26 minit pertama, kita bagai di awan mana entah, gol dari Theo dan Jozan dalam tempoh 2 minit,sudahlah tu gol pertama Jozan pula untuk Arsenal, tambah lagi 2 bijik dari RVP yang sedang meletup on form , ditambah lagi dengan muka pardew seteru poyo Wenger yang dah macam mentibang laut tunggu ajal esok hari, pergh... segalanya cerah dan di landasan buat Arsenal. Namun, adakah anda pada ketika itu sangkakan keputusan akan berakhir sebegini?? Tentunya tidak... sebentar2, kejap2, belum habis lagi...TIDAK MUSTAHIL.Ini kerana bukan sekali dua tiga Arsenal telah memperisa2kan peluang sebegini dan collapse dengan begitu dasyat. Memalukan, baru dipuji2 tentang mentaliti baru2 ini tapi ternyata ia sekadar omong2 kosong yang tidak tulen, dibuat2. Dengan rekod sebegini mana mungkin ada elemen kekuatan mental dalam batch ini. Ini antara imbauan kenangan lalu flybaits dalam tempoh beberapa tahun terdekat yang cukup untuk mengingatkan kita segala2nya tapi sayang para pemain tidak pernah belajar.
-Lawan Spurs di Emirates, leading 4-2 last2 minit seri 4-4.
-Lawan West Ham away, leading 2-0, seri 2 sama.
-Lawan Wigan leading 2-0 tumbang 2-3 dalam tempoh 10 minit
-lawan lawan Spurs leading 2-0 , kalah memalukan 3-2.
-terbaru, leading Newcastle 4-0, sebelum seri 4-4.
Jadi anda terkejut! kecewa ya, tak sangka? Tidak berapa. Kerana selepas Newcastle mendapat 2 gol, kita tahu ada sesuatu yang tak kena, aku dah awal2 setkan dalam kepala otak aku agar menerima dan menjangkakan worst case scenario, bukan tidak menyokong, tapi perasaan ragu2 yang amat tiba2 timbul. Anda pasti boleh agak jika anda mengikkuti Arsenal bahawa sesuatu malam itu bakal bukan milik Arsenal. Aku dapat rasakan sebaik Jozan dikeluarkan, Laci dibawa masuk. Kemudian Diaby dibuang padang. Rosicky pulak dbawa masuk. Penalti kedua diberi dengan tiba2 haramjadah. Itu sudah cukup menandakan ini bukan malam kita.
-Jozan injured.Dia dibawa keluar, Laci dan Koscielny bergandingan. Gandingan ini adalah regu terakhir yang ingin anda saksikan dalam team Arsenal. Ini kerana rekod sudah menceritakan segalanya, regu ini adalah pasangan paling teruk jika masuk Serasi Bersama pun aku rasa kelayakan tak lepas.Statistik menunjukkan keputusan2 perlawanan Arsenal ketika menggunakan gandingan ini tidak memberangsangkan langsung berbanding pairing2 lain."tu la Wenger siapa suruh degil tak nak beli.."? no komen.Malah tiada gunanya komen.
-Diaby tak lulus course anger management. Aku paham perasaan Diaby yang dah patah kaki, jerit2 atas padang, panggil medical, 'dating' dengan nurse, usha kawan main dari hospital dan tepi padang jadi untuk bertindak balas ke atas tackle Barton tu aku paham kenapa. Tapi aku tidak dapat terima dari seorang pemain Profesional di mana kita sedang mendahului. mendahului 4!! Patutnya jangan termakan dengan prangkap si Barton ni. Kita lihat Joyah Barton semakin 'senyap' di atas padang berbanding dulu tidak seperti Joyah Sport yang kita kenali.Padahal senyap2 macam ni lagi bahaya, psiko, jenis simpanddalam hati busuk kaudu punya. Jadi jangan dilayan. Aku tekanan melihat barton kurang ajar asyik terlepas dari apa2 tindakan setiap kali menerjah dengan berniat buruk ke atas lawannya. Tapi itu memang taktik kejinya, dia memang menunggu untuk player react kalau tidak, kalau ikut perangai lamanya, dia yang akan melebih2. Diaby sudah masuh perangkap.Simpati atas kenaifan Abou.
Tapi takkan 10 pemain boleh jadi alasan lepas sampai 4 biji gol macam tu saja sebab sebelum2 ini pun kita pernah main 10 orang, ada yang menang apa. Tidak, Situasi kini berlainan. Anda bermain 10 orang dengan berada di tempat lawan di mana ref yang tak kuat prinsip dan pegangan mudah terpengaruh dengan anasir2 luar terutama bunyi pengaruh penyokong tuan rumah itu sudah cukup menghilangkan fokus terutama ke atas pasukan2 mental seperti Arsenal. Kita juga kehilangan khidmat orang yang sepatutnya cover back 4 kita, mengganti tugas Song, jadi agak kelam kabut dan sukar untuk kita restructure defend kita balik. Mengharapkan WIlshere selepas itu sudah terlambat.
-Taktikal memasukkan Rosicky untuk kasi steady defence bergandingan dengan Wilshere jugak memakan diri. Maaf tapi realiti, malam ini Rosicky adalah satu liabiliti kepada pasukan. Kita sudah lihat bagaimana Jack dan Rosicky mudah dibuli Fellaini jadi adalah pointless untuk memasukkan pemain yang jugak baru nak mencari formnya kembali.Langsung bahagian tengah kita tiba2 jadi 2nd best belakang taraf Tiote dan barton. Kemasukannya mengundang 2 foul yang ternyata memberi kesan negatif pada Arsenal (penalti + free kick last2 minit).Pada pendapat aku, ini adalah pertukaran yang gagal dari Wenger. Tapi melihat pada bench, berapa sangat lah option yang kita ada, ternyata, Song masih tiada backup.
-Rentak kita tidak selancar first half, pemain mula hilang arah , hilang posisi sesat tak tahu mana nak pergi setelah kelopongan yang ditinggalkan Diaby. Setiap kali bola sampai ke tengah semangat melawan menggila Newcastle menyebabkan mereka mampu memenangi balik bola. Walcott tak berfungsi ketika Guiterrez sering mengancam kubu Sagna, Eboue dimasukkan tapi tak menghalang Newcastle dari mencari alternatif lain. Set pieces.3 dari gol Newcastle berpunca dari set pieces, mereka mendapat penalti dari foul selepas corner(koscielny), penalti kedua yang entah apa2 di mana lambungan freekick berjaya mengelirukan pengadil di mana Rosicky menjadi mangsa, dan freekick yang dimenangi Barton setelah Rosicky menindih telah memberi peluang kepada gol penyamaan cantik dari Tiote. Set piece. mAsih menjadi duri dalam daging pertahanan kita.
-Dalam pada itu, keputusan Phil Daud yang tak konsisten banyak mencemar kan imej respect yang cuba diwar warkan. Penalti kedua adalah sarkas. Itu kaalu kat luar nak dapa freekick pun belum tentu. Sangat2 mendukacitakan, sudahlah team kita tempang dengan 10, dihujani serangan Newcastle yang sedang semangat percaya mereka boleh lakukan, mereka dibantu ref lagi.
4-4 akhirnya. Aku tak tahu sama ada sejarah pernah tercipta atau tidak tapi ia benar2 boleh jadi bahan cerita. Tak kisah untuk ambil positif atau negatif ketika bersembang tapi orang tak akan lupa bagaimana Arsenal boleh melepaskan peluang untuk terus mencabar kejuraan musim ini dengan cara yang begitu dasyat sekali. Tapi kita punyai Arsenalism, sejauh mana pun kita akan tetap terasa sampai ke hati. Jika anda rasa keperitan tersebut yakni Arsenelism anda berfungsi. Memang perit untuk menelan hakikat ini, tapi lagi perit jika kita menjadi seperti beberapa muka 'plastik' yang meninggalkan St James Park ketika baru separuh masa. Ini adlah hari di mana kita kena, walaupun selama ini banyak kali sudah kita terkena. Tapi itulah Arsenal kita yang selalu mencuit emosi, kadang bila kita marah, mengamuk, bila dipikir balik sebab apa, hanya sebab game bola jadi pastinya anda akan tersenyum melihat betapa rupanya sampai macam tu sekali anda cintakan Arsenal. Kita terima perjalanan ini. Sudah aku katakan dahulu, kita penyokong umpama rangkaian gerabak keratapi yang disambung2. Walaupun destinasi jauh lagi tapi tidak perlulah untuk kita turun gerabak, atau memutuskannya di pertengahan jalan hanya semata2 kerusi yang tidak cukup empuk.Sementara ke hadapan, pandanglah kiri kanan , masih ada lagi pemandangan yang indah.
Ahad, 6 Februari 2011
Ini bukan mental juara..ini bikin gua mental!!!
2:40 PG
Gunners & Roses
12 ulasan:
Terbaik entri ko ni bro... aku sokong 100 % !
Hate Diaby..
Sala satu punca kekalahan, kalau arsenal main 11 orang, mungkin arsenal boleh maintain .
Hate Reff..
Penalti yang gampang.
Tq En Max.Teruskan menyokong Arsenal walau apa jua sekalipunQ En Saed, mmg frust, lagi2 player tak tunjuk pro dan menyusahkan rakan2 sepasukan. Tapi Barton tak dapat yellow sekalipun, lagi gua panas hati. Tapi kene cermin kelemahan pasukan kita sendiri silap memmbiarkan deposit 4 bijik gol.Apapun ketika keadaan memerlkukan, Arsenal tak ada leader yang boleh regroup dan tolong fokuskan balik team.Cesc sekejap timbul sekejap tenggelam memilih occasion.
xpela xde luck mlm td..janji setan merah kalah..xdapat celen rekod invisible gunners..hahaha puas hati aku!
nice entry la bro...mmg game yang sungguh menyayat hati..kedukaan tu diubati sedikit la dgn kekalahan MU..tapi gol2 newcaste dgn kputusan2 bodoh ref masi brngiang2 d kpla hotak..hadooiii
terbaek..terbaek...dan trus terbaek...feel yg sma ngan aku n gooners yg lain..post hang jgk bnyk bg motivasi kt aku slepas kcewa ngan game ala chalie chaplin arsenal...
moral up kembali..thanks GNR...huhu..
ayat2 ko mmg terbaek ! seyes! style!
*gunners 4ever*
hi, aku seorg gooner yg slalu berpegang pd 'faith'..
keep the faith, tp sgt frustrated.. bengang gler...
:(
Terimakaesh rakan2 semua.Biar apa pun, teruskan mengGunners! kita diberi lifeline apabila pesaing2 pilihan lain gagal mengutip mata. Masih ada sinar. ya..keep the faith!!
rilek la bro..
dulu monaco pun pernah kejar marseille dari 4-0 1st half,jd 4-4..
so,korang boleh gune stats ni utk "recovered" balik heart injury korang.. :)
aku suke baca entry ko..
walaupun aku bukan gooners (aku madritista), tp syok bc komen2 ko..
lg pun aku mmg suke lepak ngn fan arsenal,dia org discuss gune fakta,bkn mcm fan M.U & chelshit...
phil daud memang celaka..setiap kali dia jadik ref,mesti arsenal ditimpa musibah (sila rujuk rekod2 perlawan lalu).. mujurlah MU pulak kalah match selepas tu..kalah pulak dgn team tercorot =) sedikit sebanyak mengubat kelukaan dan memberi keyakinan bahawa rekod unbeaten 49 perlawanan tidak akan lebur.. go go gunners!
statement last sgt best..:P
mmg sgt frust dgn game tp juga sgt terubat bila tgk fan manu hempas2 meja dekat mamak lepas tu..:P
Catat Ulasan