Rabu, 20 April 2011

Fear Factor

Perbezaan yang ketara antara beberapa era gemilang kebelakangan lalu dengan era batch generasi muda mudi sekarang adalah peralihan fear factor. Fear factor beralih arah dari pihak lawan kepada diri sendiri. Kalau dahulu , Arsenal score dulu memang terus mental down hancur punah harapan laaaa mental player lawan nak kejar game balik,semua dah angkat bendera putih "tolong lah jangan score lagi cepatlah habis" tapi sekarang ni apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau Arsenal score dulu, player kita yang tak pasal2 menggelabah panik tak tau macam mana nak protect defesit gol bagi pihak lawan pulak mereka bertambah yakin " oh arsenal dah score,cantek ah, diorang mesti kaget banget sih..bisa tabur beberapa bijik nih" ini kerana rekod sudah mencerminkan, bukan sekali dua perkara ini berlaku tapi dah banyak kali dan ini memberi fakta yang kukuh untuk pihak lawan percaya mereka mampu mencuri suatu dari Arsenal. Masalah ini diakui dan dikesali sendiri suara2 penting dalam bilik persalinan Fabregas tentang kekeringan winning mentality, dan RVP tentang kesilapan2 'jenayah' yang menghukum.

Jika pemain2 sudah tidak memberi najis atau tidak mau ambil pedulik tentang kejuaraan liga dan terus merasa simpati terhadap diri masing2 maka tak boleh nak buat apa. Tapi awal pagi nanti tolonglah..aku merayu, bukan sebab kejuaraan liga, bukan sebab nak menekan United tapi atas nama rivalry NLD, aku menuntut agar semua pemain yang diturunkan bermain dengan kesungguhan hati dan persembahan yang penuh berjiwa. Aku nak passion yang lebih berganda kerana tradisi NLD menuntut hanya satu kelab sahaja yang benar2 diangkat jaguh di utara kota London.Outcomenya hanya satu iaitu Arsenal.Jangan biarkan jiran berlagak bodoh sombong itu mula menumpang gah dan populariti. Letakkkan balik di mana kelab itu sepatutnya berada. Ini bukan tertumpu pada pertarungan Wilshere vs Bale saja, ia lbih besar dari itu.Awal musim, rekod kita hancur setelah mereka akhirnya berjaya memalukan kita di Emirates dan menconteng arang berpesta di perkarangan luar stadium umpama memenangi piala coca cola.Arsenal perlu menebus maruah. NLD sentiasa menjadi medan pertempuran terbaik.Walaupun para pemain kita mempunyai DNA dari akar berbeza dari Catalan ke Maghribi tapi malam ini mereka wajib membawa warna merah putih yang sama..


2 ulasan:

Filippo berkata...

pagi nanti mesti kuat pressure dari fan lawan, so mental player arsenal kene kuat..rilek & steady je..jgn gopoh

Fab bikin gempar

Belacan berkata...

spurs ayam jek..dun wory