arsene perlu segera bercakap dengan Gallas."Kalau nak main, jangan main-main." Almunia terus kekal sebagai penjaga gol, aku tetap tak berapa setuju dengan cara Wenger memilih Almunia sealain dari cube mencari2 keeper yang lebih world class dan mempunyai banayak pengalaman antarabangsa.Alih2, dilantik menjadi kapten sementara pulak.Nampak sangat Arsenal tiada pemain yang layak untuk lead barisan2 player seperti ini.Pada Aku, secara peribadi aku lebih inginkan RVP yang menjadi kapten kerana ini bukan sahaja dapat menaikkan moralnya, malah RVP sahaja lah player yang boleh mencipta magic, yang boleh berlagak otai dan mampu menggerunkan lawan.Tapi sayang, Wenger lebih tahu ape yang berlaku dalam pasukan.

Jadi line up seperti ini bakal disaksikan malam ini :

----------RVP----ADE-----------
Nasri---Diaby---Denilson--Eboue
Clichy--Toure---Gallas----Sagna
-----------Almunia-------------

Oleh kerana Pompey bukanlah di saat yang terbaik home dan away jadi aku mahu paling minimum pun kemenangan 3-0.Sory Adams, we love u but we love arsenal more!Kalau Adams nak tunjuk die lagi hebat dari sifunya harap die tidak gunakan peluang itu malam ini.Harap agar Arsenal akhiri tahun ini dengan kemenangan agar dapa membuka lembaran tahun baru dengan sinar harapan yang cerah.Malam ini, 10pm Channel 812 ESPN.