Khamis, 17 Februari 2011

Post Match : Satu lagi bahan Inspirasi

Sebaik gol Andrei mengegar jaring, adrenalin aku memuncak, jeritan memecah hening pagi. Jiwaku tahu inilah Arsenal yang sebenar, Arsenal yang cukup istimewa.Kemenangan pertama ke atas Barcelona. Dan ia dilakukan dengan bergaya- kesungguhan, kehendak dan kesabaran.


Untuk mengtasi pasukan seperti Barcelona, anda perlu memastikan aksi terbaik dari setiap bahagian, semua department memainkan peranan masing2 dari manager sehingga ke pemain dan disiplin yang tinggi. Malam ini, Arsenal memenuhi kriteria tersebut dengan class tersendiri, memuncak pada masa yang tepat, ikut flow momentum dan sentuhan  penyudah teknikal dua pemain berbakat dalam RVP dan Arshavin. Ia adalah satu pertempuran yang seimbang ,Barcelona jelas mendominasi babak pertama dan mendahului, tapi Arsenal berjaya menukarkan gol David Villa yang dilihat bagai gol kemenangan hanya menjadi away gol yang mungkin penting,atau juga mungkin hanya sekadar saguh hati apabila kedua2 pasukan bertembung kembali di Nou Camp nanti.Doakan yang kedua.

Wenger menurunkan barisan terbaik yang mampu diturunkan termasuk menyenaraikan Samir Nasri yang baru sahaja bebas dari kecederaan hamstring. Positifnya, dia berjaya menghabiskan 90 minit. Andrei Arshavin dikorbankan buat seketika-percaturan ini terbayar.  Seaik sepak mula dari Barcelona, mereka tak menunggu lama untuk menunjukkan siapa raja passing.Posession mereka jelas mendahului Arsenal membuatkan para pemain kaget seketika tidak biasa dalam senario kejar mengejar bayang sendiri. Tapi itulah persiapan yang awal2 lagi patut membuatkan mereka bersedia. Ini menjadikan kesabaran ketika berada off the ball sebagai kunci untuk terus yakin bahawa Barcelona tak mungkin boleh kekalkan momentum sebegitu sepanjang perlawanan, mereka akan switch off satu masa nanti dan di situ peluang untuk kita bertindak balas. 

Berbalik pada permulaan tadi, ketika situasi terkejar2 ia mengundang terjahan.Maka kad kuning awal Song adalah suatu yang agak berat kerana Song kelihatan selepas itu betul2 berhati2 dan segan menghulur kaki. Namun keputusan berat dari pengadil itu kalau dilhat dari satu perspektif lain adalah satu blessing in disguise bagi Arsenal.Nanti aku cerita mengapa. Walaupun jarang mendapat bola tapi kemampuan untuk mencipta gerakan tak terbantut. Theo Walcott menggunakan kesempatannya untuk memancing defend sebelum menghantar kepada Fabregas yang membuat satu lob cantik punya singgah di kaki RVP.Sayang volley nya berjaya ditampan oleh Valdes. Ini membuatkan game yang pada mulanya hanya berlegar2 di tengah padang mula hidup. Tak boleh tahan, Barcelona membalas dengan reaksi pantas.Lorongan Iniesta di celah2 high line defense dapat kepada Messi yang menunggu Szczesny untuk merebahkan badan dengan lebih awal, kedigilan penjaga gol muda yang membuat kemunculan sulung dalam Champions League ini membuatkan Messi terpaksa delay sepakannya sebelum hampa melihat penyudahnya wide di sebelah kanan. Kemudian giliran Arsenal pulak, lorongan Walcott ke sebelah kanan membuatkan fabregas terpaksa full stretch sebelum sempat cross tapi Abidal menjadi penghalang kepada RVP.



Hampir masuk setengah jam, gol yang ditunggu2 bagi memperluaskan game akhirnya muncul.Sudah aku katakan sebelum ini, fokus adalah penting lebih2 lagi kalau main high line defending macam gini. Clichy nampak agak terpinga2 dan tak aware akan posisinya, memandang ke arah lines man sebelum melihat Villa lolos begitu sahaja. Arsenal terhukum. Wenger terpaku, Emirates terkesima tetapi tidak undur.  RVP berpeluang menyamakan kedudukan seawal mungkin tapi sepakannya tersasar di sebelah kiri. Pada ketika itu persoalan timbul adakah dia mampu menjadi big game player, teringat seketika akan world cup final ketika harapan terletak di bahunya, adakah malam ini bukan malamnya, itu adalah naluri2 negatif yang timbul. Tamat separuh masa pertama, Arsenal rasa masih ada sinar, melihat kepada ruang2 yang berjaya dieksploitasi, dan gerakan yang dicipta, keyakinan wujud bahawa satu gol mampu mengubah dan menggertak Barcelona. Itu adalah misi besar di separuh masa kedua.

Arsenal tak menuggu lama untuk berubah karektar, Yang menariknya, ia betul2 tersusun cantik flow mereka. Bermula dengan perlahan dan memuncak di penghujung. Jack Wilshere menguji Valdes mengisyaratkan amaran, Arsenal belum menyerahkan diri. Walaubagaimanapun task lebih besar buat Arsenal kerana ketika nafsu menyerang bergelora, semua pemain harus berdisplin dalam memastikan Arsenal tidak bocor lagi. Kita harus bertahan bagai satu unit. Pada ketika itu aku merasakan Song terpaksa dikorbankan kerana kita taknak menyusahkan diri dengan 10 orang pemain. Aku ragu2 jika Wenger memilih option yang selalu dibuatnya, menggantikan Song dengan Denilson bermakna hanya perubahan entiti tanpa perubahan posisi. Tapi macam aku katakan awal tadi, kad kuning Song ada hikmah, ditambah lagi Arsenal sedang ketinggalan dengan gol Villa tadi, Wenger memberanikan diri membuat taktikal lain menggantikan Song dengan Arshavin. Penggerak kepada taktikal ini dibantu dengan keyakinan terhadap Captain Jack yang bermain dengan cukup superb malam ini. Tackle, rampas bola, distribution semua up. Satu frasa yang syok tadia dalah "a boy who plays like a man" sudah cukup menyimpulkan segalanya tentang persembahan Wilshere.

Kemasukan Arshavin bermakna Arsenal mengubah dimensi serangan  dengan Fabregas dan Wilshere berada lebih deep. Begitu jugak Bendi yang menggantikan Walcott, Arsenal tak putus2 pressing sambil bahagian tengah dikawal kemas oleh Fabregas dan Wilshere.Dalam masa yang sama Koscielny dan Johan keras dan fokus di kubu.Uusaha bertalu2 akhirnya membuahkan hasil. Pemain yang aku kondem dan kritik pada mulanya Clichy mendapat hantaran di sebelah kiri dari Arshavin kemudian membuat satu simple pass kepada RVP yang bebas dari offside.Dari sudut yang sukar tapi tak mustahil, RVP menunjukkan mengapa dia adalah pemain yang istimewa. Valdes hanya mampu terpaku. 

Gol tersebut membakar semangat Arsenalism . Datang tepat pada masanya, Kegugupan terserlah di setiap wajah sang Catalan,Mereka struggle menembusi rangkaian pemain kita. Dalam keadaan pergelutan di tengah2 Gandingan Fabregas dan Wilshere sempat melorongkan bola terus ke Nasri di sebelah wide kanan. Tidak sempat nak setle semua, dia sempat mendongak melihat option. RVP di hujung kiri namun dilorong ke tengah tiada orang lain yang hadir selain dari si pendek Arshavin.Gol yang memanjangkan cerita dan ceria perlawnaan ini buat semua warga Arsenal.



Keseluruhannya, aku berasa cukup puas dan bangga dengan kemenangan ini.Kita telah buktikan pada hari terbaik,kita mampu jadi yang terbaik. Nou Camp mungkin kebal bagi mreka.Tapi kalau mereka mahu berlagak umpama matador, Arsenal  bersedia mempersiapsediakan diri dengan semangat red bull! Gasak dan terus mengasak.Kita akan pastikan semangat ini kekal menjadi bekalan. Dalam masa yang sama, malam tadi pastinya akan menjadi satu inspirasi...Satu lagi malam Eropah yang bakal diingati...




4 ulasan:

Masjid berkata...

Syabas bro... entri yg menarik dgn frasa yg ada 'ummph'. aku teruja menatap setiap perkataan dlm entri ni. bergelora semangat Arsenalism bagai hadir menyumbang moral di Emirates... caya lah!!
setelah lebih 15 bulan menjadi pengunjung tetap blog ni, inilah pertama kali aku rasa terpanggil utk bg komen. haw! haw!
teruskan menulis utk Gooners.
mabruk 'alaik.. syukran ya akhi.

Labrat berkata...

sama la.. aku pun ter-Sorak riang time arsenal score. esp. time 2nd gol. mmg semalam arsenal turun dengan ke-10-an yg terhebat. aku kecewa skit ngan song sbb main kasar sgt. hampir2 kena 2nd yellow. dan Koscielny mmg mantap bagi pressure kat messi.

Nadira R berkata...

tepuk untuk sczezny yg sgt strong n confident.n djorou yg still unbeaten!!die da same pnting mcm vermaelen skang:P

Gunners & Roses berkata...

Saudara masjid, Terima kasih , 15 bulan diam2 ubi tapi penuh berisi.Syukran jazilan.Jiwa quratul qadam gooner..

Encik Labrat, tahniah kerana tersorak riang.Song punya yellow card tu terlalu soft kalau nak diikutkan, itu yg dia main lepas tu berhati2.

Cik Nadira,tepuk untuk diri sendiri juga. Mael dah tak lama lagi akan hadir tepat pada masanya tapi tak tahu berapa lama dia nak kembali fit dan capai form yang ditinggalkan.Harap Kos dan