Rabu, 28 Mac 2012

Perihal Rambut carl Jenkinson

Nampaknya pemain2 bola sepak tak terlepas dari menjadi tumpuan lensa2 fashion terutama bagi atlet lelaki penampilan dan gaya rambut akan menjadi perhatian terutama jika terdapat perubahan mendadak yang mungkin menimbulkan kegelisahan kononnya terdapat perubahan karektar negatif di sebalik transformasi itu. Carl Jenkinson, hadir ke Arsenal dengan rambut biasa2 sahaja yang boleh dikatakan skema, sebelum mengalami kecederaan panjang. Dan baru2 ini ketika membuat kemunculan kembali telah mengejutkan ramai dengan rambut fesyen baru ala2 mohawk gitu. Gua tak brapa amek port pun sebenarnya tatapi rata2 komuniti di utara London sana agak kurang senang dan risau dengan penampilan baru Carl mengundang kritikan dan nasihat dari rakan baik, Chambo pemain2 senior seperti Mael dan RVP , rakan sepasukan dan jugak Arsene Wenger sendiri. Agak kelakar bila ia menjadi isu tapi mungkin sekadar gurauan. Ini kerana carl mungkin pemain muda jadi , rata2 ramai yang rasa dia memerlukan tunjuk ajar, tidak salah.Beckham jugak pernah tampil dengan imej yang sama dan jugak slumber menadah telinga mendengar kritikan jadi Carl, gua rasa lu tunggu sahajalah rambut tumbuh tak payah nak kecoh2. Asalkan lu nampak lebih yakin atas padang dan improvekan game serta kekal konsisten , waktu tu org dah tak hirau pasal rambut lu , orang akan sembang pasal cara lu main bola. Good luck mate!


0 ulasan: