Rabu, 23 November 2011

Pre Match : Arsenal vs Borussia Dortmund

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada Kontinjen Team Malaysia di Sukan Sea dan syabas khususnya buat pasukan Harimau Muda kerana berjaya mengekalkan emas di negara jiran mengatasi segala ranjau dan cabaran.Tapi petang ini anak buah Ong Kim Swee ada tugasan lain di peringkat yang lebih tinggi sekaligus lawan yang lebih getir.Secara peribadi aku nampak peluang Malaysia petang ini ada untuk membuat kejutan. Kerana bagi masing2, lawan yang bakal ditemui agak asing walaubagaimanapun moral boost dan keyakinan menyerap tekanan mungkin boleh menjadi advantage buat pasukan negara. Bagi yang tidak berkesempatan ke stadium boleh menyaksikan di Astro Arena 801 dan TV2 jam 845pm



Arsenal jugak akan beraksi awal pagi nanti. Meneruskan saingan dalam peringkat kumpulan UCL. Arsenal perlukan 3 mata daripada perlawanan bertemu Dortmund di Emirates malam ini untuk mengesahkan tiket ke pusingan kedua sebelum ke Greece untuk perlawanan terakhir. Daripada perlawanan hujung minggu lalu, tiada sebarang kecederaan tambahan pada pemain yang beraksi kecuali Rosicky. Namun Arsenal menerima berita baik apabila Diaby bakal diselitkan ke dalam senarai skuad malam ini.RVP yang direhatkan sejam dalam perlawanan bertemu Marseille tidak ada apa2 halangan jadi dia akan start, itu jaminan Wenger. Gua rasa Arshavin mungkin akan mendapat peluang beraksi kali ini dirotate dengan Gervinho memandangkan kapten Russia itu tak sentuh bola Sabtu lalu. Arsenal akan menurunkan barisan terkuat mampu menang sebab adalah penting untuk secure tempat awal kerana kita tak akan tahu apa jadi lepas ini dengan jadual liga yang semakin padat terutama bulan 12 nanti.

Dortmund pulak pasti mempertaruhkan ayam tambatan penjaring gol ke atas Bayen dan jugak target Arsenal, Mario Gotze.  Defender pilihan, Subotic seakan pasti tidak beraksi akibat kecederaan. Mereka diberikan tonik dengan kepulangan Patrick Owomoyela dan Marcel Schmelzer. Dortmund macam Arsenal, berhadapan permulaan yang buruk tapi kini macam dah jumpa rentak dalam Bundesliga jadi Arsenal harus lebih berwaspada.Jurgen Klop pun dah mula nampak konfiden untuk buat kejutan.

-----------Szczesny------------
Kos-----PM-------Mael---Santos
------------Song---------------
-----Arteta------Rambo--------
--Walcott----RVP---Arshavin--

Sayangnya tiada live di Astro untuk perlawanan ini yang ada hanya delayed 5:30am ESPN. Jadi bagi sesiapa yang tak dapat online streaming, siapkan mode di dalam gua tutup segala alat komunikasi, putuskan hubungan dari dunia luar dan berjagalah di awal pagi nanti umpama kononnya siaran langsung.

Berita lain adalah Chuks Aneke telah mengikat kontrak bersama kelab League One, Stevenage FC secara pinjaman sehingga awal Januari depan. Nicho Yennaris dah sign kontrak lanjutan jangka masa panjag dengan Arsenal.Dia pasti tertunggu2 peluangnya untuk bermain menentang Mancity dalam Piala Liga musim depan. Dan lastly, seperti yamg kita ketahui tentang pertaruhan Jack Wilshere dan Spuds di twitter, aku kata Bring it on jek! Aku tak risau kerana percaya Wilshere bila2 masa sahaja boleh menjelaskan charity 3k tetapi berapa banyak laa sangat fan Spuds yang sanggup menepati janji , jadi berapakah anggaran wang amal 1pound terkumpul dari setiap poket Spuds setelah Arsenal sah menyambut hari Totteringham Day?!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: