Jumaat, 30 Mei 2008

Plan 6+5..Arsenal Terancam?!


FIFA hari ni telah menyokong dan cuba mengusulkan pelan baru yang digelar 'six-plus-five' dalam dunia bola sepak.Apekah 6+5?? jawapannya pastilah 11 tapi daripada 11 org player ia akan mengehadkan player foreigner atau jika di malaysia dikenali sebagai player import kepada 5 orang. Presidennye Sepp Blater cuba menjayakan plan ini dan target season 2012/2013 plan ini telah dapat dilaksanakan sepenuhnya. Apekah punca tibe2 die inginkan perubahan?Katenye Final liga juara2 Eropah musim yang didominasi kelab Inggeris menjadi bukti bahawa perlunya perubahan untuk kelab2 lain yang kecil bersaing secara adil. Langkah FIFA ini mendapat tentangan hebat dari Kesatuan Eropah yang menggunakan istilah konsep Home Ground Player ketika ini. Definasi Home Ground player bg EU bukanlah terletak pada wargenegara, umur mahupun bangsa tetapi sekurang-kurangnya player2 tersebut pernah berlatih dan bermain atau menetap 3 tahun di continent tersebut sudah layak dikira sebagai HGP. Bagi Blater ini adalah untuk meyelamatkan skuad2 kebangsaan agar tidak ketandusan pemain..


Memang betul ade pro dan kontranya tapi apakah ini jalan penyelesaiannya?FIFA seharusnya mencari jalan untuk memajukan bola sepak bukan mengundur ke belakang dengan pikiran yang jumud. Bak kate Profesor Emirates kite Wenger, pemain dilihat dari segi kualiti, bukan warna kulit,wargenegara atau umur. Jika merka inginkan satu kejuaraan yang bertaraf terbaik, maka player2 yang dikumpulkan perlulah terbaik.
FIFA buat masa ini menyarankan agar pelan ini dimulakan mengikut frasa. Bermula di akhir season 2010 dimulakan dengan 4, 5 dan seterusnya 6.. Mereka juga dikatakan pasti tiada masalah yang berlaku kerana Man United Chelsea dilihat tidak jauh dari sasaran dengan 6 hingga tujuh player Britain.


Tapi bagaimana pula dengan nasib Arsenal??? Kite sedia maklum hanya Walcott sahaja player yang betul2 merupakan penduduk peribumi England. Apakah bermakan Wenger perlu bermula dari sekarang, mengorbankan polisi-polisinya yang suka memborong bakat2 murah tapi lagi berkualiti di luar negara dari pada player2 england yang hanya overated walhal tak lah segah mana pun. Kalau ade kelibat 2 3 player England yang menyinar pasti harganya naik begitu mendadak dan tak setimpal.Itulah masalah yang seringkali diluahkan oleh Wenger.Jadi adakah sempat untuk player2 reserve.. the next generation untuk mencover Arsenal di masa akan datang.Inilah yang menjadi tanda tanya pada masa depan Arsenal yang rata2 dibarisi warga France dan negara luar.Liverpool juga semenjak 2 menjak nie cuba menjadi ibu negeri Spain di England melalui pengaruh Benitez.

Motif sebenar Sepp Blater menjadi misteri. Adakah untuk benar2 memberi keadilan atau sekadar perasaan dengki menyelubungi diri atau... hanya inginkan populariti dan dikenang sekurang2nya ade la manfaat yang boleh diingati sekiranya dah pencen nanti bukan sekadar dikenali sebagai SLEEP BETTER...ape komen anda?


1 ulasan:

rashiD berkata...

hehe..
ontah la..
kalu team NS sume org indon maen, maleh gak den nak nengok..