Selasa, 10 Januari 2012

Henry dan si pari2


Melihat jambangnya bukan sebarang jambang. jangan pulak anda ingatkan Kanoute. Tak payah tukar channel, tak payah gosok mata kerana anda bukan bermimpi di pagi buta. Memang Thierry henry telah kembali, dan 2nd debutanya adalah umpama satu fairytale, dongeng si pari2. Dengan hanya baru masuk 10 minit menggantikan Marwan yang belum terbang ke Afrika, dia berjaya menambah kelagendaan dengan 1st touch cun dan finishing superb.Kasihan si Marwan, tugu Henry lebih logik daripada formnya ketika ini, dia cuba sedaya upaya tapi orang kata, buat kerje tak boleh terlalu nak memaksa, begitulah jadinya. Sesudah Alex Song melorongkan bola ke kawasan kiri di mana kedudukan Henry berada, kita dah boleh tau sememangnya bola tersebut jenis makanan dia.Penyudah yang mantap cantik ,fesyen trademarknya, segalanya bagai sudah tertulis, ini malam raja kembali, cerita sejarah kekal, bab baru kisah cinta memanjangkan lagi legasi.

Itu beza pemain yang bermain dengan hati. Class is permanent, tapi cinta antara Henry dan Arsenal tak boleh dipisahkan. Lihat sahaja sambutannya sebaik menjaringkan gol umpama budak sawan yang melompat keriangan berlari ke arah bench dan memeluk bapak angkatnya. Henry sendiri tak menyangka cameo comebacknya akan beri impak sebegini, untuk jadi match winner adalah satu bonus. Baginya bukan title hero yang ingin dikejar, hadirnya hanya membantu, selaku mentor kepada rakan2 muda. Tapi sekali lagi percaturan Wenger dan gamble nya sering terkena. Wenger boleh dikategorikan selaku seorang yang bertuah dan bernasib baik.Dan dia boleh tersenyum lebar kerana aset dan pelaburan paling berbaloinya masih bernilai, membuahkan hasil sehingga ke hari ini. Namun seperti kata Wenger, jangan mengharap yang lebih2 sangat selepas ini, Henry memang telah bersedia untuk diturunkan, dia berani merisikokan status lagendanya untuk kembali ke padang bersama jersi merah putih yang nampak masuk maka janganlah lagi ditambah tekanan terhadapnya.2 bulan yang amat berharga buat Arsenal.

Malam tadi dengan kemenangan tersebut kita dapat melangkah ke pusingan berikutnya dan dijodohkan awal2 lagi dengan Aston Villa.Jika diizinkan, Henry akan mendapat peluang sekali lagi. Malam tadi nampak keseriusan Wenger terhadap peluang Arsenal untuk menggapai FA Cup.Szczesny turun sebagai penjaga gol, trio barisan tengah Arteta Song dan dan Rambo.Arteta kapten berbanding Song, ini surprise. Cuma back 4 yang semacam sikit.Laci hadir ganti Johan yang digantung, manakala kedua2 fullback diapit oleh pemain muda yang bukan posisi asalnya, Coquelin dan Miquel. Lebih merungsingkan, Coquelin mengalami hamstring dan terpaksa dikeluarkan diganti Yennaris.Budak ini masuk dan buat kerja, boleh harap. Walaupun dah menang 4 medal, Wenger rasa inilah peluang untuk kita balun habis segala peluang yang ada kerana gelaran liga seakan jauh dari sasarn ketika ini. Kita boleh perjudikan nasib dalam piala kalah mati ini, Champions league dan FA Cup walaupun kedua prestij piala ini berbeza. Sudah tiba masanya pasukan ini perlukan sesuatu untuk dibanggakan dan pemupukan winning mentality adalah wajib. Rehatnya RVP hanya sebagai langkah berjaga2 kerana penyerang itu dah main 4 game dalam 12 hari  dan Arsenal menerima kesannya apabila tewas kepada Fulham biarpun sebelum itu hanya menang tipis dengan QPR. Nantikan all out Arsenal selepas ini dalam kejohanan cup. Wenger dah beri jaminan Henry bakal disenaraikan ke Milan setelah Manone dipinjamkan ke Hull City.


Arsenal bakal bertemu dengan Swansea dalam perlawanan liga selanjutnya Ahad ini. Dan telah ada ura2 RVP bakal digandingkan dengan Henry. Sama ada siapa yang akan mendapat front role itu masi menjadi teka teki tapi mengenali Wenger, takkan dia mahu mengacau prgres yang telah dilaksanakannya sendiri dari awal musim lagi. RVP akan sentiasa menjadi talisman, Henry hanya satu bentuk sokongan, walaupun sudah kehilangan sedikit pace, kualiti untuk bermain sebagai wide man tetap ada. Dia pernah mendapat role yang sama ketika bersama Barcelona dengan trio Messi Ibrahimovich dan dirinya sendiri tapi perkara tersebut tidak begitu disenanginya.Tapi ia berbeza dengan Arsenal, ini kerana dia sanggup melakukan apa sahaja walau menjadi water boy demi cinta pada kelab kerana dia kini merupakan die hard fan sama seperti kita Arsenalaysian yang lain.Perlu diingat dulu pun dia bermula sebagai winger sebelum diconvert ke forward tapi itu semua jangan risau, pandailah Wenger menyediakan basenya nanti. Apa yang dilihat bersesuaian dengan resource yang ada, bijaklah Le Prof bereksperimentasi.

Ataupun dia akan kekalkan dengan penggunaan Arshavin.Pemergian Gervinho akan memberi peluang buatnya untuk redeem trust.Malam tadi dia dapat aksi 90 minit.Ok walaupun tak cemerlang. Dia akan improve dan gain confidence game by game. Walaupun kadang kala agak leggy tatkala hilang possession, keupayaan dia untuk cut in dan passing2 yang bijak dan gamble kadang2 masih diperlukan. Sementara itu berkenaan transfer pulak, buat masa ini Wenger kata belum ada apa2 signing terdekat biarpun umum sedia maklum kita mendambakan defender. fullback kita semua MC, Johan Laci tak capai standard, Mael kadang2 injured- sekurang2nya kita memerlukan satu tenaga lagi biarpun secara loan.Mari mengharapkan Henry bukan yang terakhir dibawa masuk..

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

missnadira berkata...

ulasan yang ditunggu tunggu..:)

bak kata commentator,
'you don't need to be the quickest, you just have to think quicker than everybody else on the pitch..'

that's why henry's presence is still significant..