Alkisah.. tersebut sebuah kisah di padang pasirun, Abu Dhabi United Group, yang diketuai Jutawan besar Al-Fahim yang biasa disebut Pak Arab di negara kita nih telah berjaya menguasai Manchester City hasil pembelian secara rundingan dari pemilik asal Bekas Presiden Siam Thaksin. Langkahnya agak ganas, tabur duit 32.5 M atas meja Mark Hughes "Ana mau al-Robinho!Limaza? ana tak kesah!!" lalu berjayalah mereka membeli nya dari real madrid dalam masa hanya sehari memerintah. Selepas itu dibuat pula planner untuk bulan January timbul la name2 seperti Kaka,Buffon, ,emain Man U yang entah ape name (aku tak pernah tulis name die atas blog nih), Torres, dan tidak ketinggalan Nadi utama Arsenal, Encik Cesc Fabregas. Kepada pak arab, usah bermimpi di siang hari!!Elok didermakan la duit2 berbillion2 tu kepada anak yatim ke fakir miskin ke bulan2 puasa ni, banyakkan la amal jariah..
Walaupun dah berkali2 Fabregas menyatakan kecintaan dan enggan bercerai dengan Arsenal untuk beberapa season lagi nih, Orang2 yang tamak haloba dan mementingkan wang ringgit ini tetap cuba datang menggoda dengan habuan yang lumayan.Namun jawapan yang diberi oleh Cesc adalah yang paling sedap didengar.
"Ia akan membunuh karier aku sendiri pada umor 21 tahun untuk pindah ke manchester city.(kawin dengan siti ko nak?) Tak masuk akal langsung!"
Dengan kata lain Cesc lebih rela terjun klcc atau berdiri di tengah rail LRT atau makan racun tikus daripada join man city kerana ia sama tak ubah seperti membunuh diri.
Yup, Internationaleleh dah habis semalam, nasib baik England menang tapi 1st half teruk kene boo, mari kite lihat sedikit sorotan siapa player Arsenal yang beraksi malam tadi :
William Gallas, Gael Clichy, Samir Nasri, Bacary Sagna - Austria v France
- France kalah 1-3 kejutan besar.Gallas hampir2 dinamakan penjaring gol sendiri tapi dapat kredit kat player Austria.Sagna Nasri gallas start.. Clichy tak masuk2. patut kalah.
Cesc Fabregas - Spain v Bosnia-Herzegovina
-Fabregas dapat seketul assist untuk david Villa.Wenger la sengal, orang dah nak, g jual mahal.tak lak pun 18M.
Robin van Persie - Holland v Australia
-Belanda kalah 1-2.RVP masuk second half.Jadi nampak cam ok, takde ape2 kecederaan dari X-ray minggu lepas kut.
Theo Walcott - Andorra v England
Walcott!! starting line up tu... tinggalkan Beckham kat bangku simpanan.Pergh..Rakan2 lain puji 25 minit pertama Walcott macam dekat dalam dunia sendiri tapi Joe Cole yg curi tumpuan sumbat 2 bijik.ape2pun Capello mesti pening kepala selection lawan Crotia nanti.
Nicklas Bendtner - Hungary v Denmark
0-0 da..Bendtner ade peluang tapi biasa la, memanjang tumpul.
Johan Djourou - Israel v Switzerland
Johan Djourou main 90 minit tapi tak mampu nak halang Israel Laknatullah nih score 2 bijik,mesti main tipu nih.Cis...
Lukasz Fabianski - Poland v Slovenia
Fabianski tak leh wat pape Slovenia scor penalti tapi dapat selamatkan beberapa percubaan bahaya lawan untuk beri 1 mata kat Poland.
Ahad, 7 September 2008
Pak Arab Mimpi Laila
11:52 PG
Gunners & Roses
1 ulasan:
patut dirg g tolong umat palestin tu..duit je byk..farkh btol
Catat Ulasan