Rabu, 9 Mac 2011

Post Match : Mimpi Eropah sampai di sini.


Aku pikirkan malam ini Barcelona sudah main bagus tapi rupa2nya mereka belum cukup bagus kerena terpaksa mendapat pertolongan pengadil yang entah siapa2 dan langsung tak konsisten. Bukan nak merungut atau apa tapi jika anda boleh melayangkan kad kuning sesuka hati atas satu sebab kesalahan minima yang boleh kaw tim-sepak bola lepas tiup wisel- yang under consideration, mengapa tidak ada kad kuning pada Abidal yang jelas mencekik RVP. Ini namanya ref tak pakai otak, takde common sense, takde pendirian, tak konsisten yang jelas hasilnya jelas mengacau game. Aku percaya kalau Collina masih ada dia hanya membulatkan mata dan memberi amaran. Walaubagaimanapun, kita terpaksa akur dan terima, jodoh kita dengan UCL hanya sampai di sini.

Pengadil adalah badut sepanjang malam,Van The Man :

 "I believe so. I think it had a big influence. It was a total joke, the sending off, because how can I hear his whistle with 95,000 people jumping up?It's just a joke. He's been bad all evening. He's been a joke all evening, whistling against us. I don't know why he's here tonight. I think it's a joke."


Tunggulah masanya esok lusa kerana RVP akan disiasat oleh UEFA dan penggantungannya bakal ditambah dibawa ke musim depan.Kita sudah sedia maklum tentang ini skrip lebih2 lagi anda membawa brand Arsenal.


Arsenal hadir ke Nou Camp dengan awal2 lagi Wenger berkata kita kena ada plan lain , satu yang disebutnya adalah bertahan. Kesebelasan memperlihatkan RVP dan Fabregas masuk straight walaupun baru lepas kecederaan Rosicky dan Diaby menggantikan Arshavin dan Song. Nampak kesebelasan yang bertahan? atas kertas bagi Wenger, tapi di atas padang bertahan memang bertahan, tapi sangat2 nampak goyah dan hanya menunggu masa bila2 sahaja Barca mampu mengoncangkan pertahanan.Kita bersusah payah bermatian sabar setiap kali possession berada di tangan mereka. Arsenal jelas di outplayed kerana setiap kali kita berjaya membuat interception atau break up play mereka tak sampai berap saat kita sudah kehilangan bola. Keluarnya Szczesny seawal  minit ke 16 seakan membawa petanda buruk Arsenal.

Kalau nak diceritakan separuh masa pertama semuanya bola berlegar di sebelah Arsenal, namun clear cut chance mereka berapa kerat la sangat. Pertahanan kita terutama Johan cermerlang membidas segala idea2 dari Xavi n co.Mereka kelihatan seperti Arsenal pada suatu ketika, Control ball tapi tak dapat apa2. Cuma Mereka mengoptimakan penggunaan full back mereka dalam Adriano dan Alvez jelas mengeksploitasi Sagna dan Clichy.Nasri terpaksa turun membuat segala kerja kotor. Rosicky tak terdaya. Diaby bukan Song.Sudah lah musim lepas kita menagih khidmatnya, kali ini ketiadaannya benar2 jelas membuatkan kita lebih merinduinya. Dengan tekanan dan bahang, Arsenal adakalanya cuba2 jugakla nak menyelinap masuk kubu mereka, tapi jelas sangkut.Hingga satu insiden di mana Wilsehere dijatuhkan dan terpaksa menerima rawatan, Primadona2 Barca terus cuba membuat provokasi dan menghasut pengadil bahawa ia satu dive. Aku rasa nak termuntah kerana berapa kali dibezakan mereka jatuh ditiup angin berbanding kita. Mascherano dan RVP saling berdebat suasana menjadi tegang pada ketika itu Abidal mencekik leher RVP.Teka? Panggilan untuk warning pun takdak! RVP yang masih baran , beberapa minit selepas itu terlibat sekali lagi dalam insiden menepis muka hodoh Alves. Itulah kad kuning pertamanya dan bolehlah masuk akal.

45 minit kita mengecewakan Barcelona dan mereka nampak frust tapi 5 minit masa tambahan kita tak mampu membendung apabila fokus tiba2 hilang. Fabregas apekejadahnya cuba bermain fancy di hadapan petak penalti ketika keadaan kelam kabut dikerumuni ramai pemain Barca.Backheelnya cuba mencari Wilshere tapi singgah ke Iniesta.Iniesta kepada Messi  dan gol.Arsenal sekali lagi dihukum oleh kesilapan2 yang tidak sepatutnya berlaku. Kita ke bilik persalinan dengan kekecewaan, mereka pula dengan keyakinan. Psikologi jelas di pihak mereka.

Separuh masa kedua Arsenal kini tahu kita tidak boleh terus main macam gitu. Giliran kita untuk mengejar game, susunan yang tadinya compact kini nampak terbuka.Barcelona memperlahankan tempo hanya menunggu untuk counter attack.Tak payah tunggu lama, minit ke 53 dapat corner , tak payah susah2 Sergio Biskut yang tolong score. Kedudukan 1-1 jelas Arsenal punyai kelebihan.Agregat masih mendahului, away gol pun dah dapat, Barca dah cuak kerana masa masih panjang dana kalau kita score sebijik lai dah boleh menyusahkan keadaan.Ketika itu ia bakal menyaksikan pertembungan sebenar 2 wajah  dan menguji karektar pasukan masing2 tapi sayang pengadil tak cukup sifat ini telah menghancurkan segala-galanya.RVP diperangkap offside yang sipi2 wisel dibunyikan, hanya dalam temppoh satu saat, RVP yang dalam situasi on the run menyepak bola tapi tersasar. Barulah kita tahu bukan semua pengadil  paham istilah inersia dan common sense. Sekolah ayam.

Bermula saat itu Arsenal telah dirompak , mental dan fizikal. Menhgarapkan 10 orang untuk berhadapan  pasukan selaju tempo Barca yang tengah desperate adalah permintaan yang tinggi. Ketika 10 orang dan kedudukan 1-1 yang berkelebihan kepada kita, secara peribadi aku merasakan Wenger sepatutnya memilih option untuk membawa masuk Eboue bagi menyimbangkan pertahanan dan serangan.Dia boleh kasi tambah steady defend kita dalam masa yang sama pace dan directness dia boleh membantu dalam counter attack walau tak selaju Theo. Tapi nampaknya Wenger lebih percayakan mitos fizikal Diaby yang terang2 bukan 100% Diaby berada di atas padang itu.Begitu juga jasad Rosicky. Ketika Barcelona serang bertalu2 guna Messi dan Xavi, Almunia sempatlah 2 3 kali menyelamatkan keadaan. Tapi tak lama sebelum Xavi jumpa lubang di celah2 defend kita mengikat agregat.Tak sempat Arsenal nak bernafas dan regroup balik Barca apat penalti yang disudahkan Messi, menyudahkan nasib Arsenal.

Barca memperlahankan tempo tapi masih dalam penguasaan, tiada orang yang boleh menaikkan semula mood pasukan, tiada leader yang boleh dipandang. Sampai tahap Fabregas terpaksa dikeluarkan dan lilitan armband diserahkan tidak lain tidak bukan, kepada Diaby.Arshavin dan Bendi dimasukkan namun tak boleh nak buat apa, kurang support mati akal.Hanya di minit2 akhir harapan seakan2 hampir menjelma.Wilshere melorongkan bola buat Bendi berjaya meloloskan diri tapi mascherano datang dari belakang. Kalaulah dia tidak teragak2 untuk terus placing jek bola tu, mau jadi rumah mayat nou camp masa tu sunyi sepi. Kalau la, semua boleh kalau kalau.Tamat perlawanan, Arsenal tersingkir, tersingkirnya kita di pusingan kedua kepada satu pasukan yang memang calon dan lebih baik dari kita malam ini. Sedikit twist nasib, sudah mengubah emosi kita. Well done kepada para pemain yang berjuang.

Arsenal tidak boleh pikir ke belakang lagi.Kerana di hadapan kita , United menunggu hujung minggu ini bagi saingan piala FA. Sudah aku katakan worst case scenario boleh berlaku, sediakan mental kita ketika pemain lagilah bermati matian menguatkan psikologi, mereka memerlukan semangat dari siapa lagi kalau bukan dari para penyokong sendiri.Arsenal kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada liga kerana ikut kepala Wenger dia memang lebih mengutamakannya. FA Cup mungkin hanya satu bonus,tapi bermati-matianlah kita melepasi halangan United minggu ini, maka bonus itu  boleh jadi desperate untuk dimiliki, siapa tahu.

Kita mungkin tersungkur 2 kali berturut2 di Nou Camp dalam saingan Eropah. Tapi kali ini, keluarnya kita secara lebih bermaruah. Mimpi Eropah kita musim ini mungkin berakhir namun masih ada baki impian musim ini mampu direalisasikan.

Agi idup agi mengGunners!!


2 ulasan:

mr. salleh nasri berkata...

aku setuju dengan pendapat ko bro.. memang nyampah giler. setiap kali Arsenal ada pelauang untuk mencipta kejutan, ketika itu jugalah perkara pelik berlaku. yang paling jelas dengan pengadilan yang haram kejadah. pengadil sudah terang lagi bersuluh sport light memihak kepada barsial.. itulah yang heran, albidal selambe je tak kene ape2 lpas cekik RVP.. wilshere kne terjah pn x dpat protection.. ntah la.. tapi kalah pun bermaruah.. Malu btol Barsial terdesak nak menang smpai berlakon untuk dpatkan penalti

Tanpa Nama berkata...

yup..dalam byk3 blog arsenal aku sokong ulasan ko... player ke 12 barca (reff) yg beri kemenangan.. beliau mmg x pro.. ptut disiasat... player barca terselamat dgn tndakan mereka.. abidal cekik rvp... messi 2x offside 2x shoot but nothing he got.. n many more... sendiri boleh tgk