Siri jelajah Asia telah berakhir boleh dikatakan dengan jayanya, player redeem fitness dengan level game berlainan ,worldwide fan berpeluang ketemu skuad Arsenal, player boleh chill out. 2 minggu berlalu dengan 4 kemenangan yang menyaksikan pendedahan berguna terutama buat player muda beraksi bersama skuad utama dan jugak eksperimen2 strategi serta formasi terutama di bahagian back 4. Kita tahu ketika ini Monreal dan Mael bakal terlepas aksi permulaan liga, jadi adalah gila untuk kita masuk ke medan perang tanpa persediaan backup yang rapi.Jadi Sagna Miquel, Jenkinson Gibbs saling rotate posisi mencari rumusan terbaik. Gol bukan masalah besar di Asia 7-0,7-1,3-1,2-1 semuanya menang, dan kemunculan beberapa player muda yang mencari tumpuan, semuanya bagai memberi harapan.Semuanya indah bukan? Melihat Wenger dan Gazidis pakai baju batik apekelandak semua, tapi persoalan besarnya di sini sejauh manakah keceriaan itu semulajadi ketika dunia media terus menyerang dan fan seantero dunia kerungsingan kerana walaupun dah masuk sebulan transfer window, merka baru lihat limited aktiviti. Di sebalik 70M yang digembargemburkan, Hanya seorang saja signing yang hadir secara free itupun bukan dianggap 1st team player, maka berhaklah suara2 gusar ini melontarkan kritikan bagi mereka yang masih bersabar pula, masih ada sedikit harapan dan kepercayaan bahawa Scout, Board dan Wenger akan membuat kejutan tapi adakah Wenger dan Gazidis ini benar2 bersedia?
Gua tak tahu nak mula coretkan dari mana, banyak aktiviti belakang tabir yang berlaku 2 minggu gua hanya usha dari jauh tanpa sempat memberi komen lagi.Dan pada hari ini 3 Ogos, Arsenal akan meneruskan pra musim dalam kejohanan gred A Emirates Cup. Kita selaku tuan rumah malam ini akan bertemu skuad Rafa Benitez yang pastinya akan mempertaruhkan muka baru ironinya, nama2 tersebut suatu ketika pernah disebut2 join Arsenal tapi tak jadi, Reina dan Higuain. Pada ketika ini Fan amat terasa dengan kegagalan kita menyambar Higuain ketika signature pemain Argentina itu seakan dalam tangan tapi boleh terlepas tibe2. Bagi gua secara peribadi, Higuain player yang bagus, mampu memberi addition pada skuad sedia ada kita. Gua tak kisah kita link kepadanya dan dengan harga 23M ia cukup rasional .Tapi sebaik sahaja Real Madrid main busuk, mengetahui Napoli ada wang berjuta hasil penjualan Cavani ke PSG, dari 23M dinaikkan ke 34.5M itu ape kejadahnya?! Ada yang kata ada gentle agreement dari kedua2 pihak Arsenal dan jugak kem Higuain tapi disebabkan ketamakan Real yang bersungguh2 cuba mengorek wang sebaik mungkin untuk mendapatkan hajat Bale mereka, Arsenal terpaksa berpikir sekali lagi untuk meneruskan atau tidak.
Jangan salah anggap, Higuain bagi aku adalah kualiti tapi adakah kita benar2 memerlukannya pada harga tersebut ketika dia di Real pun bukan pilihan utama? Maksud gua Higuain ni adalah goal poacher, jadi pastinya kehadiran dia bakal melimitkan Giroud dengna sistem yang kita ada sekarang,( dan bukanlah gua cakap Giroud lagi power dari Higuain) jadi di sinilah logiknya gua rasa, sebab mengapa Wenger lebih mengejar Suarez pada harga tersebut, maka diletakkan bidaan awal 30M yang direject.Dengan Suarez, -ketepikan perangainya dulu yang gua akan ulas sebentar lagi- Arsenal mampu dapat almost complete player yang boleh link up play, boleh create,boleh score 20 gol semusim dalam tangan dan yang dah sebati dengan BPL terutama media(kah kah) jadi mungkin bagi Wenger untuk upkan bid sampai 35M bagi Higuain adalah suatu gamble.Giroud sendiri cakap dia boleh link dengan player macam Suarez maka apa yang gua paham, Suarez kalo masuk arsenal boleh adapt dengan sistem kita tanpa perlu mengorbankan front man serta menjadi number 9, maka itu sebab Arsenal ubah target dari Higuain ke Suarez. Dan jangan kata Arsenal terlepas peluang atau direject Higuain, sebenarnya Arsenal yang tak bid official pun Higuain mengetahui tentang perkara ini.
Bidaan pertama direject, Arsenal cuba melakukan satu taktik 'nakal' untuk cuba memenuhi syarat release clause (*jika bidaan lebih dari 40M, Liverpool harus inform pada player dan membenarkan Suarez bincang dengan Arsenal) Maka itu sebablah datangnya cerita 40M + 1 pound tersebut yang rata2 membuatkan kem Liverpool angkat kening dengan bidaan provokasi tersebut malah seluruh dunia menggeleng sinis terhadap Arsenal. Seperti yang umum sedia maklum, bidaan kedua ini turut direject mentah2. Haha di sinilah segalanya terhenti ,stall, kaku tapi gua percay masih ada bara api yang belum padam.Brendan Rodgers dah cuak kehilangan Suarez kerana dia baru nak build team berpaksikan pemain Uruguay, Gerard mula bermain kata2 pujangga memujuk Suarez, ramai lagi pundit2, media digerakkan malah ex player Arsenal sendiri berkata adalah pelik dan tak de hasil kalau Suarez sekadar keluar dari Liverpool tapi join Arsenal, mereka anggap Arsenal ni macam lah bangsat sangat. Sebangsat2 yang depa duk maki tu, kita mampu buat bidaan sampai 40 juta ketika rekod transfer kita 15juta. Itupun pakai duit sendiri tak payah nak melacur pada sugar daddy. Dan yang gua pelik ketika org tua tu tak melabur, kedekut, dimarahnya, ketika orang tua tu bid sampai 40M pun ramai lagi mempersoalkannya. Adakah Suarez worth harga 40 juta? ikut market sekarang ya tapi mungkin terlebih dalam 5 juta kerana bagi gua value yang logik mungkin sekadar 35M. Maka Rodgers dan Liverpool ketika ini kata kalau sapa2 mau sambar Suarez lu orang boleh ambil dengan 55M. Itu namanya gila dan tak masuk akal serta melampau. Tapi kita tak boleh nak salahkan Liverpool, mereka ada hak, kontrak Suarez sampai 2016. Tapi Rodgers harus ingat dia ada unhappy player dalam skuadnya, tak ada mana2 team nak simpan player yang tak minat nak main. Itulah sebab Arsenal, mostly Wenger sekarang ambil sikap tunggu dan lihat development yang berlaku. Dia kini menunggu respond dari kem Suarez, mereka takkan mau lancarkan transfer request kerana dikatakan bakal terlepas bonus2 dalam kontrak sedia ada, tapi suarez jugak mahu kepastian, adakah Arsenal benar2 layak ke group stage UCL kerana pada ketika ini kta harus lalui pusingan kelayakan.2nd leg akan dimainkan beberapa hari sebelum ransfer tutup.Lepas dah kompom layak, pada ketika itulah hari2 yang crucial dan menyaksikan pergerakan berlaku sama ada Suarez atau player2 lain.
Itu jugaklah sebab yang dikatakan Wenger sekarang begitu stubborn dan mengeluarkan kenyataan2 provokasi kepada fan saja bagitau awal2 taknak letak harapan. Kadang2 gua rasa orang tua tu macam rekod cakera piring hitam yang rosak duk ulang2 lagu yang sama setiap musim. Kisah ni pulak tak tau betul ke tidak , di sebalik tabir top management, situasinya seperti berikut. Board mengarahkan Wenger upkan lagi bid 40M tu kepada Suarez kerana takut berlakunya backlash dari penyokong.Gazidis suruh Wenger spend, Wenger tak mau spend gila2 kalau angka tu dah tak masuk akal.Liverpool kata 'letak 55M lu boleh angkat Suarez'. Wenger nak rilex dulu sementara tu intai option lain. Stan Kroenke bagi kepercayaan penuh dan kuasa mutlak pada Wenger,' lu nak spend lu spend, gua akan pastikan Board ni ikut cakap aku walaupun aku silent stan'. Gazidis dan Board kata kat Wenger, 'ok itu lantak kaulah, aku dah buat kerja aku, kumpul duit, aku pun dah umum kat fan kita dah ada duit, terpulang pada ko'. Tak pernah Arsenal secara public declare" kita dah kayo kita ada duit, kita akan spend besar2 macam orang lain , setakat rooney tu apelah sangat", tapi era Gazidis jek perkara ni berlaku .Apa yang dilihat adalah dia cuba cari jalan selamat kan diri sendiri dari situasi ini. Besar risikonya bila dah umum benda2 gini. Lu dah umum lu kaya tapi bila lu tak spend sesen pun lagi setakat ni lu akan dicop kedekut, satu lagi lu akan menyukarkan proses nego kerana penjual tau lu banyak duit, korek sebanyak yang mungkin la depa.Jadi gua tak nampak logik bila mana lu(board) ni sembang deras tapi tak kasi fan mengharap expectation yang tinggi. Itu semua salah lu orang laa bagi impian palsu menipu saban hari.Itulah sebabnya Wenger kurang setuju cara kerja dengan orang2 Amerika ni sembang lebat menyusahkan orang.
Tapi jangan ingat gua kutuk Board, orang tua tu pun selamat. Kedegilan dia bawak masuk siging awal ni pun membengkekkan sebenarnya.Satu persiapan terbantut. Kedua target makin kurang, harga lastminit boleh jadi mahal desperate nak beli dan boleh jugak untung kalau satu pihak lagi deseperate nak jual. Last minit signing jugak bukan suatu yang berjaya sangat, 2 summer lepas hanya Arteta dan Mertesacker yang mampu establish , park santos Benayoun entah ke mana walaupun si yahudi tu adala effort siket. Musim lepas signing kita awal2, persiapan pun agak tersusun, cazorla Giroud Podolski semua boleh masuk dengan BPL.Musim ni sebenarnya peluang yang sangat cerah bagi kita kalau kita pandai guna, kita tak kehilangan player utama, kita ada management yang stabil walau kedekut, jadi itulah yang gua agak terkilan sebab masih tak ada additional player yang dijanjikan walaupun sebulan dah transfer dibuka.Liga start lagi 2 minggu. Lepas tu proses kelayakan UCL nak tunggu kita layak baru dapat attract player2 besar susah la.
Minta maaf gua cakap, gua tak termakan dengan kata2 Wenger yang kata with or without signing skuad ni capable utnuk mencabar kejuaraan. Bollocks!Dia merapu apa. Skuad ni boleh bersaing tapi konsistensi tak akan dapat kerana skuad ni cukup thin quality wise.Dan sekarang dah trim kuantiti sampai berapa? 15 player dilepaskan? itu pun dah satu hal, mencari kualiti yang separas dengan skuad 1st team tu hal lain pulak .Berpandukan fakta apa dia cakap cenggitu, run in kita dalam 10 game terakhir pun kita semua tahu Arsenal lawan team2 apa,mid-bottom table, jadi tak perlu bangga2 sangat menang 8 daripada 10. Lu dah menang 4 dari 6 game big four baru lu datang sini balik cerita lu capable nak challenge title.Untuk rekod, musim lepas kita gagal menang 1 game pun dengan team big 4. Hanya 2 point daripada 18. Itu bukan ciri2 title contender .
Jadi persoalannya siapa yang perlu dibawa masuk? Adakah fan rata2 bersetuju dengan hasrat Wenger menyambar budak nakal BPL Suarez?? Tadi gua katakan Suarez adalah kualiti, itu tidak dapat dinafikan. Yang menjadi risikonya adalah perangainya, masalah displin, dianti oleh media dan masalah dengan FA. Perkara pokok adalah dia dicop racist. Sebelum tu gua nak declare awal2 gua tak setuju siapapun dari team mana pun berpelakuan diskriminasi terhadap kaum dan pada ketika ini kita lihat dalam konteks bola sepak.Jadi jangan ada pendapat mengatakan gua ni bias semata2 Suarez ni dilink kepada Arsenal atau tidak. Suarez dijatuhkan hukuman dicop racist setelah evra membuat dakwaan Suarez menggelarnya dengan perkataan tak senonoh yang menyinggung perasaan. Tapi mengenali Evra yang memang bermulut lantang takde insuran, macam mana lu nak percaya siapa yang benar siapa yang salah.Dan adakah kerana perkataan2 tersebut yang disebut dalam heat of the game tu, seorang player terus dicopkan sebagai perkauman ketika dalam team Liverpool (dengan izin) jugak adanya Sturridge, Johnson, Wisdom, Raheem . Pelu dibezakan bagaimana kita mentafsirkan racism tersebut, sepertimana dari segi perilaku, contoh ; jika sorang teammate tak passing langsung ke arah lawannya atas sebab beza passport dan warna kulit, atau ketika goal celebration tak mau sambut sama2 maka itu selayaknya dianjingkan dan dibawa ke muka pengadilan.Jadi untuk menghukum seseorang racist sewenang2nya ketika player tu bertukar kata2 kesat dalam game yang tension antara 2 kelab rivalry terlalu mudah sangat menjatuhkan hukum, itu belum tanya lagi apa perkataan yang evra lontarkan padanya sebelum itu. Maka perlunya kita berlaku adil, elok kedua2nya dihukum.Pengajarannya jaga mulut dalam game. Jadi gua tak berapa nak termakan dengan validation point tersebut,Itu pendapat gua, kalau ada yang kurang setuju tak mengapa. Tapi gua tak toleransi dengan sikap2 tak matang macam tak nak salam la bagai, diving, gigit player itu yang lebih gua concern. Sebagai player mana professionalism malah sebagai manusia mana etika? Dan lagi satu yang gua concern, loyalty.Kalau dia boleh buat perkara tersebut pada Liverpool hanya untuk cari cita2 peribadi join Arsenal, tak mustahil Arsenal ni hanya sekadar jadi batu loncatan untuk dia ke Madrid kalau ada panggilan dari Bernebau musim berikutnya.Harga pada ketika itu dah sah2 turun.Perlu diingat pilihan utamanya adalah untuk keluar dari England dan Madrid menjadi destinasi impiannya. Jika Arsenal sekadar tempat untuk melepaskan nafsu peribadi dia main UCL tanpa benar2 berhajat dari hati ikhlas nak join Arsenal, gua rasa komitemen yang Arsenal dapat dari player macam ni pun bukan sepenuhnya.Itu antara risiko yang perlu difikirkan jika Arsenal berhajat teruskan pursuit.Jadi adakah sebagai fan kita perlu bersetuju degnan signing macam gini? Kita hidup dalam dunia yang kita perlu bersetuju untuk tidak bersetuju , maka semua ada pandangan masing2. Bagi gua secara peribadi siapapun bila mana dah sarung jersey Arsenal, nak tak nak kita perlu bagi support demi kejayaan berpasukan, dan perlu diingat jugak macamlah kita ni ada kuasa untuk menentukan siapa yang masuk dan siapa yang tak boleh masuk.Maka kita perlu hadapi sebarang kemungkinan, secara senangnya, haruslah sentiasa menyokng lambang di hadapan jersey dahulu dari nama di belakang.
Berita transfer lain, Gervinho dikatakan seakan hampir disunting Roma.Delegasi Rome kini diterbangkan untuk settlekan deal membawa bekas player lille itu bekerja dengan bekas coachnya,Rudi Garcia sewaktu die cemerlang di sana.Mungkin bawah Garica, Gervinho merasakan dia akan dapat kembali mengembangkan kerjayanya.Lain2 cerita macam biasa yang tak tahu hujung pangkal, Bernard, Williams, Luis Gustavo.Gua kalau boleh mahu 3 3 nama tu join Arsenal. Namun siapalah yang kita yang hanya sekadar mampu berfantasi.
Kembali kepada Emirates Cup malam ni.Perkembangan terbaru Mael masih out 6 minggu, Monreal dah boleh berlatih ringan2 tapi masih dalam pengawasan rapi.Sanogo dan Cazorla akan turut serta, besar kemungkinan ahad keduanya2 akan bermain bersama.Oh ya dan Penyokong2 Arsenal pasti dapat mengubat rindu dengan kepulangan badut Eboue!!
Aig idup agi mengGunners!!
COYG!!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan