Seingat aku baru sahaja aku terbaca, Wenger mengaku bersalah kerana drop point dalam Champions League dan menyebabkan Arsenal terpaksa bermati-matian jumpe team2 besar di pusingan kedua.Jadi katenye, adalah penting untuk mengekalkan kedudukan teratas dalam kumpulan sambil mengharapkan undian yang lebih mudah.Tapi kata2 nya itu dilihat hanya sebagai ucapan umum pidato piala diraja kerana ape yang akan dilakukan malam nanti ialah jauh meleset dengan membariskan skuad Carling Cup untuk menentang Porto di tempat lawan,perlawanan ke 700 Wenger sebagai manager Arsenal.Mungkin seri sudah memadai untuk menjadi juara kumpulan. Langkah ini terpaksa diambil Wenger berikutan senarai kecederaan Arsenal makin bertambah beberapa keping muka surat dengan berita positifnya Gallas dan Diaby telah keluar dari wad gila.Err.. maksud aku "keluar dari wad, gilelah..!" Manakala dari senarai2 tersebut ade plak yang bakal terlepas sabtu ini menentang Boro di Teeside dengan Nasri hampir pasti terlepas aksi akibat kecederaan ankle.Berikut ialah senarai2 yang diterbangkan ke portugal.
1. Manuel Almunia
21. Lukasz Fabianski
10. William Gallas
18. Mikael Silvestre
40. Kieran Gibbs
41. Gavin Hoyte
27. Emmanuel Eboue
20. Johan Djourou
17. Alex Song
15. Denilson
16. Aaron Ramsey
47. Mark Randall
2. Abou Diaby
43. Fran Merida
19. Jack Wilshere
26. Nicklas Bendtner
12. Carlos Vela
50. Jay Simpson
Samir Nasri (ankle) mungkin terlepas aksi selama 2 3 minggu. Gael Clichy (hamstring) masih berpeluang kecil untuk beraksi sabtu ini begitu juga kapten Cesc Fabregas (lutut).Lain2 seperti Bacary Sagna demam, Kolo Toure (calf), Robin van Persie (thigh) Emmanuel Adebayor (direhatkan) juga tidak disenaraikan malam ini tapi mungkin bakal ke Boro.Berita terbatu mengenai sick note RoSICKy.beliau hanya akan kembali paling awal bulan Mac..sedih..sedih.. tapi seperti orang dah tak ambil kisah tentang dirinya, tapi siapa tahu kalau kite masih berjuang dalam ketiga2 piala kehadiran Rosicky bakal menambah momentum dan memberi option lebih kepada Wenger, tapi untuk beraksi pada tahap terbaik selepas berehat setahun lebih, adalah sesuatu yang sukar jadi Rosicky hanya akan diberi watak cameo saha, itu sudah memadai.Seorang lagi pesakit bertuah kerana memenangi award walaupun bahunya tersalah parking,TW14 menerima anugerah 2008's BBC London Young Footballer of the Year.
Persoalan yang menarik ialah..dengan Fabregas, Clichy , Toure semunya disisihkan akibat kecederaan, siapakah yang bakal memakai armband malam ini mengetuai misi ke porto.Adakah Gallas? yang abru dilucutkan jawatannya, kerana Gallas merupakan player paling senior selain Almunia, atau si matador dari spain itu bakal diberi peluang sekali lagi seperti mana aksi cemerlangnye di fenerbahce ketika menjadi kapten buat kali pertama.Untuk menjadi ego atau mengurangkan spekulasi, almunia mungkin menjadi pilihan WEnger tapi sejauh mana effectnye pada moral Gallas, itu masih menjadi misteri, ataupun Wenger cube menyiram api dengan air masak memberi peluang acah2 ayam, Gallas mengetuai barisan yang terlampau muda malam ini.Atau mungkin orang lain terus, EBoue?? hahah, ebagai langkah memberi konfiden, nasib baik malam ni main away, kalau tak, tekanan pasti bertambah di bahunya dan telinganya kemerah merahan mendengar jeritan booo yg sebenarnye org memanggil namenye memberi sokongan.Ebooooooooue.Wenger memberi amaran dan peringatan kepada penyokong kerana memboo player langsung tak membantu, pada aku Eboue memanglah bengap mala itu tapi untuk memboo pemain yang disuruh beraksi setealh berminggu2 takde, kemudian beraksi di luar posisi adalah sedikit keterlaluan.Cukuplah Wenger menyentap semangatnye dengan melakukan pertukaran, tidak perlu ditambah lagi derita jiwa pemain yang berwajah 'baby face' ini.hoho.
Wenger nyata ke Porto dengan harapan 'tidak kalah' yakni seri sudah memadai.
"aku nak protect kedua2nya sekali.Aku nak protect team yang kick off kat Boro nanti dalam mase yang sama aku nak pastikan Team malam ni tak kalah kat porto"
Jadi apekah barisan yang bakal diturunkan malam ini, mungkin seperti berikut :
----------------Almunia---------------
Hoyte-------Gallas---Johan-------Gibbs
Eboue------Denilson---Song------Diaby
------------Bendi----Vela-----------
Aku lebih prefer kalau RAmsey dan Simpson diberi peluang berbanding Bendi yang tengah menrapu meraban tapi siapa tahu, bola sepak eropah agak berbeza dgn EPL dan size dan ketinggian mungkin memainkan peranan.MUngkin juga Wenger meletakkan formasi 4-5-1 dengan Diaby dibelakan Bendtner sambil Ramsey dimasukkan ke midfield.Masih ku ingat perlawanan pada akhir tahun 2006 di mana Arsenal dan Porto hanya perlukan 1 mata masing2 untuk kedua2 layak, jadi bola hanya dipassing2 sekitar kawasan sendiri, seingat aku itu perlawanan paling hambar pernah dipertontonkan Arsenal.Tapi di akhir wisel penamat, kedua2 pasukan memperoleh ape yg diinginkan tapi bagi peminat, itu bukan yang diingingkan oleh peminat Arsenal.
Astro Star Sports 813 330AM. Porto 1-Arsenal 1
Rabu, 10 Disember 2008
Pre Match : Porto VS Arsenal
11:34 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan