Sabtu, 22 November 2008

Pre Match : Jangan main dengan Mancis

Live Streaming <- klik sini

Sehubungan dengan pendedahan yang dilakukan oleh Gallas, berita2 yang baru diterima namun belum dapat dipastikan kesahihannya, William Gallas akan dipecat dari jawatan kapten pasukan dan tidak sama sekali akan dibawa bersama skuad ke Mancehster City untuk perlawanan malam ini.Tapi berita ini depetik dari media France Football walaupun masih tiada ape2 kenyataan secara rasmi di website official, Arsenal.com.Turut menguatkan spekulasi ialah berita dari sumber2 yang boleh dipercayai, Gavin Hoyte kapten reserve telah diserapkan ke skuad malam nih sebagai back up.Arsene Wenger dikhabarkan telah memanggil pulang Gallas dan menyuruh kaptennya itu membatalkan beberapa interview bersama media France susulan kenyataan pedas menghentam rakan sepasukan, pendedahan masalah dalaman dan memerli Wenger.

Wenger sbenarnya mahukan semua player yang beraksi di international agar cepat pulang dan dapat berkumpul untuk membincangkan strategi menjalani latihan.Hanya Adebayor,Vela dan Song saje yang akan tibe pagi sebelum match. dan ketiga2 mereka belum pasti sama ade ditunkan ke tak.Berbalik pada hal Gallas tadi belum ade ape2 kenyataan rasmi dari Arsene Wenger yang pastinya begitu kecewa dengan komen2 Gallas tp pade aku biarlah , jangan jadi hipokrit, sampai bile.Gosip menyatakan WEnger telah pun bertemu 2 mata dengan Gallas dan menyaman 2 mingu gaji, menarik balik jawatan kapten, dan menggantungnya dari match malam nih tapi pada aku menggugurkan Gallas di waktu2 kritikal macam nih amatlah tak sesuai dan tak masuk akal dengan kite kehilangan 8 org lagi pemain utama.Bukan mase yang sesuai untuk emosi menguasai diri di atas padang tapi sekiranya seorang itu boleh mengguggat satu ekosistem, wenger terpaksa berani mengambil risiko.Pada ku sumbangan Gallas masih diperlukan malam nih, hanya perlu menuntut profesionalisme dari seorang palyer berpengalaman dan lupekan sengketa buat sementara yang boleh diatasi dengan baik di meja mesyuarat.Wenger sepatutnya tahu dan dah masak dengan perangai gallas ni sebelum nak lantik jadi kapten pun, lihatlah perangainya di Chelsea jadi aku rase kemungkinan wenger akan mengambil tindakan drastik agak kurang kerana sebelum season bermula pun Wenger nak review jawatan kapten semasa summer tapi sebaliknya mengekalkannya mungkin kerana egonya yang tinggi tidak mahu admit kesilapan atau mereka lain yang layak masih belum bersedia.Tapi tak tahulah.Yang pasti apabila ditanya media jawapan yang sama bakal keluar dari mulut Wenger walhal dalam hatinya penuh dengan kekecewaan siapa yang tahu .

"Aku dah bercakap dengan Gallas, die seorang yang passionate dan determinate pade pasukan.Aku paham perasaannya, die ok, aku takde problem dengan die." aku bet ayat nih akan kelaur dari mulut wenger.

Tapi apa2 pun lihat sahajalah starting line up untuk malam nih dan dari situ baru lah lebih jelas bagaimana kedudukan sebenar dan kite boleh berkire2 menambah menguatkan spekulasi.Sedar tak sedar bagi arsenal, malam nih title is on te line, kalo menang satu moral boost untuk optimis sikit, menang dgn kiyev megesahkan tempat ke last 16 dan kemenangan ke atas chelsea mggu depan bakal menguatkan lagi iltizam.Kalau kalah, err... pk2 ka lah yer.. Siapa yang out?
Rosicky,Eduardo,Walcott,Toure,Eboue,Sagna, Fabregas, kemungkinan out Adebayor Vela jika flight lambat, Gallas jika digugurkan .Yang dah kompom 6, worst case scenario 9 orang.9???? So taktik apekah yang akan diguna pakai oleh Wenger.

kalo ade Gallas:

----------------Almunia------------
Song----Silvestre----Gallas----Clichy

Ramsey---Denilson-----Diaby----Nasri
--------------Ade-------RVP---------

kalo Gallas takde(calon kapten Al /Clichy)

----------------Almunia------------
Song----Silvestre----JOHAN----Clichy

Ramsey---Denilson-----Diaby----Nasri
--------------Ade-------RVP---------




Aku sebnarnya tak suke letak Song kat RB tapi itulah Wenger, yang pelik2 biasanya diletakkannye.Denilson dgn Ramsey tu mungkin boleh tukar2 posisi.2 org striker kite, 22 terlibat sebagai suspek utama komplot, perlu bermain bermati2an melawan ego. Ingat, Man Ciy yang ade sekarang nih bukanlah Man City yang dulu2 .Di bawah Mark Hughes mereka boleh jadi ancaman yang besar.Walaupun tak konsisten sama masalah seperti arasenal tapi pace yang dimiliki Robinho dan Shwn Wright Philips mampu mendatangkan masalah kepada Arsenal same seperti Asley Young dan Gabby minggu sudah.

Joe, elano dan Ireland yang tengah on form sekarang jugak kalau tak dikawal betul2 boleh memudaratkan.MIcah Richard, Dunne 2 player yang pernah dikaitkan dengan Arsenal bukan calang2 defender , memrlukan fizikal yang kuat untuk melumpuhkan mereka nih.


Jadi malam nih takde live di Astro bersiap sedialah di depan PC anda menyaksikan live streaming.Yang adepun di astro hanyalah delayed kul 130 am.This match is a really2 massive one!! penting sangat2 dan boleh pergi 2 hala.Sama ade kite menang besar, atau kite kalah besar!! Just pull the trigger, Gun them down, arsenal 3 mancis 0.


2 ulasan:

Unknown berkata...

GnR...ko predict terbalik...tapi selayaknya kalah main macam tu...macam team kampung...
Tersandar Wenger kena 3-0..

Kalau terus main macam ni, ada chance la kita nak merasa bawah dari tangga ke4...jadi bahan lagi minggu ni...

Gunners & Roses berkata...

ngeh3.. akku dah betul dah tang sama ade kite menang besar atau kalah besar.result dah betul, team plak salah..heheheh.. nak wat camno, apo nak dikato iye dak?huhu