Sabtu, 20 Disember 2008

Cakap tak serupa bikin.


Wenger kali ini berdolak dalik sama ade ingin membeli atau tidak sebarang player apabila musim perpindahan dibuka bulan depan.Sebelum ini Wenger berkata beliau akan cube mencari 'ape yang hilang' dan tidak berkata 'tidak' pada january signing.Tapi setelah beberapa hari Wenger keluar dengan kenyataan die tidak jumpe sesiapa yang istimewa dan ingin hanya menumpukan pada skuad yang dah sedia ade kerana katenye jika die percaya pada team ini, pecaya pada kebolehan dan komitman para pemain sedia ada, mengapa tidak boleh fan2 arsenal turut serta dalam kepercayaanya.ok, Ape yang membuatkan Song diaby dan Denilson "kau terlalu istemewa" sampai wenger rase mereka tiada pengganti.


Jika mereka dalam kelab lain pun , bagi aku jauh sekali mereka akan dapat peluang beraksi 1st eleven.Wenger bercakap dengan ego bahawa Die tau ade brapa bajet yang boleh dibelanjakan, dan die hanya akan gunakan dengan bijak, biarpaun BOD yang mengeluarkan duit tapi keputusan di tanganya.Mengapakah Wenger begitu menikam hati para penyokong2 setia terutama penyokong2 di nun England yang sanggup berhabis membeli tiket menyaksikan perlawanan tetapi pulangan yang diperoleh tak setimpal.Mana perginya semua keuntungan, dengan Lady Nina menyelar tindakan BOD meningkirkannya dari kerusi atasan dan menganggap itu suatu yang amat memalukan dan mengecewakan, pastinya ade suatu masalah di sebalik tadbir Arsenal.Biarpun Wenger memberi jaminan bahawa pemain2 takkan terjejas dengan restructure pengurusan, tapi kate2 Wenger sejak kebelakangan ini pun seolah2 semacam hentam keromo, mungkin die ingin berbelanja, mungkin tiada duit, mungkin tiada player available, tatapi dek kerana ego die tetap tidak akan mengakui kesilapannya tidak membuat pelaburan summer lalu.Memanglah transfer bukan jalan penyelesaian tapi bukankah itu cerita dalam bola sepak moden mase kini, Wenger perlu sedar dan berpijak di bumi nyata dan tidak menjadikan Arsenal sebagai "disneyland"nya dan tidak menjadikan pemain2nya tikus makmal.Penyokong dahagakan kejayaan, dan paling dekat untuk wenger buktikan skuad nie mampu bersaing ialah esok malam bertemu LIverpool.Selain keputusan menang, seri dan kalah tidak boleh dimaafkan.

Dan aku suke mendengar yang positif dari manager.Wenger ingin membuktikdan para pengkritik bermulut cabul seperti Harry Redknapp yang team nye entah kat mane nak sembang besar, rio ferdinand yang teamnye bermimpi nak jadi juara dunia dengan tiket free, dan juga media massa bahawa mereka semua salah dan silap mengutuk Arsenal berlebihan.Malah setiap kali tercicir mata, "the title is over" kemudian jika team rival seri "ajuknya Arsenal Selamat" semuanya fokus kepada Arsenal.Jadi malam esok pastinya Wenger ingin membuktikan setelah menundukkan Man U dan Chelsea, Bangau bakal meratap sayu esok.Wenger juga cube mencipta satu teori bahawa team yang akan menang season ni tak akan lebih dari 65 point atau mungkin hanya sekadar 80 pint mengikut prestasi semasa dan persaingan liga.Sesiapa boleh seri atau kalah pada sesiapa.Secara tak langsung WEnger cube menyelitkan Arsenal masih berpeluang untuk merangkul kejuaraan walaupun telah kalah sebayak 5 kali biarpun belum masuk pusingan kedua, sesuatu yang agak menurun berbanding season lepas yang hanya kalah 3 kali sepanjang season itupun hanya mampu duduki tangga ke3.Dan setelah undian UCL semalam, Wenger memberi hint , beliau begitu sangapkan piala Eropah berbanding piala domestic dan berharap agar dapat memberi hadiah kepada para penyokong arsenal season ni sebagai satu kejayaan sejarah peribadi dan kelab.Wenger pernah satu ketika ditanya dalam program webvhat Arsenal Online , apekah piala yang menjadi keutamaan dan beliau hanya menjawab tentunya kalau boleh mahukan 22.Ini jawapan yang selamat biarpun kite ketahui PIala Eropah memang satu2nya piala yang diidam2kan Wenger tapi jika beliau menjawab UCL, apekah pandangan terhadapnya oleh para penyokong dan BOD yang akan beranggapan WEnger tak serius dalam kejuaraan EPL.

Dalam pada itu, udate kecederaan, Eduardo mengalami hamstring setelah aksi 45 minit pertamanya dalam tempoh 10 bulan.Eduardo akan direhatkan 2 minggu kate Wenger yang tidak mahu merisikokan penyerang Crotia ini dan tidak memberi peluang untuk beraksi menentang Plymoth Dalam FA cup January nanti.Maknenye kite mungkin akan dapat lihat aksi Eduardo paling awal penghujung January atau awal Februari itupun jika die talah match fit.Wenger lebih risaukan kekuatan mental Eduardo berbanding fizikalnya yg telah terbukti superb dengan recovery yang begitu pantas seperti Claire Bennet.


2 ulasan:

Hafez Rachwan berkata...

midfield yg bergerak baik arsenal vs liver, team tu yg akan menang!

Gunners & Roses berkata...

harap siap2 pun midfield dapat sekat gerard , kompom tak gerak punye