Biarlah gugur biarlah gugur bertumpah darah. Biar berlengkar biar berlengkar di medan perang. Janganlah undur janganlah undur menyerah kalah. Pantang pendekar pantang pendekar di tengah gelanggang...
Itu dia pinjaman bait2 dari Sekapur sirih seulas pinang, warisan tradisi zaman berzaman.Sedang berada di dalam mood perjuangan, peperangan. Tak sabar rasanya nak bertempur dengan pihak Catalan. Di atas kertas mereka mungkin pilihan. Tapi pantang kita mudah memberi laluan tanpa semangat melawan.
'Kalahkan Barca, kita akan jadi pilihan'- Itu kata Le Prof jika dapat menumbangkan gergasi eropah yang tengah gah dalam saingan domestik dan pentas Eropah. Walaupun hampir dikejutkan oleh Gijon, mereka masih mampu bernafas. Arsenal dan Barcelona, dari segi corak permainan, penggunaan bakat muda, dan kejayaan akedemi, kedua2nya mempunyai sedikit sebanyak persamaan. Tapi bila ditanya tentang kejayaan kebelakangan ini, Barca lebih mendahului membuatkan orang sekeliling hanya memperlekehkan Arsenal sebagai carbon copy Barcelona yang gagal, lightweight dan hanya gah pada gaya. Biarkan apa yang orang kata , kerana ada benarnya dari sudut kegagahan dan kemegahan, kita mungkin hanya ada flair tetapi tiada solidity tapi tak ada pasukan yang tidak boleh ditumpaskan. Walaupun dalam rekod 5 perlawanan sebelum ini Arsenal hanya mampu seri 2 kali dan bakinya tewas, kita harus memberi kepercayaan bahawa hari2 untuk menang tidak jauh lagi sekiranya kita beraksi pada tahap yang terbaik dan Barca tiba2 mendapat hari malang di pejabat. Sedikit bantuan nasib dan sorakan padu penyokong tuan rumah mungkin boleh mengubah hala tuju tie kali ini. Itulah pentingnya Arsenal perlu mengambil kesempatan untuk membawa bekalan ke Nou Camp 2 minggu selepas itu. 2 leg yang sukar, segalanya mampu jika bernafsu.
Tak dapat dipisahkan Messi dengan Barcelona. Tapi tumpuan tidak seharusnya diletakkan pada orang perseorangan terutama kepada pemenang Ballon D'Or kerana mereka masih ada naib juara dan tempat ketiga! Messi adalah Yoda dari planet lain, jadi kita perlukan mat bulu Chewbaca dalam diri Song untuk mengekang makhluk tambatan Barca.Tanpa Zlatan dan Henry, Pedro semakin menyengat membina kerjaya ditambah dengan kedatangan David Villa. Iniesta Xavi dan Busquets trio juara dunia adalah menjadi tunggak tengah mereka. Gila bukan?! melihat kepada line up memang tinggi bebenor gunung yang terpaksa didaki Arsenal. Trio tersebut akal dihadapi oleh Fabregas Wilshere dan Song.Jangan bohonglah, kalau main game console pun, trio sebelum tu punya default skill diorang lagi tinggi.Itulah sebab Arsenal kena bijak, play smart. Kita terkenal dengan taktik menyerang, sama seperti mereka tapi efektif adalah satu tanda soal besar yang menjadi persoalan berbeza dengan barisan hadapan mereka.
Jadi, kita perlu mengambil pendekatan berlainan di sini, tiada guna api melawan api kerana mereka kalau lawan Arsenal terutama Wenger ball, umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Itu kata Xavi selepas match tahun lepas-seronok lawan Arsenal.Sebab apa, sebab jika Arsenal bermain seperti sediakala free flowing football attacking mentality, Barcelona adalah pasukan paling pakar dalam menghukum ruang2 kosong yang ditinggalkan. Sejarah tertulis, 20 minit pertama 1st leg lepas menjadi bukti, oleh itu jadi jika kita tak mampu, sabar dan jangan terburu2. Kesabaran dalam penguasaan bola adalah kunci. Possession, control bola, passing la kemana2 tak kira kiri kanan belakang kasi diorang frustrated asalkan jangan buang bola. Negatif ? bukan suruh meletakkan 10 orang di belakang bola seperti Gijon dan Inter sepertimana mereka pernah buat bertemu Barca( namun berhasil), yang kita inginkan adalah taktikal terbaik. Kita perlu ingat kita bermain dalam cup tie di mana away goal jugak menjadi pertaruhan penting jadi adalah sangat2 mustahak Arsenal tak boleh semberono melepaskan gol2 bodoh di Emirates semata2 terlalu ghairah untuk tonjolkan siapa hebat. Ini bukan lagi siapa hebat, ketika ini siapa lebih bijak.Compact kan barisan midfield matikan akal mereka, Arsenal boleh mencilok sesuatu esok! Yang menariknya di sini adalah kehadiran RVP. Mat Belanda ni lah yang paling penting sekarang ini dengan form yang tengah meletup dia memberi dimensi serangan yang berlainan. Selain teknikal yang baik,sharpness, dia boleh link up play barisan atas dengan tengah dengan kemas. Kadang2 dia rajin muncul dari deep position kutip bola, build up play kita perlu lebih berdisiplin.Dia masih belum berkesempatan bertemu dengan Barcelona, inilah peluangnya untuk buktikan apa sebenarnya yang kita hilang tahun2 sudah.
Barisan tengah perlu support. Fabregas perlu memainkan peranan disini,Takde masa nak homesick2. Memang dia lead by example, tapi kita mahukan lebih lagi darinya pada ketika genting macam gini.Kalau player2 tengah down, siapa yang diorang nak tengok kalau bukan kapten. Ia adalah pertemuan yang special setiap kali Cesc bertemu Barcelona kerana konon DNA nya, ia sebenarnya lebih istimewa jika hati dan jiwa Arsenalism ditransferkan atas padang menutup mulut pihak2 yang tak habis2 mengadu domba.Seorang lagi pulak, Wilshere suruh kita lebih keras dalam segmen terjah menerjah. Aku suka semangat besar pemain kecik ni. Dia mungkin nak main 'ganas', tapi dalam masa yang sama abang2 kena protect dan tunjukkan disiplin. Dalam perlawanan getir macam ini calmness penting, kita tak perlukan kepala angin ala Diaby lagi.Oh ya dia injured-tak tahu betul2 injured atau hukuman, (ini spekulasi aku). Song selain protect back 4 kena matikan game play Barcelona. Itulah sebab penting dan tak mengapa kalau kita membuat longgokan di tengah kerana passer2 kita dalam Fabregas dan Wilshere mampu menyeludup mencari sehingga ke ruang2 seni.
Nasri di bangku simpanan adalah satu langkah bijak.Tak perlu tergesa2 mencampakkannya beraksi untuk hanya melihat dia injured kembali.Biar dia baca game dari tepi sebelum masuk untuk mencipta sesuatu kalau keadaan memerlukan.Buat masa ini Arshavin dah semakin kembali nampak erti hidup. Sejak dua menjak selepas direhatkan di bangku simpanan di belakang Walcott Arshavin mungkin sudah sedar agar tidak boleh ambil mudah. Kita dapat lihat kesungguhannya untuk track back. Mungkin kita akan lihat Arshavin struggle untuk menandingi Dani Alves tapi kalau kena timing, mat russian ni mungkin boleh mengeksploitasi ruang2 yang ditinggalkan oleh Alves yang asyik dok overlap. Di seberang sana pulak lain pulak kesnya. Maxwell mesti teringat2 penangan Walcott yang tak mampu dihandle nya. Pertarungan Maxwel l vs Walcott mungkin berulang kembali kerana Abidal bakal diserapkan ke CB menggantikan Tarzan yang tidak turut serta. Guardiola seriau benor dengan kepantasan Walcott. Kemasukannya musim lepas benar2 mengubah game.Kini dia perlu mencorakkan dari permulaan.
Barisan pertahanan Arsenal kena up to standard.Tugas mereka berat, jangan bagi away goal pada Barca. lagi berat menangani Messi dan Villa tapi sekurang2nya kali ini dilihat tiada lagi faktor fizikal, Pedro mungkin tengah naik tapi dia bukan sebesar Zlatan. Eboue telah mendapat restu 200% Sagna yang digantung perlawanan akibat kad kuning maksimum pada 'Party'zan terakhir peringkat kumpulan.Gandingan Kos dan Johan adalah gandingan yang betul2 segar dan baru bertemu Barca. Mereka telah membina persefahaman dan option pairing paling terbaik setakat ini , nampak promising sementara menunggu Mael kerbau kembali beraksi. Target asal Mael pulang pada pertarungan ini, tapi apakan daya kita dinasihatkan bersabar lagi.Clichy harus menyaipakan diri mental dan fizikal fokus perlu tak boleh lah masa2 ni nak tergelincir, nak hilang bola, crossing ke laut, Ini kesempatannya membuktikan pada Blanc tiba masanya untuk menggantikan Abidal. Szczesny, aku tak tau nak cakap macam mana tapi langkahnya memang langkah kanan. Debut liga di Old Trafford, ambil sarung tangan utama ketika Fabianski tengah form dan siapa sangka dari no 3 dia kini berpeluang menghampakan Barcelona.Pengalaman bakal menjadi penentu, tapi dia perlukan lebih , dia memang sangat2 pelukan kesempatan ini bagi membina keyakinan. Messi berjaya dikunci di Emirates musim lepas, mukanya ketika dikeluarkan betul2 memang hampa, aku rindukan muka tersebut dan teringin untuk melihat memek muka itu sekali lagi esok!
--------------------Szczesny--------------------
Eboue---------Johan------Kos----------Clichy
-------------------Song------------------------
-----------Fab-----------Jack------------------
------Walcott-----RVP-----------Arshavin---
Melihat barisan bangku simpanan kita pun boleh tahan kuat.Kita ada supplier Nasri, Bendi, Rosicky juga telah kembali, Gibbs, Chamakh. Tak ada sebab untuk kita menyerah kalah begitu awal. Yakin, pasti mampu.Pada aku secara peribadi, bertemu pasukan seperti Barcelona,bukan keputusan yang menjadi ukuran utama. Apapun keputusan, aku inginkan semangat melawan ,semangat berjuang ditonjolkan. Tiada gunung terlalu tinggi tiada puncak yang tidak boleh didaki. Tapi kalau awal2 lagi si pendaki dah duduk lepak minum kopi dengan sherpa suruh member2 naik dulu mengharapkan helikopter datang kutip, tiada makna. Kita mungkin selalu dianggap sebagai copycat setiapkali style of football kita dibandingkan dengan number of success mereka, kita mungkin sering dikatakan disekolahkan Barcelona, mereka mungkin sering cuba meminang pemain2 kita, tapi ingat kita mempunyai class tersendiri maka perlu Arsenal menjaga maruah dentuman meriamnya. ESPN 812 3:45 AM. Arsenal 2 Barca - 0
Agi idup agi mengGunners!
0 ulasan:
Catat Ulasan