Isnin, 1 September 2008

Deadline Day

Sebelum itu aku ingin membetulkan ape yang ditulis oleh Kesuma Dewa, oleh kerana terlalu kecewa timbul salah paham antara tarikh Merdeka, dan Deadline day dalam hidup Kesuma Dewa.Heheh.. Sebenarnya, transfer deadline day telah diganjak satu hari menjadikan kul 2359 1 sept waktu UK merupakan detik penamat bagi segala transfer dan akan dibuka semula 1 January nanti. Ketika ini semua manager sedang melakukan OT dan sibuk dengan panggilan telefon, email, SMS mahupun ade yang MMS. Contohnya manger A ni hantar gambar atau video kat Manager B untuk promote playernya kerana ingin mengisi kantung yang kosong atau strategi semata2. Ade juga yag mungkin berkias2 datang ke pejabat manager lain dengan kata2 mahu memetik bunga di halaman taman larangan.Haha. itu antara asam garam transfer Deadline, Transsfer deadline juga menyaksikan penurunan harga seperti harga borong kerana setelah lama tawar menawar, jika pasukan yang ingin menjual betul2 terdesak perlukan ongkos, maknanya nak taknak terpaksalah berpuas hati dengan harga berpatutan bagi pihak si pembida.

Jadi ape yang berlaku dalam pejabat Arsene Wenger, kite semua tak tahu. Mungkin hanya Wenger Pat Rice ,Ken friar atau Boro Primorac jek yang tau siapa dalam list Wenger atau wujudkah list tersebut. Wenger mengakui dia akan turut serta dalam fiesta malam ini kalau tak sibuk pun buat2 bz kerana katanya die tak berapa amek kisah sangat tapi seboleh2nya jika ada seorang player yang berpatutan dan harga setimpal die akan bertindak tapi tak lebih dari satu. Tapi berapa kalikah Wenge telah menipu seperti mana dia membawa masuk Diarra secara tiba2 tahun lepas, dan juga Baptista + Denilson semmusim sebelumnya.WEnger bukan sahaja licik dengan taktik di padang malah juga di pasar. Jika kite sering dengar lawak pedas seperti "ai Temah, g pasar ek, amboii.. beli sayur ke" Temah menjawab "taklah beli basikal" satu jawapan yang menusuk hidung betul tak? Tapi kalau diajukan soalan yang sama pada Wenger soalan yang lebih kurang sama, " Mr Wenger, i saw you went to the transfer market,Did anyone interest you?" Wenger secara jujur dalam penipuan bercakap "Nope i'm looking for some vegetables" haha..dapat tangkap tak maksud aku..Wenger knows..



Jadi sehingga awal pagi nanti kite tak tahu siapa, apa, dari mana, berapa, bagaimana atau tiada apa2 yang akan berlaku.Pastinya bagi yang Muslim,selepas bersahur nanti bolehlah kite tau kesudahan harapan dongeng atau hadiah yang akan dibeli oleh Arsene untuk fan2 Arsenal. Jika tidak pun, kite tetap harus menyokong skuad yang telah sedia ada ni dan berharap tidak ada malapetaka lagi muncul sehingga bulan Januari nanti.Eduardo, Rosicky, Diaby, Silvestre akan kembali dan memberi dimensi baru.Wilshere, Ramsey, Vela, Song, Denilson,Johan, Merida akan bangkit menimba pengalaman. Masa depan Arsenal sangat cerah. Aku pun nak gi bazar gak petang ni, nak beli spek hitam.Silau...cerah sangat!!! heheh..


0 ulasan: