Rabu, 26 Jun 2013

Guane Higuain boh?


Real Madrid's Gone?zalo

Higua - in or not? Transfer Saga ni dah berlarutan berbulan2. Apa yang anda rasa tentang transfer Saga ni? Apa jua outcomenya, yang penting ia(berita ni) lebih mahal dari Saga SV baru. Kejap deal on, kejap off. Ini ditambah pula dengan sumber2 yang berkeliaran di Internet dari bermacam jenis entiti. Bapak Higuain la, abang Higuain la, player's agent, wartawan ternama la, tweet dari stesen TV, Radio, wakil kelab..semuanya nak berbicara tentang hala tuju destinasi pemain Argentina tersebut tanpa sepatah pun datang kenyataan rasmi datang dari kem Arsenal.Setakat ini Real Madrid dan Juventus yang berbunyik2 dan tentunya bunyi2an tersebut masing2 nak upkan kelab sendiri. Bagi gua sendiri selagi transfer window belum dibuka, sukar atau jarang sekali untuk Arsenal umumkan deal. Maka sebarang bentuk kata2, Arsenal dan Higuain dah saling mempersetujui personal term dengan konon bidaan sebanyak 22M dan gaji 135k tak boleh diyakini sangat. Kita dah pernah alaminya, mata atau sahin saga. Regret tak dapat yang 1st yang 2nd tu kita bernasib baik.Jadi secara logiknya, tunggu dulu apa yang bakal berlaku di kem Real Madrid,terutama lepas depa dah announce Ancelotti sebagai manager, atau jugak lepas depa buat marquee signing macam Isco atau Cavani, jadi chances untuk kita settlekan Higuain Saga ni lagi cepat, makin tinggi.Namun buat masa ini, kesemuanya masih kelihatan kabur...JEREBU!


Macam mana pulak rumors Fellaini? x dapat nak kompom apa2 tentang permintaan gaji 100knya dan permintaan Everton sebanyak 24M.Adakah anda rasa angka itu berbaloi dengan potensi servisnya? Fellaini ke Nani ka la ni yang gua tau Melanie Slade.  Tahniah jugak buat Theo Walcott yang akhirnya mengikat perkahwinannya dengan buah hati sejak di zaman gila2 remaja.La ni kehidupan Theo bakal dijaga oleh Melanie dengan labih tersusun. Tiada lagi lagak bad boys ala Bendi yang semakin poyo dan entah ape2 lepas cuba dioffload dar Arsenal dan Frankfurt dikatakan favourite untuk mengambil risiko lepas player Denmark tu haram tak score walau sebiji di Turin musim lepas.Seorang lagi pemain yang bakal mengalami nasib sama adalah CB, Johan Djourou.Dipinjamkan musim lepas ke Hannover, kita mungkin akan handover nya ke kelab Bundesliga jugak dengan Hamburg serta Hannover sendiri berminat mendapatkan pemain Swiss tersebut.Selamat maju jaya dan terimkasihlah ye hendaknya.


Ada lagi rumors ala Fantasy Football. Real Madrid mengintai Santi Cazorla, kita dikaitkan dengan Pepe Reina lepas Liverpool sah sambar keeper Sunderland yang meningkat naik Mignolet. Kembali ke alam realiti, player2 yang nak dipancing kita mesti terpikir 2 3 kali jugak sebelum nak join kelab kita yang belum lagi sah ke group stage UCL. Arsenal perlu melalui pusingan kelayakan yang 1st leg akan dilalui lepas game pembuka tirai bertemu Villa. Selaku statusnya, Arsenal telah di seeded dan tak akan bertemu dengan pasukan seeded yang lain seperti Milan Schalke dan mungkin juga Lyon dan Zenit jika mereka melepasi saingan sebelumnya. Jadi pasukan2 yang boleh menjadi penghalang Arsenal adalah seperti   PSV Eindhoven, Metalist Kharkiv, Fenerbahce, Real Sociedad, Pacos de Ferreira, PAOK Thessaloniki, FC Salzburg, FC Nordjaelland, Grasshoppers Zurich, Zulte Waregem. Musim lepas kita mendapat saingan yang begitu sengit dari Udinese.Dijangka perkara sama yang bakal dilalui musim ini, maka bermulalah sekali lagi malam2 Eropah yang indah...

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: