Rabu, 12 November 2008

Post Match : Ape kate kalau Mereka diberi peluang buat satu team dalam Premier League...




Match Highlight
<-klik sini
Menakjubkan!! Seperti yang dijangka secara optimis, pemain2 muda Arsenal atau the Young Guns tak punya masalah untuk mengetepikan cabaran sebuah team dari premier legue Wigan Athletic degan kemenangan bergaya 3-0.Carlos Vela sebijik, Jay Simpson 2 bijik.Pergh.. tak keterlaluan jika aku cakap team nie layak untuk beraksi sebagai sebuah pasukan dalam EPL mmm.. dengan nama Arsenal B ke Young Guns ok gak, (macam Harimau Muda liga M)Mereka jelas setaraf malah lebih baik dari sesetengah pasukan Liga Perdana,Ape kata kalau mereka gantikan team2 bawahan yang sampah terutama seperti spurs, bukankah lebih meriah EPL nanti.hohoh.YAng membuatkan aku kelakar kerana ade ketikanya pengulas mengeluarkan ayat sebegini rupe(mengikut pendengaran aku le) "Mungkin ade gak di celah2 mereka ini umurnya 5 tahun, siapa tahu?? Agaknya dari mana la Wenger kutip budak2 nih sume!?"

Jay Simpson menjaringkan 2 gol dengan kemunculan sulungnya dalam 1st team.Hantaran through pass yang cukup cun dari Wilshere dan larian Carlos Vela membantu kedua2 jaringan Simpson.Carlos Vela juga mengukir nama melalui lob yang cukup cun membuatkan Kirkland termangu tak mampu berbuat ape2.Jika tak kerana Kirkland mungkin dah 6 7 bijik jugak la.Namun carlos Vela terpaksa dikeluarkan di minit2 ke 80 dan terhincut2 meniggalkan padang sambil dihadahkan dengan Mexican Wave dari peminat2 satu stadium.Ramsey, sangat2 lah konfiden begitu jugak dengan Wilshere,Randall dan Merida.Persembahan yang cukup meyakinkan dan berani, Wilshere tak padan dengan size kecik berhati besar.Defend yang mencuri tumpuan pastilah Gibbs yang saling tak tumpah seperti Clichy, sering melakukan running yang positif dan overlapping yang penting tak malu untuk mencuba ke pintu gol.Bagus2.Song dan Johan ak banyak buat ape2 tapi dah cukup kemas untuk menutup pintu buat Amr Zaki memberi salam.Kapten Fabianski yang pada mulanya agak nampak gementar berjaya mengembalikan keyakinan diri dengan double save yang menarik dan superb di akhir2 perlawanan.Bischoff, Fonte dan Landsburry tak sempat untuk menyinar tapi dah cukup untuk mengekalkan momentum pasukan.Sangat2 lah menarik, puas hati dan berbaloi bagi anda yang berjaga pagi menonton high class performance nih.

Pendek kate kite memang Class!!! mase depan sungguh cerah bak muke Wenger dan Pat Rice yang berseri2 jek tadi. Pemain2 senior seperti Fabregas,Eduardo,Ade,Toure Eboue juga tak ketinggalan memberi sokongan padu kepada junior2 tapi bakal berdepan cabaran dari mereka untuk merebut tempat dalam 1st team.Martin Keown pun ade tu tadi..gile ah.Jadi kite mare ke suku akhir, siapakah lawan yang bakal diratah atau mampukah batch yang dianggap terbaik oleh Wenger yang pernah ditatangi nya ini memberi Wenger hadiah piala yang belum dimenangai oleh beliau?


1 ulasan:

Mie berkata...

aku rase kita dah jumpa missing puzzle dlm skuad senior Arsenal iaitu Jay Simpson. Since permergian henry kita takde striker yg betul² pantas menyudahkan peluang. Corak permainan dia plain n simple.takde skill bagai juz buat larian pantas hit the target job done!!