Isnin, 28 Februari 2011

Penantian suatu penyeksaan. Penyeksaan tidak mematikan penantian.


6 years and still counting nampaknya. Anda sepatutnya harus membiasakan diri dengan senario ini dan sudah lali terhadap cara penerimaannya.Memang perit untuk kita menerima kekalahan selepas sejauh ini kita pergi,tapi lebih perit untuk menadahkan piala di utas dulang kepada lawan begitu sahaja akibat kesilapan komunikasi. Pengalaman sekali lagi menjadi pemisah antara genggaman trofi dan kekecewaan bagi Arsenal. Koscielny dan Szczesny 2 debutan final nyata perlu melebihkan masa dalam course mass-com sebelum graduate. Nasib genarasi batch ini agak kesian, masih belum graduate ketika Piala Liga musim ini merupakan kesempatan terbaik untuk melepaskan segala badi, kita kena menunggu lagi.Selagi bersama Arsenal, aku rela menunggu. Birmingham membuktikan bahawa teknikal, sejarah dan nama besar mampu ditandingi dengan semangat dan jiwa kental.Ternyata mereka lebih bernafsu. Arsenal pula , dengan Wenger sudah menurunkan barisan terbaik dan mampu menang, kurang menjiwai keramat final. kita kelihatan masih takut untuk menang, masih ada lagi mental block yang membelenggu. Tapi sampai bila? RVP hanya menggelengkan kepala, tidak tahu atau tidak percaya, yang penting dia harus menunggu lagi.


Aksi final yang menarik, penuh dengan aksi dan bahan untuk dinostalgiakan. Kredit kepada Brummies kerana saingan sengit yang memang dijangka. Mereka mengeksploitasi defend Arsenal yang lemah dalam set pieces. Kedua2 gol mereka malam ini hadir dari set pieces.Itu sudah cukup untuk merisaukan Wenger tapi sebenarnya statistik2 lampau pun patut sudah boleh menyedarkan Wenger. Mereka tidak mendapat penalti yang sepatutnya tapi berjaya mendahului melalui Zigic.Juga berpunca dari satu kekalutan dan salah paham(sekali lagi miss communication antara Sagna Wilshere dan Johan yang tak tahu siapa punya bola, sekaligus membawa kepada clearance Kos menghadiahkan sepakan sudut. ) Dari sepakan sudut, anda sudah tahu hanya ada satu target mereka, Zigic. Arsenal tersentak mencuba dan terus mencuba tapi tak kesampaian, mati akal.Jalan cerita yang lama posession berdegar2 tapi kekreatifan tumpul sampailah di minit2 akhir babak pertama kita diberi lifeline. Gerakan Nasri Arshavin dan Wilshere dari sebelah kanan memberi ruang Jack melepaskan tendangan torpedo yang menyinggah palang, bola kembali dirampas Arshavin turning dan gerakan badan yang menarik sebelum membawa bola ke dalam sebelah kanan lalu mendongak dihantar ke RVP.Kapten kita pada malam ini telah memberikan segalanya, menjaringkan gol dalam masa yang sama kelihatan seperti telah mengorbankan diri sendiri.Walaupun kelihatan cedera, dia meneruskan jua perjuangan.Nasri hampir2 meletakkan Arsenal di landasan sepatutnya namun rembatannya ditampan Foster.Kedudukan kekal 1-1.


Separuh masa kedua, Arsenal tidak menunggu lama untuk mengasak.Rosicky hanya sipi2. Dok asyik kita mengasak, sekali sekala Birmingham nak try jugak, Arsenal bernasib baik kerana Fahey punya sepakan hanya tercium tiang.Tapi kalau masuk pun rasanya lagi bagus, takdelah Arsenal perlu main berhati2 sangat takut nak menang  dalam masa yang sama takut bolos sebab memang sah2 kena kejar gol.Lepas result macam ini mulalah nak berkalau2.Sudahlah. Arsenal membuat pertukaran selepas itu, mengeluarkan RVP.Mungkin ada ramai yang bengang tapi kita kena ambil kira, ia mungkin sebagai langkah berjaga2. Kemudian Arshavin pulak dikeluarkan, faktor keletihan atau taktikal, hanya wenger yang tahu. Yang pasti, tanpa kelibat Fabregas, Walcott, Arshavin dan RVP, Unit Tindakan Khas kita, dari mana lagi Arsenal boleh mengharapkan sumber2 gol. Beban kini di bahu Nasri dan 2 pemain gantian Chamakh dan Bendi. Nasri tak mampu cipta magic seorang diri  ketika yang lagi 2 tu struggle.Ben Foster berapa kali mengecewakan Samir dan rakan2 sampai boleh dapat MOTM.Kapten gantian TR7 sudah tidak berfungsi, kurang rasional. Ada time dia boleh shoot, pergi pass,ada time boleh main simple nak flick2 pulak depan gol. Arsenal tak dapat menyalahkan orang lain selain diri sendiri kerana tidak menggunakan peluang sebaik mungkin.Semakin lama kita frustrated, semakin tinggi kepercayaan Brummies untuk mencuri sesuatu. Sesuatu yang pasti, kita nampak kaget, fear factor masih ada di setiap wajah.Takut untuk menang, berhati2 sangat sampai hilang fokus. Malapetaka hadir di minit2 akhir. Ben Foster melambungkan sepakan percuma singgah di kepala mat galah Serbia.Tapi tanpa apa2 tekanan dari pihak luar, Koscielny dan Szczesny membuat satu lagi lawak sarkas yang tidak boleh dilupakan.Oba yang kita tak tahu umur pada IC nya sebelum ini hanya perlu mengucapkan terima kasih. Ketika itu sudah terlambat, Kos dan Szczesny saling berpandangan umpama pasangan yang baru tersingkir dari Sehati Berdansa. Oba menunjukkan 'tarian' popularnya, lengkap hari malang Arsenal.


Pada ketika Arsenal memerlukan anjakan paradigma, nasib kita selalu membuat kita terkesima. Pada ketika Arsenal menjerit2 merintih2 memanggil2 seorang leader untuk memimpin, watak itu tidak muncul ketika saat memerlukan.. Dulu aku pernah berkata, menyokong Arsenal ini memang syok kerana kita adalah pasukan yang unpredictable dan dramatik tak tahu apa kesudahannya.Umpama menonton cerita Titanic,kapal yang besar dan gah tapi akhirnya karam.Sedih kesudahannya. Aku tak berganjak dengan pendapat itu, kecewa adalah satu emosi, ia sudah berlalu maka kita terpaksa terima. Walaupun aku kurang stabil dengan cara Arsenal mempermainkan emosi aku, tapi ia tidak semestinya menghalang cinta aku terhadap kelab unik ini. Aku tidak kisah menunggu. Aku percaya RVP juga tidak kisah menunggu selagi setia bersama Arsenal.Percayalah dia adalah pemain yang paling kecewa terhadap keputusan ini tapi perjuangan tetap diteruskan.Dia dah banyak kecewa dengan kecederaan, World cup Final, dan malam ini tapi hatinya sentiasa paham erti kalah menang dan perjuangan di atas padang lebih2 lagi bersama Arsenal. Aku juga seperti anda semua, nak melihat pemain2 Arsenal menjulang trofi atas podium.Antara pemain yang paling aku nak sekali berada di atas sana adalah RVP, jiwanya,semangatnya,keprofesionalism nya harus dicontohi.Kalau bukan di bulan ini , bulan May kita masih berpeluang ke Wembley.Kalau bukan Di Wembley, kita masih ada peluang di tanah2 lain.Jangan putus asa. Aku berharap benar agar keputusan ini tidak begitu memberi impak mendalam kepada perjalanan pasukan musim ini. Wilshere nampaknya begitu tertekan, jiwa kacau, jiwa mudanya memberontak dengan tangisan kekecewaan. Walcott telah melaluinya, kali ini giliran Theo untuk menenangkan rakan senegara.Bukan Theo sahaja tapi malah semua pemain harus berdiri teguh , fokus, dan terus berjuang dengan jiwa dan nafsu yang tinggi. Takde masa dah nak nangis2 tuding jari kat siapa2,sorry kat diri sendiri la apa la.Piala Liga bukan milik kita tahun ini.End of story. Lupakan segala kekalutan dan kebadutan terutama malam ini. Anggap ia sebagai satu cabaran minda. Bagaimana hendak membunuhkan memori pahit ketika selang beberapa hari sahaja  lagi Orient pula akan hadir ke Emirates.Mari kita mulakan, aku tak suka bercakap perkara ini tapi inilah masanya untuk kita menjadi hipokrit sementara."It's only a Mickey Mouse Cup".Lega? It's gonna take time..

Agi idup agi mengGunners!!


6 ulasan:

Labrat berkata...

kepala koscielny siap kena tunjal.. haha sedey

razlan ab razak berkata...

motivate...nice one...

BujanG BahaGia berkata...

ko ni professional r nro..nice writing

missnadira berkata...

sgt setuju dgn bujang bhgia..:P

everytime sy sedih dgn match arsenal..saya akan cari blog ni dulu.. tulisan GNR dulu..selagi xda post sy akan refresh2 smpai ada.:P
thnx bro..:)

kareem berkata...

GNR, kalau lu jumpe hadee tu ape kata lu tumbok telor die...gebang lebih la die...

Triplei berkata...

wenger la punca semua nya.
sila la berundur. tq 4 u service.