Rabu, 26 Jun 2013

Guane Higuain boh?


Real Madrid's Gone?zalo

Higua - in or not? Transfer Saga ni dah berlarutan berbulan2. Apa yang anda rasa tentang transfer Saga ni? Apa jua outcomenya, yang penting ia(berita ni) lebih mahal dari Saga SV baru. Kejap deal on, kejap off. Ini ditambah pula dengan sumber2 yang berkeliaran di Internet dari bermacam jenis entiti. Bapak Higuain la, abang Higuain la, player's agent, wartawan ternama la, tweet dari stesen TV, Radio, wakil kelab..semuanya nak berbicara tentang hala tuju destinasi pemain Argentina tersebut tanpa sepatah pun datang kenyataan rasmi datang dari kem Arsenal.Setakat ini Real Madrid dan Juventus yang berbunyik2 dan tentunya bunyi2an tersebut masing2 nak upkan kelab sendiri. Bagi gua sendiri selagi transfer window belum dibuka, sukar atau jarang sekali untuk Arsenal umumkan deal. Maka sebarang bentuk kata2, Arsenal dan Higuain dah saling mempersetujui personal term dengan konon bidaan sebanyak 22M dan gaji 135k tak boleh diyakini sangat. Kita dah pernah alaminya, mata atau sahin saga. Regret tak dapat yang 1st yang 2nd tu kita bernasib baik.Jadi secara logiknya, tunggu dulu apa yang bakal berlaku di kem Real Madrid,terutama lepas depa dah announce Ancelotti sebagai manager, atau jugak lepas depa buat marquee signing macam Isco atau Cavani, jadi chances untuk kita settlekan Higuain Saga ni lagi cepat, makin tinggi.Namun buat masa ini, kesemuanya masih kelihatan kabur...JEREBU!


Macam mana pulak rumors Fellaini? x dapat nak kompom apa2 tentang permintaan gaji 100knya dan permintaan Everton sebanyak 24M.Adakah anda rasa angka itu berbaloi dengan potensi servisnya? Fellaini ke Nani ka la ni yang gua tau Melanie Slade.  Tahniah jugak buat Theo Walcott yang akhirnya mengikat perkahwinannya dengan buah hati sejak di zaman gila2 remaja.La ni kehidupan Theo bakal dijaga oleh Melanie dengan labih tersusun. Tiada lagi lagak bad boys ala Bendi yang semakin poyo dan entah ape2 lepas cuba dioffload dar Arsenal dan Frankfurt dikatakan favourite untuk mengambil risiko lepas player Denmark tu haram tak score walau sebiji di Turin musim lepas.Seorang lagi pemain yang bakal mengalami nasib sama adalah CB, Johan Djourou.Dipinjamkan musim lepas ke Hannover, kita mungkin akan handover nya ke kelab Bundesliga jugak dengan Hamburg serta Hannover sendiri berminat mendapatkan pemain Swiss tersebut.Selamat maju jaya dan terimkasihlah ye hendaknya.


Ada lagi rumors ala Fantasy Football. Real Madrid mengintai Santi Cazorla, kita dikaitkan dengan Pepe Reina lepas Liverpool sah sambar keeper Sunderland yang meningkat naik Mignolet. Kembali ke alam realiti, player2 yang nak dipancing kita mesti terpikir 2 3 kali jugak sebelum nak join kelab kita yang belum lagi sah ke group stage UCL. Arsenal perlu melalui pusingan kelayakan yang 1st leg akan dilalui lepas game pembuka tirai bertemu Villa. Selaku statusnya, Arsenal telah di seeded dan tak akan bertemu dengan pasukan seeded yang lain seperti Milan Schalke dan mungkin juga Lyon dan Zenit jika mereka melepasi saingan sebelumnya. Jadi pasukan2 yang boleh menjadi penghalang Arsenal adalah seperti   PSV Eindhoven, Metalist Kharkiv, Fenerbahce, Real Sociedad, Pacos de Ferreira, PAOK Thessaloniki, FC Salzburg, FC Nordjaelland, Grasshoppers Zurich, Zulte Waregem. Musim lepas kita mendapat saingan yang begitu sengit dari Udinese.Dijangka perkara sama yang bakal dilalui musim ini, maka bermulalah sekali lagi malam2 Eropah yang indah...

Agi idup agi mengGunners!!!


Rabu, 19 Jun 2013

Baru labuh tirai 12/13 dah intai peluang 13/14.


 *sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hampir genap sebulan lepas gua post kali terakhir yakni hari terakhir Arsenal melabuhkan tirai 2012/2013 dengan perasaan bercampur baur suka dan duka. Gua minta maaf kerana jarang berkesempatan terutama mengulas hari2 terakhir Arsenal menyingkirkan Spuds seperti biasa , begitu juga merumus season review sepanjang musim lepas.Sebulan ni banyak cerita yang berlaku, dan ada jugak perkara yang lebih sekadar diperceritakan tapi sebenarnya tak ada apa pun yang berlaku terutama seperti dalam transfer rumors. Sebelum gua update perkara2 yang terjadi dalam tempoh sebulan ni eloklah gua sentuh sedikit kesimpulan tentang prestasi kita musim lepas.

 Musi 2012/2013 Banyak down and up. Kerana seeprti biasa kita akan down ditumbuk bertubi2 daris egenap penjuru oleh pelbagai pihak terutama media dan pandangan umum tapi seperti biasa, mereka yang akan membisu di akhirnya. Jadi itulah sebab kita berhak dan layak menyambut kememangan di St James Park dengan sedemikian rupa. Over celebrate? Lantak la hangpa depa nak kata apa bagi gua ia bukan sebab kita berjaya layak ke Champions League pun, tapi kita celebrate, terutama away fan celebrate sebab dapat berak atas kepala Spuds jek. Layak ke UCL perkara biasa 15 tahun berturut2 slumber takde apa2 tapi sebab Spuds beriya2 berlagak semacam tahun lepaslah tahun mereka,konon ditambah lagi dengan adanya Bale, maka melihat kegagalan menghantui mereka adalah perkara yang paling indah dalam North London Rivalry. Hanya penyokong Arsenal sahaja yang faham sebab kita meraikan kejayaan tersebut. Player pulak apalah salahnya mereka nak sambut kemenangan melepaskan sedikit relief. Mereka dicaci dihina tak diberi harapan sebelum sepak mula, merka buktikan tanpa player berstatus bintang yang dijual setiap musim, mereka masih mampu lagi mengatasi pasukan terbaik Spuds dalam tempoh sedekad. Itu jek, jadi apa yang overnya? move on sudah! Malah kepentingan layak ke saingan UCL ni membezakan hampir 25juta yang baal menanti.Nowonder la Spuds gigit jari.Kah kah kah kah.

Kita mengakhiri liga dengan rekod pasukan kedua terabaik dari segi pertahanan, walaupun tak nampak seperti itu atas padang, tapi atas rekod, kita 2nd team paling kurang bolos berbanding CIty. Maknanya ada mahu tak mahu perlu diakui ada sedikit perubahan selepas era Pat Rice di maan Bould menerapkan lebih defensive elementa dalam game terutama kepentingan defend sebagai satu unit. Ini jugak lebih keapada game2 terakhir ketikamana kapten Mael terpaksa didropkan bagi memberi ruang kepada gandingan Kos dan Mertesaceker. Itu kepentingan skuad dept terutama pada posisi2 core. Sorang tak on form, yang ganti tu ada quality depth. Kuantiti dan kualiti harus selari. Cuma yang kita dilihat terhad adalah capability  untuk kill off the game ketika perlu. Bayak sangat unexpected draw, dan jugak kalau kita boleh limitkan kekalahan terutama ditempat sendiri dan jugak lebih bersaing dalam game menentang big team, kita pasti boleh pergi lebih dari yang sepatutnya.Rekod kita menentang pasukan seperti Chelsea City United Liverpool,Everton dan Spuds, kita hanya menang 2 daripada 12 game tersebut.Rekod yang perlu diperbaiki jika kita hendak bersaing lebih serius.

 Game lawan Bayern di Allianz Arena merupakan turning point. Kejayaan kita menundukkan bakal juara Eropah ketika itu membuka minda bahawa kita mampu melakukannya jika kena cara. Never give up dan terus berjuang. Itu semangat yang ada pada batch kali ini dan harus dipuji. Dalam banyak game musim ini kita dilihat lebih resilient dan settled dengan menang sebijik gol. Back to the old days huh? Kurang fancy tapi result tu ada. Tapi tak bermakna boring boring Arsenal kerana kalau dilihat balik highlight setiap match dalam youtube, terutama lambakan season review, goal2 kita boleh tahan sempoi dan boleh tahan dramatic. Dan gua teringat balik macam mana kita boleh ketinggalan 4-0 pada Reading bangkit menang 7-5 dalam league cup,free flow gung ho game vs newcastle kat Emirates, Bacary Sagna main CB padu gile maut lawan Sunderland.Banyak lagi kenangan sebenarnya boleh diceritakan.Dan season lepas menyediakan satu foundation untuk disambung. Responsibility telah diagih sama rata keapda lebih ramai watak dalam pasukan dan tidak berpaksikan apda seseorang individu sahaja. Theo Giroud, Cazorla Podolski berkongsi goal sesama meraka.Arteta, Rosicky, Mael Mertesacker berkongsi kepimpiinan, Rambo WIlshere oxlade berkongsi impian .itu petanda yang bagus. Dengan summer yang bakal mendatang ni tambah lagi 3 4 signing yang sepatutnya kita boleh gegar BPL kembali bagi cabaran. Mourinho ka Pallegrini ka Moyes ke, ini otai lama Wenger sudah datang dengan poket yang berisi!

Bolehlah tutup buku 2012/2013 dengan kesimpulannya kita mencapai target minima tapi belum cukup untuk kita sekadar berpuas hati. Sebelum kick off liga musim ni Pra Musim kita perul ambil serius walaupun sekadar seperti musim lalu, Asia Tour yang akan start 14 Julai ini menentang Dream Team Indonesia. Selepas itu kita menentang Vietnam , sebelum ke Jepun menentang Nagoya Grampus dan juga Urawa Red .Namun apa yang mencriakan Emirates Cup telah kembali! Ada peluang tengok player julang cup.kah kah . OK serious. Edisi kali ini Napoli dan Galatasary menjadi tetamu. Oh dan harap tak ada lagi insiden kekecohan ala keganasan 2000 ketika UEFA cup final. Lepas Emirates Cup kita lawan Mancity pulak, perlawanan persahabatan terakhir kita sebelum sepak mula liga. Jadual dah keluar game pertama menentang Aston Villa. Buat masa ini , ini kedudukan semasa liga. Harap kedudukan ini berkekalan menjadi realiti lebih manis melihat Arsenal juara dan Spuds berada dit angga ke 18 yakni relegated.hahaha.


P W D L GD PTS
Arsenal000000
Aston Villa000000
Cardiff000000
Chelsea000000
C Palace000000
Everton000000
Fulham000000
Hull000000
Liverpool000000
Man City000000
Man Utd000000
Newcastle000000
Norwich000000
Southampton000000
Stoke000000
Sunderland000000
Swansea000000
Tottenham000000
West Brom000000
West Ham000000

Dah lama gua tak berblog mungkin sedikit 'lame' lawak gua. Oklah gua mintak maaf. Apa yang boleh didapati dari fixtures yang baru keluar ni. Gua perhatikan FA seakan berkomplot hendak cuba berusaha sedaya upaya menggagalkan Arsenal. Ada sahaja cara mereka, jadual langsung tak bagi favour pada kita. Agak sukar sebenarnya dengan boxing day period, kita kena main 2 away game. Lawan LIverpool dan united back2back kemudian Spurs, Chelsea  dan City jugak berturut2.Yang tengah2 tu kompom ada game UCL atau FA kalau kita mara ke peringkat seterusnya.

Barclays Premier League fixtures 2013-14

AUGUST
Sat 17 H Aston Villa 
Sat 24 A Fulham 
Sat 31 H Tottenham Hotspur 
SEPTEMBER
Sat 14 A Sunderland 
Sat 21 H Stoke City 
Sat 28 A Swansea City 
OCTOBER
Sat 5 A West Bromwich Albion 
Sat 19 H Norwich City 
Sat 26 A Crystal Palace 
NOVEMBER
Sat 2 H Liverpool 
Sat 9 A Manchester United 
Sat 23 H Southampton 
Sat 30 A Cardiff City 
DECEMBER
Tue 3 H Hull City
Sat 7 H Everton 
Sat 14 A Manchester City 
Sat 21 H Chelsea 
Thu 26 A West Ham United 
Sat 28 A Newcastle United 
JANUARY
Wed 1 H Cardiff City 
Sat 11 A Aston Villa 
Sat 18 H Fulham 
Tue 28 A Southampton 
FEBRUARY
Sat 1 H Crystal Palace 
Sat 8 A Liverpool 
Tue 11 H Manchester United 
Sat 22 H Sunderland 
MARCH
Sat 1 A Stoke City 
Sat 8 H Swansea City (or FA Cup Q/F)
Sat 15 A Tottenham Hotspur 
Sat 22 A Chelsea 
Sat 29 H Manchester City 
APRIL
Sat 5  A Everton 
Sat 12  H West Ham United (or FA Cup S/F)
Sat 19 A Hull City
Sat 26 H Newcastle United
MAY
Sat 3 H West Bromwich Albion
Sun 11 A Norwich City

Tak lupa jugak kita perlu lepasi pusingan kelayakanUCL lepas game lawan Aston Villa. Apa yang syoknya dan yang tak sabar ditunggu2 adalah NLD seawal game kita dengan kiat jadi tuan rumah dulu.Apapun rintangan yang mendatang, gua rasa kita boleh lepasinya asalkan usaha dan fokus. COYG!

Jadi itu latest sekali , fixture tu baru keluar siang tadi. Apa lagi yang berlaku. Oh ya Arsenal kini di era baru, post Peter Hill-Wood.Hill-Wood yang dah bergelumang dengan Arsenal sebagai presiden selama 31 tahun sejak 1982  mengambil keputusan untuk bersara akibat masalah kesihatan termasuk serangan jantung yang dialami. Berakhirnya dinasti keluarga Hill-Wood  turun temurun yang berpengaruh dalam Board Arsenal sejak 1927. Pengerusi Arsenal yang baru dilantik pula adalah seorang berperngaruh dalam bidang perniagaan, Sir Chip Keswick , bekas orang kuat Bank Of England. Chip adalah penyokong seumur hidup Arsenal, umur pun dah 73 muda atau kurang tua 4 tahun jek dari Peter. Bawah peter banyak kejayaan dan turun naik tapi sayang dia terpaksa berhenti ketika keadaan kelab kita gersang tanpa piala , maka orang akan melihat kegagalan Arsenal selama 8 tahun ini berpunca dari board yang dipengerusikan beliau cukup kedekut. LIfe goes on, yang pergi tinggal sejarah, kita sekarang  bawah pengerusi baru dengan misi dan visi baru harapnya si Chip ni ada power lebih besar dan boleh mempengaruhi rakan2 dalam board laind alam menetapkan hala tuju kelab.Dia Stan Kroenke, Gazidis dan Wenger akan diperhatikan. Katanya duit banyak sampai 70M? tapi kalau tak melabur secara sepatutnya , memang akan dibackfire oleh fan. Tapi jangan syok sangat dengan rumors dan angka yang diperhebohkan, kelakar bila teringat gazidis keluar statement 'setakat rooney, player mampu milik' awas. Jangan terpedaya awal sangat,walk the talk sekarang ni wahai Gazidis. Mentang2 sekarang timing season ticket renewal , banyakla ayat2 pancing yang cuba dinyanyikan buat fan percaya bulat2. Apa yang sekarang ni rumors sedang hangat? Rooney? Nani?Cavani?Jovetic? rentikanla...Itu semua nak alih perhatian nak divert media dari sasaran yang sebenar.Arsenal mana pernah buat kerja cara terbuka. Tunggulah nanti sampai dekat2 hujung bulan 8 baru lah ada signings.Itu modus operandi. Fellaini? Selagi Arsenal.com tak tunjuk player berstatus Higuain pegang jersey Arsenal, selagi tu la cakap2 BOD ni 'dengar boleh percaya belum tentu lagi'. Buat masa ini Yaya Sanogo jek lah rumor paling afdal buat peminat Arsenal. Dengar cite dah sign dah pun. Harap2 bukan seorang lagi Gervinho atau Chamakh dari liga Perancis.

Yang masuk belum pasti siapa.Tapi Player yang sah akan tinggalkan kita Squaillaci, Arshavin, Denilson. semua tak sambung kontrak, Denilson ditamatkan.Sayang betul Arshavin tak dapat nak sign out dengan cara yang lebih bermaruah tapi kenangan dan magic yang ditinggalkan memang akan dikenang sampai bile2. gol lawan Blackburn, 4 goal lawan Liverpool, gol lawan Barcelona, interview slumber dan lawaknya, terima kasih lah Arshavin.Mungkin nasibnya dah tertulis sewaktu Baptista score 4 gol kat Anfield lagi.Masih ada lagi deadwood2 yang perlu dikeluarkan untuk melimitkan pembaziran gaji. Player seperti Bendi hanya menunggu masa untuk mencari kelab setelah gagal dalam cubaannya musim lepas. Santos, dipulangkan balik dari Gremio, dia jugak menyatakan kekecewaan tak dapat kekal di sana dalam masa yang sama menghantar signal tak nak stay lagi di Arsenal lebih2 lagi kita dah sign Monreal Januari lepas.Chamakh, Pakcu kita sedia listen to offers.Gervinho dengarnya memikat hati Marsseille , mungkin itu yang baik buatnya , kembali ke tempat dia boleh mengeksploitasi kemampuan diri.

Orait.Setakat ini dulu mungkin. Akan cuba mengupdate mencoret dan mencarut terutama ketika pra musim dan jika ada transfer rumors yang agak2 boleh dipercayai..haha.. tak sabar nak lawan Garuda ni. Tergarau2 tangan macam dah gian ni dibuatnya.COYG!!!

Agi idup agi mengGunners!!