Selasa, 1 Februari 2011

Sekitar Tingkap yang Gila



Mesyuarat tingkap tertutup rapat dengan ada yang tersepit, ada yang tersadung, ada yang tersidai tapi seperti biasa Arsenal relax cool jek duduk diam2 di alam tingkap. Sepertimana kita ketahui BOD dan keyakinan tinggi Wenger menghormati prinsip yang telah dibinanya sendiri maka Arsenal tidak melakukan sebarang major signing dengan hanya membawa masuk beberapa bakat muda dan memberi pinjam juga beberapa bakat muda. Kita lebih dilihat sebagai ah long ang sopan santun dalam suasana perpindahan. Ada pro dan kontranya.

Yang kontra tentulah Bagaimana kita mengharap2 merayu2 meminta CB tetapi tak kesampaian. Ini maknanya kita gamble dengan CB2 yang sedia ada dengan harapan Mael dapat pulih secepat mungkin dan tak ada kecederaan kepada 3 lagi yang secara fizikal dan history mereka bila2 boleh dilanda musibah. Ini satu risiko yang diambil dengan cukup berani oleh Wenger walaupun mengetahui seorang backup CB berpengalaman mungkin boleh menjadi garis pemisah antara satu trofi di Arsenal hujung May nanti.Dengan Kyle Bartley promising defender sudah dipinjamkan ke Rangers, ini bermakna kita makin kekurangan supplier di kubu. TapiWenger tak menafikan jika krisi kecederaan melanda dengan dasyat! dia mungkin terpaksa memanggil pulang beberapa nama yang dipinjamkan dengan option lebih menjadi tumpuan adalah di bahagian tengah.

Tapi bila dilihat kembali dan berpikir balik, ada baiknya( sedapkan hati) Arsenal tidak campur tangan dalam urusa perpindahan January di mana segalanya menjadi gila sekelip mata. Gila bayang, harga gila, fan seronok gila, fan marah gila, toke2 kelab yang gila, semuanya ada. Pemain2 profesional yang duduk dalam industri ni pun menzahirkan perasaan terkejut dengan harga melambung ombak  antaranya seperti Cesc fabregas , Rio dan RVP yang masing2 popular di kalangan follower twitter mereka. Memang kalau dilihat transfer kali ini Arsenal dilihat tak mampu atau pun tak perlu bersaing. Berpatutan? berbaloi? judge di hujung musim, beri mereka masa. Fair? aku rasa Arsenal setakat ini menjalankan tugas yang cukup selamat play safe apabila tiap kali muncul musim perpindahan. Tolak ketepei Manchester City yang memang di luar jangkauan saingan kita dari segi ekonomi, tapi lihat pada headline2 transfer deadline yang menjadi tumpuan, termasuk valuation Darren Bent. kemudian bandingkan dengan cara kerja Arsenal. Mungkin kita akan terfikir ada rasional kita tak melibatkan diri secara semberono. Ini adalah anggaran kasar bandingan transfer Arsenal dengan beberapa transfer yang dilakukan oleh sesebuah kelab hanya dalam masa beberapa jam.Ini aku rembat dari satu forum, kalau tersalah nilai pemain Arsenal- sebab kita pun tak tahu berapa sebenarna harga mereka yang dirahsiakan, harap dimaafkan.

 Arsenals First Team
Szcezney- Free
Clichy- Free
Koscielny- £6m
Vermaelen- £8m
Sagna- £8m
__
Song- £1m
Cesc- Free (disputed)
Nasri- £12m
__
Walcott- £9m
RvP- £3.5m
Arshavin £14m
_______________
£61.5 Million (+ Wilshire, Fabianski, Chamakh, Djourou, Bendtner, Ramsey for under £8.5m)

________________
Liverpools ALLEDGED Deadline Day signings
Luis Suarez- £22.5m (confirmed)
Andy Carroll- £35m
_________________
£57.5 million

______________
Chelsea's ALLEDGED Deadline Day signings
Fernando Torres- £50m
Luiz £20m
_______________
£70million



Gila bukan?! Jadi apa yang dapat dirumuskan disini adalah, value pasaran semakin tinggi kadang kala tak tercapai akalmu tapi melihat Arsenal masih stabil dengan resource yang dijanakan sendiri kita paling kurang, boleh menarik nafas lega dan sedikit bangga melihat kedudukan kita sekarang ini. Tadi sudah saja kasi nak sedap hati , tapi kali ini betul, ini memang realiti.Walaupun terkilan kerana Wenger selalu bermain dengan perasaan kita memperjudikan nasib Arsenal dengan gamble2 berani matinya, kita masih sentiasa berdiri di belakang kelab ini dan kejayaan akan menjadi lebih bermakna sekiranya kita melakukan dengan class dan prinsip tersendiri. Kestabilan Arsenal bukan sahaja mendapat pujian UEFA yang berhasrat mengeluarkan garis panduan perbelanjaan , malah sebenarnya kita dicemburui dan menjadi contoh di belakang tabir oleh para admin dan pengurusan kelab2 lain. Ada kelab yang sudah mula sedar akan kepentingan ini berhasrat mengubah gaya hidup mereka untuk kepentingan jangka masa panjang. Ada juga kelab yang dulunya aktif dalam transfer market kini kelihatan kurang aktif ,mempraktikkan modus operandi Arsenal dan perlahan2 memberi peluang kepada bakat2 muda cuma lainnya mereka berbuat begitu sambil mengekalkan pemain2 senior demi kestabilan dan pewarisan tradisi. Namun seperti Arsenal mereka senang dengan cara begitu dan masih berjaya oleh itu mereka kata 'why not'. Kita mungkin tak ada modal untuk melabur, tapi kita harus berbangga menjadi modal insan. hehehehe...

Pre match Arsenal vs Everton menyusul..lewat..huhu


3 ulasan:

Triplei berkata...

semua formula diatas boleh di pakai klu akhir musim ni arsenal menang cup. Klu x menang jgk, wenger akan guna alasan yg sama di atas untuk pertahan kan ape yg dibuat. Fan arsenal akan di ejek semusim lagi...

Sofea berkata...

relaks bro, its just calculation,

adat menang kalah tu biasa, walaupun dah tak menang cup untuk beberapa tahun tapi arsenal still maintain untuk champions league.

sekarang carling cup dah masuk final, fa cup dan champions league ada lagi, liga pun masih boleh kejar lagi.

harap player jangan injured.

Nadira R berkata...

Quote:"kita masih sentiasa berdiri di belakang kelab ini dan kejayaan akan menjadi lebih bermakna sekiranya kita melakukan dengan class dan prinsip tersendiri."

EXACTLY..

sepatutnya semua fan Arsenal kena berfikir macam ni..