Ahad, 27 Februari 2011

Pre Match : Carling Cup Final 2011


Kunjungan bersejarah aku ke kedua2 kota London dan Birmingham November lalu menyaksikan Arsenal dan Birmingham masing2 akhirnya menjejakkan kaki ke Wembley berentap dalam aksi final Carling Cup.Adakah itu yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki? Pertemuan ini cukup unik dan istimewa , selain berpeluang menamatkan badi 6 tahun Arsenal dan 48 tahun Brummies, ia mempunyai nilai2 estetika secara peribadi bagiku. Arsenal dan Birmingham hana pernah bertemu sekali dalam Carling Cup itupun pada ketika awal2 kemunculan Wenger di Arsenal pada 1997, kita menewaskan mereka 4-1. Bagi Birmingham, ini peluang  mereka untuk menjulang trofi kedua mereka sepanjang 136 tahun pembabitan, trofi sulung mereka adalah trofi yang sama padatahun 1964 tapi dijulang dengan cukup stylo apabila menundukkan rival mereka sendiri Aston Villa.

Itu semua adalah sejarah yang hanya mampu dikenang. Apa yang lebih penting adalah pertarungan di atas padang sebaik tiupan wisel pembukaan.Kemenangan ini ternyata begitu penting terutama buat Arsene Wenger dan generasi pemain batch ini. Tak perlu diungkapkan lagi tragedi2 dalam tempoh 6 tahun yang lalu di mana kita semakin hampir, semakin jauh. Itu yang boleh disimpulkan tentang nasib Arsenal. Kita ada peluang untuk mengurangkan tekanan, begitu juga dengan Wenger sendiri. Dia tidak pernah memenangi piala ini, kalau musim2 lepas kebelakangan ini dia dilihat mengambil mudah dengan menurunkan barisan2 pemain muda tapi pendekatan untuk musim ini agak berbeza , dan ada yang kata agak radikal. Dari WHL, St James Park, Emirates, Ipswich sebelum hadir ke Wembley, rata2 pemain yang diturunkan adalah dibarisi skuad2 utama. Wenger mula sedar akan kepentingan pemain2 ini perlu menang sesuatu, menang sesuatu itu satu hal, tapi yang lebih pentig adalah menang bersama.Ya mereka membersar bersama, dididik bersama tapi sayang tidak pernah mencapai kejayaan bersama. Skuad ini jugak adalah hasil eksperimennya sendiri, hasil tatangan bagai minyak yang penuh, dibelai2 dimanja2 yang banyak jatuh bangun dan memainkan emosi Le Prof sendiri. Dia cukup kenal dengan skuad yang dibinanya sendiri, batch ini ternyata memerlukan suatu anjakan paradigma bagi memancarkan keyakinan untuk pergi lebih jauh.Itulah sebabnya Carling Cup menjadi medan yang sesuai. Ditambah pula, rata2 pemain batch ini mendapat debut melalui medan Carling Cup. Wenger pernah menyusun kepentingan piala dengan keutamaan diletakkan kepada kejuaraan liga, UCL, kemudian FA Cup dan barulah Carling Cup.Jadi, start back from level 1. Pemain2 ini perlu mendapat pengalaman mentaliti juara, barulah mereka boleh membina momentum dari situ.

Tapi adakah Wenger akan berpuas hati sekalipun kita berjaya memenangi perlawanan malam ini.Tentu sekali tidak, esok latihan seperti biasa diadakan bagi tumpuan terhadap Orient. Ini bermakna apa jua terjadi, hidup mesti diteruskan. Setiap game adalah penting , menang adalah target utama.Buat masa ini, kemenganan ke atas Birmingham adalah fokus utama. Bagaimanakah rancangannya setelah Arsenal kehilangan 2 tonggak penting seperti Fabregas dan Walcott. Wenger membayangkan kemungkinan Wilshere akan menjadi medium perantara bawah dan atas. Lihat betapa tinggi kepercayaan yang diletakkan ke atas bahu pemain muda baru berusia 19 tahun. Wilshere melaungkan semangat 'menang untuk Cesc' menunjukkan penghormatan dan hubungan akrab antra rakan sepasukan.Wilshere akan mengajar Lee Bowyer dan Barry Ferguson bagaiamana sepetutnya orang Britain bermain bola.


Arsenal mendapat khabar berita yang baik dengan kepulangan RVP, Koscielny dan Diaby. RVP akan mengemudi barisan serangan Arsenal diapit oleh Nasri dan kemungkinan besar Andrei Arshavin. Trio ini akan membuatkan Stephen Carr dan rakan2 tidak senang duduk.Brummies diperkuatkan dengan hero carling Cup 2010 Ben Foster tapi Arsenal seboleh2nya mahu mengelakkan perlawanan berlanjutan sehingga ke sepakan penalti. Diaby yang baru sudah menjalani penggantungan tetapi juga baru pulih dari kecederaan perlu bersaing dengan Rosicky untuk mengisi baki slot 3 midfield yang telah disahkan oleh Song dan Wilshere. TR7 mungkin akan mendapat peluang jika Wenger memikirkan risiko meletakkan Diaby yang baru pulih dari kecederaan. Ini peluang untuk Rosicky mendapatkan pingat pertamanya setelah 5 tahun di Arsenal, hadir dengan reputasi bintang World Cup dan nama besar tetapi sayang perjalanan carieernya dicacatkan dengan himpunan kecederaan. Rakan akrabnya suatu ketika dulu kini bermain dengan rival malam ini, Hleb belum mampu disahkan penyertaannya akibat kecederaan dalam saingan FA Cup minggu lalu. Full back utama akan beraksi, Sagna dan Clichy. Gandingan CB berbesar hati degang kepulangan Koscielny yang bakal bergandingan dengan Johan. Ketinggian Johan dilihat sebagai kunci bagi mengunci kuasa fizikal Zigic manakala ainterception Kos adalah penting bagi mengekang Obafemi Martins. Di bangku simpanan , kita ada option alternatif dan nampak boleh diharap seperti Bendi , Chamakh, Diaby, Gibbs, Eboue, Denilson/laci dan Almunia.

-----------------Szczesny--------------------
Sagna-------Johan-----Kos----------Clichy
-----------------Song----------------------
---------Rosicky------Jack----------------
---Nasri-------RVP-------Arshavin--------

Ini antara pengalaman Wembley yang pertama buat kebanyakan pemain.Di pentas final pasti bahang dan tekanannya berbeza. Apa yang diharap agar mereka tidak gugup, tidak gopoh dan bermain seperti biasa.Ini boleh dijadikan medan ujian seandainya nanti, kita ingin kembali 2 kali lagi ke Wembley musim ini.Gua dah kemaruk nak tengok kapten Arsenal julang piala, (selain Emirates Cup), harap malam ni RVP dan Fabregas boleh tunaikan hajat atas podium.COYG!!!!

Astro Super Sport 3, 12:00 am. Arsenal 3 - Birmingham City 1


0 ulasan: