Simple..kite tak ade leader.Kite tak ade Adams, Viera, Henry atau mungkin Gilberto sendiri untuk step up agar rakan2 saling memandang, mendengar dan bertindak ikut role model di tengah padang.Gallas yang ade sekarang pun kadang2 umpama kapten sekadar boneka.Takde orang yang boleh membimbing kepala budak2 muda nih, mungkin kerana lawannya ialah 'tottenham' mereka x ambil pusing dan semacam mahu showboating , perasaan nafsu muda tu yang ingin asyik dok mahu mencuba sesuatu bende yang baru menyebabkan Clichy cuba menari2 tarian ala racaca kemudian ter'slip' dan dari situ berpuncanya turning point.
Benci untuk menerima hakikat bahawa Spurs bakal menggunakan ni sebagai satu batu loncatan atau turning point bagi season meraka.Bagi Arsenal, Wenger tak boleh dilepaskan begitu sahaja.Kite bagaikan tak akan clean sheet untuk sepanjang season lepas ni. Even 2 gol pun kite masih belum selamat, kite tak mampu mempertahankan jaringan. Ini bukan kali pertama dan bukan kali terakhir jika Wenger tak sedar2 dan player tak ubah perangai..4 gol bolos di Emirates adalah suatu yang tak boleh diterima akal. Kami sebagai fan Arsenal begitu rasa dipermainkan dan diperbodohkan oleh kegoblokan pemain2 yang tak matang langsung ditunjukkan terutama bagi player2 yang menggelarkan diri mereka pemain profesional.
Mana profesional nya jika lawan mampu kembali dari ketinggalan 2 gol, ops..dibetulkan...lawan yang sampah takde harapan nak menang plak tuh..mane profesionalnya jika bende yang same berulang kali tapi tak dek satu mende yang dijadikan sempadan mahupun tauladan jauh sama sekali..mana profesionalnya jika Seorang player boleh tersenyum2 riang riak bangga tanpa menunjukkan sket rase fokus, bagai dicampakkan di tgh padang hanya untuk menghabiskan masa dan menuntut gaji..mane profesionalnya jika manager sendiri yg dah berpengalaman tapi taktikal macam budak yang tak amik UPSR...Dari segi teknikal, Wenger dah nyata out sama sekali untuk malam nih.Die dan gallas selaku kapten gagal memotivasikan pemain2 agar memberi fokus, Tak dapat dipastikan dan disahkan ape reaksi Gallas dalam bilik persalinan tapi ape yang akan dikluarkan dari mulut wenger pastinya suatu yang basi, skrip yang sama langsung tak pernah nak menyalahkan diri sendiri.
NYata Arsenal tak kire manager dan player nya telah hilang plot pagi nih.Bagi peminat bagai suatu mimpi ngeri dan tak boleh dipercayai.Berapa kalikah tragedi2 seperti ini dimestikan terjadi supaya mereka dapat benar2 faham erti kematangan,profesionalisme dan winning mentality?
Khamis, 30 Oktober 2008
Mana profesionalisme dan kematangan?
6:34 PG
Gunners & Roses
2 ulasan:
Barulah aku paham lepas baca ulasan ko bro pasal apa arsenal boleh seri game smalam padahal dah berkedudukan selesa untuk menang.Aku tak boleh tido lepas game tu sbb kebinggungan fikir pasal apa pemain arsenal begitu haprak sampai boleh biar team lawan jaringkan gol mudah kat gawang mereka.Aku pun rasa betul apa yang ko cakap arsenal skrg tak ada leader yg boleh jadi key role pada masa susah dan senang.Walaupun Gallas mengalas tugas sebagai ketua tapi dia x brapa bagus.kalau wenger x buat sesuatu utk atasi masalah ni aku rasa arsenal sampai bila pun x dapat piala..(makin aku benci dan marah kat arsenal makin bertambah2 pulak rasa sayang kat team ni kenapa ada perasaan sebegini kat aku..biar aku fikir sendiri)..go arsenal!
hahah..itu tandanya fbh, anda dilanda sindrom marah2 sayang.. satu lagi faktor ialah arsenal tak mampu bertahan sebagai satu unit, bukan kesalahan back 4 seratus peratus semalam tapi lebih kepada team defending.Jika secara individu nama sorang2 defend sudah cukup gah tapi mereke gagal berkomunikasi atau bekerjasama secara satu unit.Arsenal suffer banyak dari masalah ni.Fabregas dan Denilson langsung tak memberi protection yang diharapkan dari tengah..seperti ade satu gap.. Wenger terpaksa mencari satu care bagaimana nak link up kan style play mereka.If we just can put the right body in there...
Catat Ulasan