Sabtu, 13 Julai 2013

Away kit dan siri Jelajah Asia kini bermula!

Salam Ramadhan Al Mubarak.Terlebih dahulu Di bulan yang penuh mulia ini gua mengambil kesempatan memohon ribuan ampun dan maaf sambil sama2 mengajak sera memperingatkan kita lebih dekat kepadaNya Insha Allah.Semoga Ramadhan kali ini penuh makna.

Dan pada ketika ini dalam tempoh seminggu sewaku kita menanti2 siapakah establish signing pertama Arsenal, ternyata kita cuma berharap kosong namun pihak Arsenal bijak mendivertkan tumpuan dari kekecewaan kepada keterujaan dengan melancarkan away kit terbaru untuk musim 13/14 . Tahniah ia kembali ke tradisi bewarna kuning! Desing yang cukup simple dan bersahaja dari Nike, bagi mereka yang lebih mendambakan extravaganza design muda mudi ketika ini pasti berasa agak kecewa kerana tiada yang nampak deboom atau mengesyaki Nike sudah malas di hari2 terakhir kontraknya menaja Arsenal sebelum dikatakan bakal disailang Puma. Tapi bagi yang menyukai rekabentuk yang simple bersahja dan old skool, away kit full yellow dengan kolar biru ini just nice. Ada yang mengatakan ia diambil sempana era invincible 10 tahun lepas, kali terakhir kita menang liga.Wow sedar tak sedar gua tak sangka sudah selama itu,1 dekad, rasanya macam baru semalam ingatan di WHL masih segar di memori.. Perasmian yang dipromosikan barisan core English player diketuai Wilshere, Gibbs, Chambo, Rambo Carl dan Theo, ia cuba membei gambaran aspirasi bahawa pemain2 homeground inilah yang akan membawa imej new era Arsenal bagi mengulangi apa yang telah dibuat oleh otai2 terdahulu.


Pada ketika ini kem Arsenal telah pun selamat berada di Jakarta Indonesia bagi memulakan kem pra musim. seramai 24 pemain dibawa kecuali kapten Mael yang injured, Gervinho yang tak sihat(kononnya) , manakala striker serpihan Chamakh dan Bendi terus dipandang sepi. Malangnya, Arsenal tak dapat membawa new signing Yaya yang masih berkelana dengan France u20, Santi dan Monreal yang berehat dari Piala Konfiderasi. Hasrat Arsenal untuk mengetengahkan establish signings baru tak kesampaian apabila tak seorang pun berjaya dibawa masuk sebelum kita berangkat ke Asia. Maka disitu adalah satu kerugian apabila sepatutnya time2 ginilah penting dan masa yang sesuai untuk membentuk kesefahaman supaya player2 baru dapat menyesuaikan diri dan serasi bersama. Jadi adakah dengan ketiadaan Wenger yang akan berada di Asia sehingga 26 Julai ini , signing kita akan tertangguh dan walaupun ada kerja di belakang tabir, ia tak akan diumumkan secara rasmi sehingga mereka balik ke London? Penantian memang suatu penyeksaan tapi bersabar kita masih ada lagi 2 bulan.Siapa tahu hadiah raya dari Wenger mungkin..

Berikut adalah senarai 24 pemain ang menyertai jelajah Asia tahun ini:
Mikel Arteta
Lukasz Fabianski
Kieran Gibbs
Olivier Giroud
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Per Mertesacker
Ignasi Miquel
Ryo
Alex Oxlade-Chamberlain
Lukas Podolski
Aaron Ramsey
Tomas Rosicky
Bacary Sagna
Wojciech Szczesny
Theo Walcott
Jack Wilshere
Serge Gnabry
Damian Martinez
Kris Olsson
Chuba Akpom
Thomas Eisfeld
Chuks Aneke
Gedion Zelalem

Arsenal akan memulakan perlawanan menentang Indonesia Dream Team esok malam jam 945pm.


1 ulasan:

Sofea berkata...

british core masa shooting arsenal away shirt. may b the last jersey from nike for arsenal.. tahun depan tukar puma..

nampak gayanya susah nak ada new signing.. walapun duit bertimbun :D