Jumaat, 30 Mei 2008

Minggu yang suram..

Minggu ini blog ini agak kesuraman ekoran kurangnya berita-berita hangat yang menghiasi Arsenal. Seperti biasa, semuanya masih menjadi tanda tanya. Ekoran beberapa comment daripada pembaca blog, pihak Arsenalaysia telah mengambil keputusan untuk memPOSTkan issue yang lebih sahih dalam bentuk yang lebih serius. Currently, semua coretan-coretan yang di post di Arsenalaysia berbaur sedikit humours namun, ramai yang tidak suka ianya dilakukan sedemikian. Namun begitu, pihak Arsenalaysia memohon lagi pendapat-pendapat pembaca blog yang lain samada wajarkah Arsenalaysia diteruskan dengan sekadar mengutarakan issue yang benar dan serius, atau kekal humours dan rancak seperti sedia kala. Segala pendapat dan cadangan bolehlah di post di ruangan sembang meriam. Segala komen dari pihak anda amatlah kami alu-alukan..Sekian..


0 ulasan: