Jumaat, 12 Ogos 2011

DANN calon2nya ialah...



Si Camak telah bercakap dalam loghat Perancis kononnya perkara itu tidak didedahkan jauh sekali dipahami bumi asing. Kiranya mungkin dia sudah terlupa kini maklumat di hujung jari segalanya di google translatekan makanya sesi bualbicaranya bersama L'equipe tersebar seantero benua. Dengan berharap jualan akhbar mereka meningkat, kaget yang dicipta jelas tak seberapa, kerna umum telah sedia maklum, kita telah lama bersedia.

Bukan apa, dipendekkan cerita Si Camak sudah kecoh dan memfirasatkan bahawa Arsenal mungkin terpaksa melepaskan pemergian duo Nasri dan Fabregas. Itu sahaja yang cuba disampaikan Si Camak. Aku tak salahkan dia untuk menambah berita, lebih elok jugak sebab ada berita2 dari mulut dalam bilik persalinan sendiri, tapi lagi afdal kalau dari dia duk kecoh2 tentang orang lain baik dia risaukan diri dia dahulu. Kini dengan Bendi besar kemungkinan blah, dia bakal jadi striker No 2, jadi kita pun tak boleh nak harap RVP fit sepanjang musim, oleh itu Si Camak ni perlulah berusaha keras mempertajamkan sentuhan kecundang yang jelas hilang lepas beraksi baik awal musim. Lagi2 Januari nanti kita ada African Cup, kalau bernasib baik, dia dan Gervinho bakal mewakili negara masing2 dan masa tu shortage bagi Arsenal. Nak pulak Vela mungkin bakal dihantar loan sekali lagi sebab agentnya tak nampak mana peluang bila mana si Oxlade dan Gervinho ni dibawa masuk. Pada aku, Vela kena berusaha keras lagi dan Wenger pulak harus adil dalam memberi peluang, tapi kalau Vela sekali lagi dipinjamkan maka aku tak nampak yang dia pun akan stay lagi di Arsenal kelak nanti.

Memang sekarang rumors bertiup kencang deal dengan Barcelona dah semakin pasti. Yang malangnye ada antara pendapat transaksi bayaran sebanyak 35.9 M + 4.5M(bonus yang dibayar sendiri Fabregas 900k setiap tahun dalam 5 tahun). Itu cakap2, belum pasti. Dan ada jugak cakap2 yang kata -Dah laa kita culik dari barca, bagi dia main dengan team yang tak boleh menang, kurung dia tak bagi pindah, nak bagi pindah pun kene suruh dia bayar sendiri!. Jawapannya, Arsenal tak culik, Wenger datang dengan sopan santun bagi salam bayar cash bawak balik, jaga bagai menatang minyak yang penuh, jadikan dia player yang ada hari ini tiba2 Barca nak claim DNA lah, tanggang kalau tak balik rumahlah, ni apa semua ni? Ingat kalau dia tak sepower hari ni Barca nak datang kutip balik ke?jangan harap.

Tak bagi dia team yang boleh menang trophy, ok itu memang diakui tapi dengan bajet yang limited dan model ekonomi yang tersusun Arsenal adalah sebuah kelab yang dijalankan dengan penuh profesional dalam dan luar padang, Maaf kalau bunyi macam gazidis sket, Pencapaian kita dibandingkan dengan bajet yang ada sepatutnya menjadi penggalak kepada pasukan2 yang bergantung pada duit sugar daddy atau kapital supaya berusaha menjana ekonomi sendiri.Dan kita memberi peluang Fabregas mengetuai projek ini kerana team dan batch2 ini dibina berpaksikan padanya, satu penghormatan kepada Fabregas sebenarnya membiarkan dia mengekpsplorasikan sentuhan gaya permainannya yang intelligent dan elegance. Kita sentiasa dengan skuad yang mencabar tapi tak cukup bagus, Wenger hanya perlu beberapa sentuhan dan bersabar cuba lagi dan cuba lagi dengan harapan Cesc jugak paham akan wawasannya dan mengharapkan Elkapitan bersabar sebagaimana dirinya.

Namun tidak mampu seseorang manusia itu tertahan dek godaan lebih2 lagi untuk memenangi kemasyhuran, beraksi dengan pemain2 so called berkelas dunia tapi bermulut longkang sebahagiannya, dan ada ego untuk memenangi segalanya setelah muncul juara dunia. Itu bukan 100% salah kehendak dirinya, dia berhak, dia jugak profesional sepanjang bersama Arsenal dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum yang mengguris hati Arsenal walhal semua sudah tahu isi hatinya bergolak inign pulang. Setelah dipujuk musim lepas, kali ini Wenger benarkan, dia tidak menghalang dia sudi mendengar tawaran dengan syarat ia logik dan berbaloi! Tiba2 barca pulak yang ego bodoh sombong datang dengan tawaran "oi aku nak beli bini ko, berapa ko nak jual, jual murah sudahlah dia ni pun dulu  janda aku.umphh muda bergetah lagi, balik laa yang abang rindu.. oi, nah amek lah 200 hinggit hantaran, yg lain hutang ikut performance, aku bawak balik test power." Kepala otak ko!  Arsenal tak pernah suruh Fabregas yang keluar duit bayar sendiri, barca yang dah brainwash pujuk rayu Cesc tapi  dalam masa yang sama sengket takde duit, Cesc yang dah tergoda dek cinta sanggup berkorban apa sahaja macam dah kene santau angin terpaksa la keluar duit tabung Spuds ayam sendiri. Patut kat situ Cesc dah boleh tengok, siapa yang lebih memerlukan siapa. Kalau betul barcelona nak Cesc, jadi anak jantan bayar apa yang Arsenal letak harga atau berambus. kalau dengan player2 lain yang takde DNA depa boleh letak offer kaw2 sampai take it or leave it, tapi konon dengan player ada DNA ni mereka pikir mereka boleh buli kelab2 lain sesuka hati.


Samir pulak. Entah apa yang ada pada pikiran si samir ni. Duit ke bola ke ape ke. Kalau logik akal, antara dua kelab manchester kalau dia pergi sebab bola dia akan pilih United, tapi kalau sebab duit dia akan pilih City. Mungkin jugak ada cerita yang Wenger dah janji takkan memperkuatkan United tapi apa beza dengan memperkuatkan lawan seeprti City kedua2nya tidak memberi faedah pada Arsenal sebab itu kalau nak jual sepatutnya bukak tawaran bidaan terbuka jual jauh2 luar dari Britain lagi tak menyakitkan. Tapi Arsenal jugak harus salahkan diri sendiri macam mana pengurusan boleh biarkan pemain berkaliber seeperti Nasri boleh tergantung kontrak sampai masuk final year. Sepatutnya musim lepas lagi Arsenal dah ikat kontrak lanjutan. Wenger dah janji takkan membiarkan kes seperti Flamini berulang, ini kalau berlaku lebih besar dari Flamini , lagi besar nilainya, 20M paling kurang, sanggup ke fan nak tengok Wenger duk selalu merungut pasal player harga mahal tapi membiarkan seorang pemain yang dah tiada hati /kontrak rebel habiskan konrak dan pergi free2 saja musim depan. Masalahnya kita tak tahu apa sebenarnya yag ditunggu Nasri, cuma yang kita tahu dalam situasi macam ini dia tak sign kontrak 1) sebab gaji yang ditawarkan 2) sebab masih was2 dengan hala tuju kelab . Apapun jika seseorang pemain tidak puashati, percaya atau yakin dengan majikan ia bakal efektif pada mutu kerja. Segala 2 sebab itu menyimpulkan pemain tersebut tidak komited pada kelab. Oleh itu secara logik, adalah kurang cerdik menyimpan pemain yang tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya. Arsenal pernah hilang beberapa nama bintang, namun nama Arsenal masih tetap utuh. Lagi cepat perkara2 ini diselesaikan lagi bagus untuk semua parti. dengan itu Arsenal boleh move on looking "Forward",

Pandang ke depan.Iyelah, macam tak dapat Jagielka, target Cahill, Cahill mahal target Samba, Samba nafi sekarang move on pulak ke pemain Birmingham, Scott Dann. Pilihan yang ideal? Tak pasti tapi nampak lebih ada otak berbanding Silve-laci type.Hebat sangat ke, apa addition yang ditambah pada Arsenal adakah lebih baik dari Kos dan Johan? Melihat dari statistik musim lepas, pada ketika dia bermain musim lepas di awal2 musim bergandingan dengan Roger Johnson, Birmingham tengah flying high dari relegation zone dan bila terlepas aksi  sepanjang baki musim akibat kecederaan lutut, Brummies terus struggle dan tersungkur ke Championship. makanya ada logik di situ Dann seorang pemain yang boleh memberi impak jika tidak pun memberi saingan sihat antara Johan Kos Mael dan Laci. Berita melaporkan Arsenal tengah desperate nak kasi settle signing CB yang seorang ni dalam masa 24 jam. Sekarang Arsenal dah tawarkan 6M tapi Birmingham cuba mendapatkan 10M, mungkin 8M menjadi option yang win-win situation.Harap ada berita terbaru secepat mungkin.



Esok segalanya bermula di St james park...Adrenalin gua dah berkocak2!!

Agi idup agi MengGunners!


2 ulasan:

Razlan Ab Razak berkata...

thanks GNR for this entry

Nick Casper berkata...

thanx bro GnR!!!nice entri....