Rabu, 5 Januari 2011

Pre Match : Kunjungan si Kaya? Maaf, kami layan sama rata!

'Success can come cheap'
Itu adalah antara tajuk utama media, memetik kata2 Le Prof yang hendak membuktikan walaupun tanpa wang berjuta, kejayaan mampu dikecapi. Sudah hampir masuk tahun keenam perjangan falsafah tersebut, tapi dengan kesabaran yang penuh dan keyakinan diri yang ultra tinggi, Wenger masih mempertaruhkan pengorbanan dan projeknya bukan sia2. Sejarah menulis Chelsea telah berjaya dengan bantuan Roman, Jadi tidak ada apa yang Man City hendak buktikan lagi tentang kuasa wang cuma yang pasti tekanan menanti mereka berapa cepat mereka boleh membuahkan hasil.

Semusim dua keadaan belum memihak kepada mereka, jadi tugas Arsenal adalah terus menangguhkan penantian Pak Sheikh. Tapi musim ini City membuktikan kehadiran mereka bukan calang2, game by game mereka sudah menampakkan ciri2 sebagai pesaing. Kemenangan ke atas Blackpool walaupun dalam keadaan struggle hanya bergantung pada sebijik gol adalah antara luck2 dan ciri2 bagi sebuah pasukan pencabar. Dengan muka2 baru yang rata2 tak mengenali antara satu sama lain, ramai memperosalakan pendekatan taktikal yang dibawak mancini terutama pada awal2 musim dahulu di mana corak bertahan yang kadangkala negatif yang lebih dipraktikan. Namun bukan salah Mancini sebenarnya kerana jika anda berada padakerusinya sekalipun, adakah dengan semberono mempejudikan nasib pergi gung ho tanpa memikirkan sebuah pasukan yang belum kenal dan masih tercari2 pergerakan ke arah satu unit. Kini mereka telah mula nampak sebagai sebuah pasukan.Dari sebuah pasukan yang mengelak bolos gol awal, mereka dah mula membuahkan bibit2 cabaran dengan pemain2 seperti Silva, Yaya Toure mengambil sediit beban yang sebelum ini terpaut hanya di bahu Tevez. Tidak hairan akan pertelingkahan dan pergaduhan2 yang berlaku, Toure Adebayor , Balotelli-Boateng, Yaya-Milner, kerana mereka semua kononnya tertekan! Walaupun Adebayor dan Toure pernah bersama sejak zaman Arsenal lagi tapi anda tidak akan pelik perkara ini berlaku di Manchester apabila teringat balik akan kes Barton melunyaikan Dabo suatu ketika dulu, jadi budaya mereka memang beitu.Abaikan sahaja. Ini sengaja tarik perhatian untuk meredakan daripada perkara yang lebih penting di atas padang awal pagi nanti.

Luar padang memang sibuk transfer sana sini. Dan aku mintak maaf banyak yang aku lupa updatekan terutama yang berkaitan dengan Arsenal seperti Vela yang ingin disunting Bolton, Ramsey dan Manone yang bakal pulang, Lansbury yang masih lagi dipinjamkan.Itu adalah antara berita konkrit yang disentuh sendiri oleh Wenger. Sebagai penyokong Arsenal anda sudah pasti lali menjadi pemerhati yang pasif tiap kali tiba musim perpindahan, terbaru Wenger mengakui hanya akan bertindak bersandarkan situasi Mael yang akan dipantau dalam 14 hari ini. Dan bila bercakap pasal transfer, era ini tiada yang dapat melawan duit Money City . Edin Dzeko adalah pemain terbaru dalam genggaman mereka namun Arsenal tak perlu risau kerana paperwork tak sempat dilakukan untuk game awa pagi nanti. Mereka menunjukkan kemewahan dan kebongkakan dengan duit mereka, Arsenal hanya perlu menunjukkan kehabatan di atas padang bagi menutup mulut sesetengah daripada mereka dan target utama pastinya Balotelli. Sayangnya Jack Wilshere malam ini tak boleh nak 'berkenalan' dengan si Mario ni kerana bakat muda 'terbaik' ini(setelah cuba 2 3 kali) tewas sebelum berjuang pun.


Man City bertandang ke Emirates dengan rekod tanpa menang.Malah mereka tidak pernah menang di Arsenal sejak era Premier League diperkenalkan. Ini adalah satu rekod baik yang harus dipertahankan oleh barisan pemain Arsenal malam ini. Tidak kalah bukan bermakna cukup hanya sekadar seri sebab bila tibanya game menentang tital rival, kemenangan adalah suatu yang wajib dan perlu diambil kesempatan sepenuhnya. Mereka turun tanpa best man mereka setakat ini Silva. Ketika  hanya mereka dan Spurs adalah  pasukan yang mengutip mata penuh sepanjang fiesta krismas yang padat, Arsenal boleh merencatkan momentum mereka dan kemenangan kita malam ini bakal melonjakkan kita memintas City di tempat kedua dan meneruskan tekanan pada United. Saingan yang terbuka antara 5 team dilihat sekarang ini, Arsenal mempunyai peluang yang boleh dikatakan tidak mustahil. Itulah sebabnya setelah kita menang ke atas pencabar lain seperti Chelsea, kita memerlukan lebih lagi kemenangan dalam big games.

Skuad yang sama dilihat bakal diturunkan malam ini. Sebarang pertukaran hanya mungkin dilakukan ketika Leeds berkunjung ke Emirates bagi FA cup hujuung minggu, Wenger dipercayai tak nak menganggu keserasian yang ada ong antara kesebelasan yang diturunkan. Ini bermakana kita akan lihat trio RVP Fabregas dan Nasri yang cukup influential. Aku suka melihat skuad kita sekarang ini dengan bench yang boleh tahan hebat. Jika Walcott dkekalkan ini bermakna Arshavin terpaksa sekali lagi menunjukkan lebih kesungguhan setiap kali turun dari bangku simpanan, begitu juga Chamakh yang perlu lebih jual ikan daripada terlalu pemurah walaupun pintu gol ternganga.  Mancini dari pandangan Wenger akan membawa sebuah pasukan yang akan bergerak melalui counter attack. Jadi gandingan Song Jozan Kos Sagna dan Clichy harus alert terutamanya di sebelah Adam Johnson yang semakin menyinar. Seorang lagi Englishman Jack Wilshere sekali lagi berpeluang membuktikan dirinya tough battler apabila bakal bertarung dengan pemain2 tengah bagak2 ManCity.

---------------------Fabianski-------------------------
Sagna----------Jozan----------Kos----------Clichy
---------------------Song---------------------------
------------Fabregas----Jack-----------------------
------Theo--------RVP----------Nasri-------------

Arsenal punyai peluang, jadi jangalah sekali lagi mempersiakan peluang ini seperti kebiasaannya. Tapi pada firasat aku , aku yakin akan pasukan2 seperti Spuds dan ManCity ini akan merasa dulu apa yang arsenal pernah rasa sebelum ini iaitu kekecewaan tatkala pengharapan. Belajar dulu dari pengalaman sebelum mengharapkan keindahan, maka kini tibanya giliran Arsenal untuk menjadi panel pengajar! ESPN 812 340 am. Arsenal 3 - Man City 1

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

iniialahaku berkata...

RVP n nasri..dua2 ni perform,mmg cnfirm mng..