Khamis, 30 Oktober 2008

Inilah sebabnya kita sayang Arsenal =)

Sebelum tu, aku ingin menyelar sekali lagi sikap jiran tetangga Spurs.Sesudah menyambut 1 mata diulangi 1 mata..bagai menyambut kemenangan treble, mereka mula bercita2 besar lagi dengan merancang membina stadium baru dengan capacity 60,000.Itulah Spurs yang sentiasa bermimpi..zzzzzzZZZzzzZZzzz

Spurs bukanlah musuh utama Arsenal sekarang kerana standard bola sepaknya sangatlah rendah jauh berbeza dan diorang memang cukup2 bertuah bagai menang loteri kerana diberi mata saguhati untuk dibawa pulang, kerana mungkin ucapan motivasi oleh Wenger selepas leading ialah " Berbuat baiklah pada jiranmu walaupun jiran mu itu sungguh hina lagi keji" Lalu dengan pemurahnya Gallas dan rakan2 mendermakan sumbangan ihsan agar Harry Redknapp merasakan dirinya 'budak emas'..err atau patut kukatakan di sini warga emas? Seperti yang kukatakan disini bukan Spurs rival kita sebaliknya Arsenal dimusuhi oleh bayang2 sendiri.



Bukan salah back 4 kite sepenuhnya,tetapi lebih kepada kegagalan untuk bersatu dan berfungsi sebagai satu unit.Kite gagal bertahan secara satu unit.Kalau di medan perang sebatalion askar, bukanlah lari, tapi tidak mengikut strategi yang dikhaskan di medan perang maka tertumpaslah darah dan ramai rakan2 terkorban sia2 begitulah ceritanya.Jika disenaraikan secara individu Sagna Clichy gallas mahupun Toure (ambil 1st eleven bukan sekadar berdasarkan match awal pagi semalam) merupakan world Class defender pada umumnya tapi apabila disatukan mereka gagal mengadunkan bakat dan keupayaan, lalu menampakkan satu ketidakupayaan untuk berkomunikasi dan bekerjasama.Jika sukan bola sepak merupakan sukan perseorangan sudah pasti arsenal dah kutip banyak pingat cume apabila ia menuntut kerjasama berpasukan , bukan tiada..ada tapi kurang efisyen terutama dari segi bertahan. Jika Arsenal gagal memenangi sebarang gelaran tahun ini.. ketidakfungsian pertahananlah yang membantutkan usaha Arsenal berbanding fungsi di bahagian serangan yang nampak takde masalah dengan bakat yang mencurah2.Kite boleh score 6 ayau 7 biji gol tapi apekah maknanya jika di akhir perlawanan keputusannya kite bolos 5 gol.



Kite mungkin boleh dijadikan bahan lawak dan jenaka dalam EPL jika keadaan ini berterusan.Mengikut prestasi semasa Tidak ade mane2 team yang mampu melepaskan pendahuluan sesesa seperti semalam.Jika Wes Brom atau Stoke sekalipun pasti akan mengawal possession, membuang bola dan memilih jalan selamat.Itulah yang tak ade pada benak pemikiran player kite yang asyik2 di'brainwash' dengan perkataan stylo,joga bognito, beautiful football dan sekarang dah nampak beauty fool nya.Kadang2 kita tidak perlu menjadi stylo untuk menang cukuplah sekadar smart.Pasti ade yang kurang setuju tapi maksud aku di sini style perlu diimbangi dengan smart "smart + style = smile" =) kan! kite yang akan gembira akhirnya..tbe2 otak aku merencanakan formula ni,boleh menang nobel kah?huhu



Fabregas yang dipasangkan dengan Denilson musim ini jarang memberi perlingunan kepada pertahanan seperti mana yang diharapkan. Wenger mesti secepat mungkin mencari formula terbaik sementara menunggu bulan Januari tiba.Denilson seperti masih belum bersedia.Kalau dahulu Flamini ada di segenap padang bagai lembu gile menyondol mane2 player yang tak sama baju dengannya, kini tiada pendekatan itu dalam player2 Arsenal.Denilson dan Flamini adalah 2 jenis pemain yang berbeza.Fabregas jugak season nih masih terumbang ambing seperti mencari2 dirinya, dibayangi dengan prestasi awal musim lepas dgn 5 ke 6 gol berturut2, kini fabregas bagai merindui Hleb.Tidak terkejut jika masanya telah tbe ketika die mulai rasa bosan. dan mengemas barangnya.Mintak simpang.Tapi siapa yang perlu dikorbankan antara mereka berdua denilson atau fabregas, anda sudah tahu ape jawapan wenger.

Walcott dan Nasri, kelajuan dan kelincahan tak perlu disangkal lagi, tapi sejauh manakah mereka membantu pertahanan ketika diasak lawan, ya mereka tracikng down, tapi hanya sekadar mengejar tapi merampas semula pengusaan bola? jarang bukan? kalau macam tu, Sagna dan Clichy diberi tanggungjawab berganda season ni nampaknya. Kite jaringkan gol melalui set piece semenjak 2 menjak nih tapi kite jugak tak tau rahsia untuk mempertahankan set pieces yang memerlukan komunikasi dan kerjasama yang utuh dari satu pasukan.Tinggalkan Almunia bersendirian,malam tadi die nampak bagai tak mampu save satu attack pun, kalau masa berlanjutan lagi 3 minit mungkin Arsenal bakal kalah. Ketidakupayaannya untuk mengembalikan semangat yang hilang selepas gol bentley membongkarkan ketidak profesionalisme kerana die bagai diigaui mimpi buruk sepanjang perlawanan.Defence Arsenal tak boleh selamat dengan keeper yang tak ade keyakinan pada diri sendiri.Die beberapa kali beraksi ok dan agak cemerlang dalam beberapa match seelum ni tapi di saat2 match besar, rakan2 teammates mengharapkannya, die sering menghampakan.Almunia perlu cari konsistensi dan kekalkan ke gear paling tinggi jika mahu terus berada di tgh gawang.



Yang boleh diambil positif dari match semalam adalah RVP.1 through pass yang smart dan style, smile..2 assist dan 1 gol membuktikan die bakal hampir kembali ke prestasi sebenar dengan harapan agar tidak ada lagi kecederaan yang melanda.Namun simpati kerana usahanya tidak dihayati oleh rakan2 lain. Rekod buku pesakit klinik panel menunjukkan RVP sentiasa dilanda kecederaan di saat2 die mula form dan menjaringkan gol,assist, dan menjadi org penting dalam pasukan.RVP adalah player yang sempat berguru dengan Henry dan DB10 semasa zaman awalnya jadi diharap player seperti Bendtner, Adebayor dan Walcott dapat belajar dari pengalaman dan RVP sendiri terutama dari segi memilih option.Sama ada ko ambek peluang tu dan rembat atau ko patut beri peluang pada org yang lebih berpeluang..Decision making sangat penting terutama bagi walcott.Sebenarnya awal2 kite dah nampak masalah ni timbul dan ianya pasti berlaku. Match malam tadi hanyalah salah satu daripada 'hari-hari' yang bakal dilalui itu.Jadikan pengajaran sahaja..

Akhir sekali bersempena dengan tajuk..mengapakah kite perlu rasa bangga bahawa kita sayang kelab bola sepak Arsenal FC dan akan menjadi peminat sejati? Buktinya sudah jelas terpampang dan dah terang lagi bersuluh.Hanya Arsenal sahaja kelab bola sepak yang menjanjikan satu perasaan emosi yang sukar dijangka, satu kegilaan kegembiraan dan kadang2 dalam sekalip mata boleh berubah menjadi satu kesedihan yang amat dasyat atau sebaliknya.Hanya Arsenal sahaja yang mampu memberikan anda jalan cerita yang menarik seperti anda meyaksikan perlawanan bola sepak sama seperti mana anda menyaksikan filem aksi.Hanya Arsenal yang menaikkan hormon adrenalin kite sebagai manusia biasa.Itualh bertuahnya anda menjadi penyokong Arsenal kerana perasan2 dan emosi ini tidak dapat dirasai dengan team2 lain yang jalan cerita mereka sangat dull, jika score menang, jika bolos kalah..Sebaliknya dengan Arsenal, anda perlu menonton setiap minit hingga tiupan wisel penamat untuk merasai kenikmatan menyaksikan permainan bola sepak itu sendiri.Ayuh bangkit bagai burung phoenix, landasan masih panjang, kite hanya tergelincir, mekanik boleh membaikinya, kita pasti sampai ke destinasi tapi masanya sahaja tak tentu bila..Bukan tanggungjawab pemandu2 sahaja, malah penumpang2 juga perlu memberi kepercayaan..Jika anda yakin, anda boleh berhenti di stesen terakhir, jika sebaliknya, sedih untuk melihat mereka yang turun di tengah perjalanan ini..We Are Arsenal!!


7 ulasan:

ArSeNaL SUSAH MATI berkata...

huhuh...lidah ku kelu..sedih wo..dh astro cm haram lg..frust..aku nk menaip pon xda smngat...tdo xlena woooooooooooooooooooooooo..........aku xleh lupe peristiwa pg td...knapa kerap terjadi kehampehan sedemikian rupa....ni sape yg nk btolkn emosi aku nih??celaru dh aku..gelisah xtentu hala dh...sabtu nih jumpe stoke city...jadikn stoke ayam,AKU XKIRE!!!!!!!!!!!

Budak Malaysia berkata...

xpe beb! jgn gundah gulana. malam masih panjang.. once a gooners is always a gooners!

bali hambali berkata...

stoke ayam goreng masak lemak..kaman acenel..kaman

Hafez Rachwan berkata...

mgkn ada hikmah disebalik seri..
mgkn kita mng lwn mu, liver ngn chelsea..ini bola sepak, keep positive!

eJAI berkata...

aku paling suka ayat ko yg bold tuh. mmg naik semangat aku yg jatuh ni...teruskan!ayuh kita tunjukkan siapa ARSENAL!!!!!

Gunners & Roses berkata...

Sudah menjadi tanggungjawab kite sebagai satu network nih agar sokongan dan kepercayaan yang dikongsi bersama dipastikan takkan pudar dan terus mantap!SMILE =)

Unknown berkata...

aku setuju dengan ejai...ayat yang ko bold tu menambahkan semangat keArsenalan aku...Gooners Forever!!!