“It is a big tradition. We even went to play a friendly with them in pre-season [in 2008] on the demand of our chairman because there is a long traditional link between Huddersfield and Arsenal. We are a modern club but have as well a big respect for tradition. It has a special meaning because Chapman was the most influential manager at this Club. So we have of course big respect for that.”
Itu adalah kata2 Arsene Wenger apabila menyorot kembali catatan sejarah yang saling berkait antara kedua2 kelab. Arsenal memenangi Trofi kejuraan besar pertama mereka dalam final piala FA 1930 dan ketika itu Herbert Chapman membawa the Gunners menundukkan bekas pasukan bimbingannya Huddersfield Town. Berpuluh tahun tradisi itu bakal dijelmakan semula apabila Arsenal diundi bertemu anak buah bekas pemain Newcastle Lee Clark dalam saingan FA Cup. Walaupun dalam tempoh berdekad2 banyak sejarah turun naik tapi antara kedua2 kelab Arsenal lebih merasa kejayaan2 dan kegembiraan tapi di Emirates nanti walaupun mereka berada dalam league one, kita tidak boleh memandang enteng keupayaan lawan. Ipswich dan Leeds telah menunjukkan pasukan liga bawahan jugak bukan calang2 pasukan, mereka mampu memberi saingan terbaik dan menghukum jika kita mendedahkan diri pada kesilapan2. Untuk rekod, Arsenal belum pernah tewas pada kelab league one sejak 1992.
Arsenal mempunyai bulan yang tersangat sibuk sepanjang January. Sesudah memahatkan nama ke Wembley Selasa lalu, Arsenal perlu bersaing dalam FA Cup dan kemudian hari Selasa nanti bertemu Everton dalam saingan BPL pulak. Namun menariknya ada sedikit kelegaaan kerana tiga match dalam tempoh masa seminggu itu dimainkan di laman sendiri. Tapi jika form semasa menjadi taruhan, kita tak sepatutnya risau. Para pemain tengah dalam mood terbaik dengan kejayaan ke final Carlng Cup, dan dalam liga pulak kita adalah pencabar utama Untied buat masa kini. Paling syok ketika desas desus Wenger nak kena bawak CB baru, defend kita hanya bolos 3 kali sepanjang bulan ini. ketiga2nya dalam cup game.
Arsenal diceriakan dengan berita kepulangan Diaby, Squaillaci dan teka siapa, siapa lagi kalau bukan Almunia .Walabagaimanapun , kata Wenger Szczesny tetap no 1. Menariknya di sebalik tanda2 awal Almunia bakal dijual atau dipindahkan , adakah kita akan melihat si Spaniard ini beraksi kembali? Fabianski masih lagi cedera, ni bermakna Szczesny akan kekal sebagai pilihan tapi sebab jadual yang apdat, rotation bakal dilakukan, adakah posisi penjaga gol bakal terlibat? Kehadiran semula Diaby pastinya memberi option kepada Wenger di bahagian tengah.Backp kepada Song dan sering diletakkan sebagai holding midfielder, kita tahu apa yang boleh disumbangkan oleh Abou jika kena pada harinya. Laci yang telah siap dibaiki akan memberi Wenger option lain setelah terpaksa bergantung harap hampir sebulan dengan pasangan Koscielny dan Jozan, ini membolehkan salah seorang daripada mereka menarik nafas rehat. Tapi perlu diingat, gandingan Kos dan Laci tidak selalunya menjadi. Tapi untuk mengkharapkansa Jozan yang baru fit dari berehat satu musim lepas semacam memaksa pulak, harap2nya siapa jua yang bergandingan dapat mengekalkan fokus dan kestabilan di barisan back four. Oh ya, Thomas Rosicky jugak telah sembuh dari demam.
Di sebalah sana pulak mereka berjya mendapatkan bakat muda Arsenal secara pinjaman , Benik Afobe. Tapi berlainan dengan kes Watt, Afobe tidak boleh beraksi menentang kelab majikan asalnya kerana mengikut peraturan FA, hanya pemain yang dipinjamkan secara season loan sahaja boleh dibenarkan berbuat demikian. Bercakap tentang pinjaman, selain Vela yang dipinjamkan ke WBA(selamat maju jaya, nasib baik dia dapat menimba ilmu dalam BPL kalau tidak pointless jek pinjamannya) Wenger jugak tak menafikan sebarang kemungkinan loan CB bakal dilakukan di minit2 akhir transfer. Macam biasa, katanya " tak ada apa2 progres".
----------------Almunia--------------
Eboue-------Laci-------Jozan-----Gibbs
----------------Song-----------------
--------Rosicky-------Wilshere--------
-----Arshavin---Chamakh------Nasri----
Sesudah kejayaan ke final Carling Cup, ini tidak bererti pemain2 sudah boleh puas dengan aksi di Wembley , Mereka pastinya ingin ke sana sekali lagi pada May nanti tapi sebelum itu, perlawanan penuh erti dan tradisi ini perlu dihargai lebih manis, dengan kemenangan. Kita tidak perlukan replay yang boleh menggugat perancangan untuk kejuaraa2n lain selepas ini. Astro 812 7.55 pm. Arsenal 3 Huddersfield Town 0.
0 ulasan:
Catat Ulasan