Jumaat, 4 Februari 2011

Arsenal terus jadi sasaran Projek MEGA



Ketika ini serangan bertubi2 disasarkan pada El Capitan Cesc Fabregas.Semuanya gara2 mulut kecoh David Moyes yang tidak mampu menerima kekalahan pasukannnya mencari tempat meluahkan kekecewaan mencari kambing hitam lain walhal sebenarnya pasukannya tidak mampu menangani semangat juang atas padang yang ditunjukkan Arsenal. Alih2, kes luar padang yang dibawa menjadi isu tajuk2 utama tabloid dan akhbar2. Kononnya, Cesc patut dilayangkan kad merah kerana mengeluarkan kata2 berbaur kurang sopan terhadap pengadil- " Berapa ringgit agaknya diorang ni kena bayar!!"- macam itu la lebih kurang kenyataan yang kononnya keluar dari mulut Fabregas di dalam terowong.

Anehnya, Moyes berkata "kami dengar.." kami tu siapa, cuba specific kan siket kalau nak buat dakwaan pun, Lee mason pun tak tulis dalam report post match kerana baginya, no big deal. Dia paham apa itu human nature, sudah menjadi lumrah hidup di mana manusia sering complaint ,komen, dan marah setiap kali tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan. Lebih2 lagi dalam bola sepak, takkan nak rekod segala apa semua dari dalam terowong sampai ke bilik persalinan dan sampai ke bilik shower, itu dah bukan bola sepak. Itulah antara kenyataan sokongan yang dikeluarkan Le Prof sebagai memahami perasaan naluri seorang pemain terutama ketua pasukannya. Dia dah masak dengan semua itu, dari gaduh2 mulut, tolak menolak sehingga baling pizza dalam terowong, banyak lagi anger management yang gagal telah diperhatikan oleh kaca mata Wenger selama menjadi pengurus.Mungkin Moyes tidak cukup otai atau terlalu sopan santun untuk menjadi pengurus bola, mungkin dia perlu menjadi pengurus pemain catur, boleh mencarut dalam hati.*Namun begitu kemarahan seboleh2nya dikawal,mencarut adalah perkara yang perlu dielakkan.

"Cesc is 24 this year, he has played 250 games in the Premier League - at that age, it is absolutely remarkable. He has gone through a lot, difficult moments, but has always come out stronger - this guy is a fantastic leader."

Media memang suka mencari kenegatifan terhadap sesuatu itusebab setiap kali satu article keluar anda perlu membaca terlebih dahulu setiap isinya.Kadang2 tajuk tak sama dengan apa yang sebenarnya diwawancarakan. Lebih teruk lagi jika anda baca suratkabo A, Suratkabo B pulak kata lain, official website pulak cerite lain . Itu lumrah yang terpaksa dihadapi lagi2 pada kelab dan pemain ternama. Itu modus operandi untuk akhbar mencari untung. Aku tertarik dengan kenyataan Le Prof tentang cara penerimaan berita masyarakat di sana. Walaubagaimanasekalipun media keluar cerita, dan ramai yang membaca tapi kebanyakan mereka sudah pandai menilai.Mereka hari2 membaca, setiap kali suratkhabar keluar, mereka baca kerana di England, membaca sudah menjadi budaya tapi uniknya, mereka tau berita itu mengarut tapi tetap baca dan dibincangkan menjadi isu dan tak diterima bulat2. Itulah sebab media terus menreus twist cerita sana sini menjadikan ia sensasi dan panas. Bukan pertama kali dan terakhir Fabregas menerima 'layanan' sebegini. Selagi dia bermain di BPL, media takkan puas kerana dia hanya antara nama2 bsesar yang tinggal. Kita harus bersedia dengan trailer 'Fabregas balik kampung' lagi 2 minggu ketika UCL tie menentang Barcelona dan movienya akan ditayang summer nanti terbitan MEGA Production.( Media Gila Arsenal Production)



Sekitar berita kem Arsenal. Kita bakal kehilangan khidmat penjaga gol, Lukasz Fabianski hingga ke akhir musim kerana pemain Poland tersebut terpaksa menjalani pembedahan bahu di Germany. Aku agak simpati dengan nasibnya, kerana baru nama nak naik, baru saja dia dapat form untuk redeem keyakinan para penyokong kecederaan ini datang membantutkan usahanya untuk kekal selaku penjaga gol No 1 .Kini tugasnya diteruskan oleh rakan senegara Szczesny dan sehingga kini, dia boleh diharap dan meyakinkan. Ini bermakna ada nur kembali di muka Almunia setelah pemain paling tua dalam kem Arsenal kini tidak jadi dijual di sebalik transfer rumors Januari lalu. Berita positif adalah, Laurent Koscielny mendapat call up dari France buat julung kalinya untuk bertemu Brazil dalam perlawanan persahabatan. nampaknya Kos telah membuat pilihan untuk memilih France berbanding Poland, suatu dilema yang pernah disuarakannya. Reformasi Laurent Blanc mungkin adalah faktor pemudah untuk dia membuat keputusan.

Esok kita akan ke St James Park. Tidak ada masa yang paling sesuai lagi untuk kita berkunjung ke sana selain sekarang, mengambil kesempatan atas kedukaan yang mereka sedang alami.Sudahlah baru naik dari relegation, memulakan liga dengan permulaan yang baik tapi tiba2 entah mengapa tetap terjebak dalam masalah.Sesudah kehilangan Chris Hutton ketika keadaan yang tidak sama sekali memerlukan, mereka pula kehilangan Andy Carrol, menjadi mangsa transfer2 saga antara kelab2 berjenama besar.Ini sedikit sebanyak menceritakan owner jenis apa yang mereka miliki dalam Mike Ashley.


2 ulasan:

Labrat berkata...

aku tak pelik pun sebab cecs mmg ada gaya2 gangster skit. haha. dia mmg seorang captain tapi jangan lupa yg umur dia tu masih muda. org muda mmg baran skit dan baran2 dia ni pun secara x langsung bleh ganggu emosi pihak lawan. Pada aku ni mmg strategy yg baik. baran2 pun dia masih bleh kekalkan mutu perlawanan dia. mmg layak pun jadi captain. hehe

Gunners & Roses berkata...

Cesc mmg ada ego namun masih terkawal. tapi dia layak ada sedikit ego tu sebab dia pun dah menang world cup dan piala eropah, cuma dia perlu tunjukkan di peringkat kelab lebih2 lagi bersama Arsenal. Kita perlukan lebih dari dia untuk memimpin batch sekarang ni. Selagi dia 'membebel' bersebab dan tunjuk respect maka tiada masalah.