Rabu, 2 Februari 2011

Post Match : Gol Kontroversi tak bantutkan semangat Arsenal tingkatkan prestasi





Semangat melawan, never say die attitude. Tapi sebelum tu biarkan aku mengkritik pengadil dan rakan sekutu penjaga garisannnya Stephen Child. Lee Mason ni Freemason ke apa?! Jahat bebenor. Tapi aku tahu jauh di sudut hati kecilnya sedang menikus setiap kali terbayang2 replay dan terdengar amukan peyokong selepas insiden itu setiap kali keputusan tidak memihak kepada Arsenal manakala sorakan sinis 60ribu jika keadaan sebaliknya. Dia juga pastinya tidak dapat lupa 'luahan' kapten Arsenal dalam terowong ketika separuh masa yang sangat2 kurang disenangai David Moyes.Apa yang dasyat sangat diclaim oleh Moyes pun aku masih belum dapat tahu. Haa baru dia goyang, aku rasa macam pengulas cakap, si Mason ni pun lega Arsenal menang sebab peratusan untuk dia jadi bahan lepas ni berkurang.Rules tentang offside ni patut dijelaskan dengan kefahaman yang lebih jitu terutama buat linesman2 yang hilang arah tuju. Saha jelas berada dalam posisi offside, Bola yang dihantar oleh Coleman adalah memang nawaitunya ke arah Saha habis takkan ke sapa lagi? takkan ke sahabat2 sejati lain yang semuanya di belakang bola.

Ini yang diambil dari buku peraturan Fifa untuk musim 10/11 :

A player in an offside position is only penalised if, at the moment the ball
touches or is played by one of his team, he is, in the opinion of the referee,
involved in active play by:
• interfering with play or
• interfering with an opponent or
gaining an advantage by being in that position

Untuk kes ini Saha telah mengambil kesempatan dari posisi di mana dia berada.Jadi sudah terang lagi bersuluh bendera sepatutnya awal2 sudah diangkat, Koscielny agak malang kerana menjadi mangsa keadaan di sini apabila sentuhannya dianggap sebagai pass oleh Mason dan Child yang buat2 berdiskusi di tepi padang walhal tak tau apa yang dibincangkan.Passing? Stephen Child, Passing??! Childish sungguh. Mesti dapat anugerah assist untuk 'passing' terbaik camgitu. Tak masuk akal. Tidak hairan keseluruhan pasukan rasa teraniaya. Sudahlah 20 minit pertama main entah apa2, dihukum pulak dengan cara tak sepatutnya. Everton diakui jelas lagi sharp dan tersusun pada awalnya tapi tak bermaksud mereka layak mendapat gol dengan cara macam gitu.

Bagai terbakar, gol kontroversi ditukar menjadi motivasi. Gol tersebut nyata membakar semangat melawan Arsenal. Setiap kali serangan dipatahkan , mereka terus cuba dan mencuba walaupun kadangkala sangat lah frustrated. Wilshere dan Rosicky umpama tak mampu berbuat apa2 dibuli oleh si tinggi galah Fellaini.Lagi satu mungkin sebab kad kuning bodoh yang diberikan awal2 oleh siapa lagi kalau bukan Mason kepada Jack membuatkan pemain muda itu teragak2 untuk komited pada terjahannya.Aku selitkan di sini Arteta adalah badut.Gua hilang respect pada opponent yang melebih2kan situasi. Kredit kepada pemain2 Arsenal menjaga kepala angin mereka tak termakan dengan rentak kotor lawan terutama Cesc dan RVP yang kalau zaman muda mereka mungkin dah dilayang kad merah.

Rosicky dan Wilsher dikeluarkan Arsenal memasukkan Arshavin dan Bendi dan ternyata membuahkan hasil. Kepercayaan Wenger terhadap bintang Russia yang memecahkan rekod transfernya terbayar dengan gol yang dinanti2kan.Satu chip dari Fabregas baik punya singga ke atas keapla si Rodwell sebelum melantun elok di depan Arshavin yang mudah menewaskan Howard. Alangkah lebih manis kalau karma berlaku jika Arshavin berada dalam posisi Offisde-yang jelas tidak- dan bola disentuh kepala Rodwell.Aku nak tengok apa reaksi dan pengadilan Mason! Tapi gua puas , kerana gol tersbut sah lagi jitu dan ia datang dari pemain istimewa yang sedang mencari2 dirnya semula. Harap ini adalah kebangkitan.Ketika kita menagih khidmat nasri supaya sembuah awal, Arshavin hadir tepat pada masanya.

Orang paling lega malam itu selain kita semua pastinya adalah Koscielny yang telah dengan tidak sengaja 'mengaktifkan play' memberi peluang pada saha mencuri ayam. Kos mendapat free header hasil sepakan sudut RVP meletakkan Arsena di depan. Tidak pandang belakang congkak, Arsenal terus bermain dengan fikiran positif dan waras ,kurang tekanan, tidak mengundang kesilapan sehingga wisel penamat. Kemenangan yang sangat penting ini diraikan dalam kebimbangan apabila Walcott dan Song masing2 mengalami kecederaan.Apapun kita masih lagi mencucuk rapat memberi cabaran. Jurang mata masih sama tapi dengan kekuatan mentaln macam ni, kita menunjukkan kita serius untuk terus mencabar kejuaraan.

Agi idup agi mengGuners!!


0 ulasan: