Selasa, 16 Ogos 2011

Kurangkan keraguan demi pasukan.

Relax, jangan panik jangan gelabah.Arsenal dah berumur 125 tahun, pemain pun silih berganti kelab ni masih kekal lagi. Itu nasihat Wenger. Nasihat dari air muka yang pasrah melihat tunjang projeknya sendiri meninggalkan dirinya, tidak mahu lagi bersekutu dengan eksperimentasi yang harus menunggu entah berapa lama lagi kajian formula untuk berjaya. Pada ketika ini simpati dihulurkan pada Wenger, simpati yang bercampur baur kerana kita tahu hasilnya mungkin boleh jadi berbeza, mungkin Cesc masih yakin dan akan kekal di kelab ini jika Wenger memilih jalan yang berbeza serta berani melakukan perubahan. Arsenal sebenarnya berpotensi lebih baik daripada itu. Tapi itu cuma 'kalau', sebabnya Wenger memang sudah melakukan perubahan tapi bukan perubahan yang ramai antara kita impikan, perubahan dari satu winning team kepada satu so called-entertaining team, kesannya 6 tahun tanpa sebarang hasil-telah dipandang kegagalan besar.

6 tahun? huh apalah sangat, jika dibandingkan dengan hampir 2 dekad lepas tahun 50 an dulu kita tak menang apa2 kejuaraan besar sebelum menang double 70/71 lepas tu sekali lagi berapa lama kita tunggu sebelum kita sekali lagi menang liga di Anfield pada 1989. Jadi apapun ia kembali pada diri sendiri juga, anda melihat pada cermin dan tanya diri kita sendiri, sebab apa kita memilih untuk menyokong Arsenal, jika sebab piala maka ia logik untuk membuat kita tak senang duduk dan menyumpah seranah tapi jika ada sebab2 lain, melihat Arsenal menjulang trofi boleh dijadikan sebagai satu bonus tapi yang penting kepuasan melihat aksi, walaupun ada kalanya aksi macam sayur atau juga memang kita passionate tak kira apa jua outcomenya asalkan ada sajek mendenya yang berkaitan Arsenal. Maka itu bergantung pada perspektif masing2, sebab itulah kita perlu saling hormat menghormati.Sebagaimana ruangan kolumnis Gary Neville yang rupanya ada jugak saki baki logik akal walaupun atas padang muka dia ni memang naik cemuih nak melihat, rasa sedap kalau dirusuk buat lauk.

Sementara ini kita tunggu sahaja apa plan Stan, Hillwood., Gazidis Wenger, Rice, Steve Rowley, dan barisan panel pemilihan lain sambil dalam masa yang sama melahirkan sokongan bagi pemain2 yang turun beraksi di padang.Terutama dalam game sepenting malam ini, bukannya masa untuk memboo dan memberi tekanan pada ahli keluarga sendiri. Kerana kita sekarang sedang bercakap tentang maruah dan jugak kantung yang besar perlu diisi, itulah sebab home game pertama di Emirates bertemu Udinese awal pagi nanti kita sama2 membantu pemain2 yang sedia ada, yang sudi berjuang ,fokus supaya jangan terlalu memikirkan perkara2 lain. Walaupun umum dah sedia maklum transfer plan kita berkecamuk dan tak berjalan selancar yang diharapkan. Terlalu banya uncertainty di keliling Arsenal pada ketika ini.Nasib Eboue, Almunia serta Bendi belum diektahui. Dengan Nasri pun dah terasa bahang, menggunakan laman twitter menempelak segelintir penyokong yang menyanyikan lagu berunsur ejekan pada dirinya pada ketika dia merasakan dalam kontrak, dia masih pemain Arsenal. Itu tak campur lagi kisah cerita "the curious case of benjamin 'Barton' ". Semalam jadi orang yang benci , esok boleh pulak dipuji.Ada apa2 yang berlaku di belakang tabir, betulkah rumors dia memang ada dalam list kita? Kalau benar, siap sedialah dengan segmen Raw Is War jika anda melanggan tayangan Arsenal Player dengan perlawanan mingguannya, No holds barred match antara Gervinho dan Joey.  Ingat Ousmane Dabo?

Bercakap tentang samseng tu, teringat pada insiden atas padang tempoh hari. Arsenal dan Newcastle telah diarahkan untuk tunjuk sebab selewat2nya 18 Ogos ini atas alasan kegagalan mengawal tingkahlaku pemain , manakala Song yang dikantoi dalam video ulang tayang mungkin tak dapat nak lari dan terpaksa membela diri hari ini.Mengapa Song, mengapa? Sengaja cari pasal yang boleh menyusahkan. Mungkkin ada perkara baik berlaku daripada ini, jika Song digantung, Frimpong akan dibawa masuk. Jadi ujian 2 perlawanan bertemu Liverpool dan United boleh digunakan sama ada pemain remaja itu sudah bersedia menjadi understudy atau tidak kerana  jika belum, Wenger masih sempat untuk menyediakan seorang lagi DM sebagai backup.Berkaitan kad merah Gervinho, Arsenal merasakan kita akan cuba untuk membuat rayuan.

Untuk game malam ini, RVP Nasri dan Wenger sendiri akan melihat sahaja dari jarak jauh akibat penggantungan. Ketiadaan RVP bermakna option kita limited di bahagian serangan.Chamakh dan Vela harus step up. Bendi mungkin akan diberi peluang membuat kemunculan kerana selagi dia belum menemui majikan baru, dia masih pemain Arsenal.Tapi jika dia beraksi pada saingan kelayakan Eropah dia pastinya akan menjadi cup tied selepas ini maka peluang untuk dia diintai  pasukan2 eropah yang menyertai UCL pasti berkurangan.Rosicky harus menjalani fitness test sebelum boleh dibenarkan membantu skuad malam ini. Kembali bersama pre match yang bakal menyusul..


1 ulasan:

Renz berkata...

rasenyer kalau kite menang cup pn fabregas nak blk kampung jugak. kalau kite dpt title lg mudah dia blah... tak ade la rase serba salah sgt..

dlm kes ni yg paling kesian wenger la... sepedih-pedih hati fan, hati wenger lagi pedih. tapi salute la wenger sanggup lepaskn walaupun impian dia berkubur..

bab2 pendirian prinsip memang kagum dgn manejer arsenal ni